Kontes Video Funderful Yeo's 2013

RM40,000 Wang Tunai Untuk Direbut Dengan Yeo’s Funderful Video Contest

menang peraduan mudah

kontes ini amat berbaloi untuk sertainya (gambar ihsan daripada Denaihati)

Rezeki ada di mana-mana. Terpulang kepada kita hendak merebutnya atau tidak. Jika minda negatif, awal-awal dah cakap tak boleh, resultnya memang tak boleh. Cara kita berfikir dan anggap diri kita itu pun adalah doa sebenarnya.

Di dalam Hadith Qudsi Rasulullah bersabda:

“Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari”.
(HR. Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

Hadith ini menekankan bahawa apabila kita berfikiran positif dengan Allah dalam meminta pertolongan, nescaya Allah akan menunaikan hajat kita tersebut. Kita adalah apa yang kita fikir.

Itu intro aku saja. Aku cuba untuk kaitkan dengan kontes daripada Yeo’s ini. Moralnya ialah jangan nampak sesuatu itu susah untuk kita dapat sehingga kita cuba. Cuba dulu masuk kontes ini sebagai usaha kita, kemudian berdoa semoga kita menang. Yang terakhirnya pasrah dan tawakkal. InsyaAllah jika ada rezeki jadilah habuan kita. Jika tidak kita dan dapat pahala sebab berusaha, berdoa dan bertawakkal. Ya tak? Kalau tak cuba memang dah tau la keputusannya. Memang tak dapat la.

Aku pun mula tau tentang kontes ini bila membaca entri denaihati yang bertajuk Peluang untuk menangi RM40,000 dengan kontes mudah dua hari yang lalu. Rasa terpanggil pula untuk kongsi dan jika ada peluang untuk sertai sekali.

Ok cukup pasal intro. Jom kita tengok macamana nak sertai kontes in. Apa syarat-syaratnya dan apa hadiahnya.

Bersempena dengan kempen “Stay Health with Yeo’s, Lead A Joyful Life“, Yeo’s Malaysia, sebuah syarikat pembuatan barangan makanan telah mengadakan satu kontes yang aku rasa cukup teruja hadiahnya. Ia diberi nama  Kontes Video Funderful Yeo’s.

Bagaimana untuk sertai Kontes Video Funderful Yeo’s

Untuk menyertai kontes ini, anda hanya perlu merakam satu video dengan idea anda yang asli dan kreatif  dan menggambarkan keseronokan. Anda bebas untuk menjemput rakan-rakan anda untuk turut serta di dalam video tersebut. Itu sahaja. Mudah bukan? Kemudian hantarkan rakaman video tersebut untuk kontes ini. Apa yang penting video tersebut boleh membuatkan orang menonton turut bergelak ketawa merasa keseronokannya.

Cara penghantaran lebih lengkap boleh di rujuk di laman web Yeo’s.

Waktu kontes

Kontes ini bermula dari 1 November 2013. Tarikh tutup untuk penghantaran video adalah pada 15 Disember 2013. Sebarang penyertaan yang diterima selepas pukul 5 petang pada 15 Disember 2013 (atau sebarang tarikh yang mungkin akan dipanjangkan oleh pihak penganjur) ataupun rosak, corrupted, tidak lengkap atau tidak layak tidak akan diterima dan akan dikira sebagai terkeluar daripada saingan kontes.

Hadiah Yang Ditawarkan

hadiah daripada kontes yeo's funderful contest 2013

Hadiah-hadiah yang amat lumyan (gambar ihsan daripada anarm.net)

Agak lumayan!!!

Hadiah Utama kontes

  1. Tempat Pertama akan menerima wang tunai RM20,000 dan Produk Yeo’s
  2. Tempat Kedua akan menerima wang tunai RM5,000 dan Produk Yeo’s
  3. Tempat Ketiga akan menerima wang tunai RM3,000 dan Produk Yeo’s
  4. 7 hadiah saguhati berupa wang tunai RM1000 dan Produk Yeo’s

Hadiah Istimewa

  • Video yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000

 

Syarat-syarat kontes

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, sama ada mendaftar sebagai kumpulan (dengan senarai penuh ahli kumpulan) ataupun mendaftar secara individu.
  • Anda boleh menghantar video penyertaan menggunakan online transfer atau emailkan kepada pihak Yeo’s seperti yang termaktub dalam terma dan syarat kontes.
  • Untuk info lebih lanjut tentang kontes ni, sila ke halaman Yeo’s Funderful Video Contest atau hubungi wakil media Yeo’s di talian 03-7787 3553 atau 03-7787 3811. Atau boleh juga email ke publicrelations@yeos.com untuk penerangan lanjut.

Jadi jangan tunggu lagi. Sediakan kamera rakaman ataupun telefon pintar anda. Tak ada idea? Jangan kerja seorang. Kerjalah secara berpasukan. Cari rakan-rakan anda dan minta masing-masing keluarkan idea. Pilih idea yang terbaik. Dapat hadiah nanti bahagi-bahagi lah. Hadiah lumayan kan. Kalau dapat RM20,000, kongsi 5 orang sesama rakan pun dapat banyak lagi untuk seorang.

Jom!!! Siapa yang nak team up dengan aku???!!!

Contoh Video untuk kontes ini:

22 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: