More

    Rezeki Yang Tidak Disangka Hadir Dalam Pelbagai Bentuk

    pujian-kepada-Allah
    Segala puji bagi Allah

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Seringkali kita dambakan rezeki mudah datang kepada kita. Dalam doa selalu kita titipkan supaya kita dimurahkan rezeki.

    Kita juga selalu amalkan amalan-amalan menjemput rezeki. Amalan-amalan tersebut yang berupa doa dan sebagainya itu adalah untuk membuka pintu rezeki. Amalan-amalan sunnah seperti Solat Dhuha, Banyak bersedeqah, kekal dalam wudhuk, berbuat baik kepada ibubapa, tunaikan hajat orang lain dan sebagainya itu adalah amalan yang disukai Allah. Semoga membuat perkara yang nabi buat dan menjadi kesukaan Allah akan dapat menarik rezeki kepada kita. Aku pernah menerbitkan artikel tentang perkara ini yang berjudul 20 Amalan Murah Rezeki suatu ketika dulu.

    Kadang-kadang Allah memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri tersebut bukanlah yang kita betul-betul kita hendak pada sangkaan kita. Tetapi sebenarnya itu lah yang lebih utama.

    doa-rezeki-tidak-disangka
    Doa untuk mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka

    Sebab itulah kadang-kadang Dia tangguhkan dulu apa yang kita minta dan mengurniakan rezeki yang lain dahulu yang lebih utama untuk kita. Allah Maha Mengetahui.

    Minggu lepas aku telah mendapat rezeki ini. Aku ada berhutang dengan seorang rakan beberapa bulan dahulu sebanyak RM500. Waktu itu ada satu hajat yang amat penting yang perlu aku laksanakan. Kebetulan duit tidak mencukupi untuk melaksanakan hajat tersebut sebanyak RM500.

    Sedang aku terfikir-fikir untuk mencari sumber untuk mendapatkan jumlah tersebut, tampil seorang sahabat yang agak rapat dengan aku menawarkan jumlah tersebut. Alhamdulillah. Sahabat yang memang humble ini aku doakan supaya dimurahkan rezekinya oleh Allah.

    Setelah selesai apa yang perlu diselesaikan, perkara seterusnya ialah melangsaikan hutang hamba Allah tadi. Sahabat yang selalu menjadi tempat aku berbincang dan meminta nasihat ini baru sahaja mendapat khabar gembira apabila beliau telah dipanggil untuk menyertai sebuah syarikat yang baru. Alhamdulillah… Aku turut gembira dengan rezekinya. Mungkin amalannya yang gemar menolong orang yang dalam kesusahan seperti perbuatannya menolong aku tadi membuatkan dia mudah mendapat rezeki.

    Suatu hari sewaktu aku minum petang dengannya, beliau tiba-tiba bersuara:

    “Sohoque, tentang hutang engkau pada aku tu, tak perlulah kau bersusah payah untuk bayarkan ya.. Aku dah berniat untuk hadiahkan saja duit tu pada kau…”

    Terkebil-kebil aku mendengar perkataannya. Apa lagi yang mampu aku katakan selain daripada ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

    Balik daripada sesi ngeteh tersebut aku terfikir. Inilah salah satu rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka. Tak terfikir pulak ia datang dalam bentuk ini.

    “Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan cukupkan keperluannya”
    –  At-Thalaq, Ayat 65: 3

    Syukur Alhamdulillah. Moga dengan kesedaran ini akan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur kepadaNya.

    Aku fokuskan doa supaya dikurniakan rezeki dalam bentuk yang lain. Tapi Dia lebih mengetahui dengan memberi aku rezeki ini terlebih dahulu dahulu. Sesungguhnya hutang adalah perkara paling penting yang harus dilangsaikan dahulu.

    Malah selepas kita meninggal dunia, harta pusaka akan digunakan untuk melangsaikan hutang kita dahulu sebelum ianya dibahagikan mengikut wasiat kita ataupun mengikut hukum Faraidh.

    Alhamdulillah. aku syukur pada ya Allah.

    Latest articles

    Related articles

    11 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge