gadis penghisap vape

Rokok dan Vape Sama Saja Statusnya

Vape yang menjadi trend ramaja sekarang
Vape yang menjadi trend ramaja sekarang

Vape yang trending

Trend baru sekarang adalah menghisap Vape ataupun rokok eletronik. Kat mana-mana pun kita boleh jumpa penghembus vape ini. Aksi dan gayanya seperti megah dapat menghisap dan menghembus asap yang dikatakan wap itu.

Kadang-kadang orang sekeliling pun tidak dihirau. Pernah aku melihat penghisap vape menghembus asap vape dengan begitu seronok sedangkan di sebelah meja nya terdapat bayi sedang menyusu.

Dulu sewaktu vape belum lagi terkenal di kalangan rakyat Malaysia, vape ini dianggap sebagai alternatif untuk menggantikan rokok. Ia adalah cara baru untuk berhenti merokok. Perokok yang berazam untuk berhenti merokok takut untuk meninggalkan rokok terus macam tu. Dibimbangi ketagihan membuatkan mereka gelisah dan tidak produktif dalam membuat kerja.

Jadi mereka mengambil vape untuk membiasakan diri dan jauh daripada rokok sebenar. Pada waktu ini hanya segelintir yang menghisap vape. Belum ada komuniti menghisap vape seperti sekarang.

Namun sekarang, tujuan penggunaan vape sudah berubah. Ia sudah menjadi satu trend. Apabila ianya menjadi trend, masalah baru telah timbul. Akibat nak mengikut trend, orang yang tidak merokok sebelum ini pun mula menghisap vape.

Malah perempuan pun tanpa segan silu menghisap vape di khalayak ramai sekarang. Mereka tidak lagi merasa malu kerana di dalam fikiran mereka menghisap rokok dianggap kurang sopan untuk perempuan, tetapi tidak vape. Pendek kata rata-rata remaja sekarang sudah menjadikan vape sebagai trend.

gadis penghisap vape
gadis penghisap vape

Apabila dikaji, ternyata kandungan yang ada di dalam vape lebih serius daripada rokok. Tiada undang-undang yang mengawal sukatan bahan-bahan di dalam cecair vape. Ini menyebabkan kandungan nikotin di dalam vape sebenarnya adalah lebih tinggi daripada yang diletakkan di dalam rokok.

Inilah yang menjadi punca ketagihan menghisap vape sebenarnya. Tujuan asal untuk menjauhkan diri daripada rokok yang ketagih nampak tidak tercapai malah jauh menyimpang. Menghisap vape menjadi pengamalnya lebih ketagih daripada menghisap rokok.

Terlepas daripada bahaya rokok, masuk pula ke dalam bahaya Vape.

Hukum Menghisap rokok dan vape

Dengan sebab kesan ketagihan vape yang lebih serius inilah, jawatankuasa fatwa kebangsaan telah duduk dan berbincang tentang perkara ini. Mereka telah mencapai keputusan bahawa hukum menghisap vape atas sebab-sebab memudaratkan kesihatan adalah HARAM. Ada beberapa sebab lagi yang menyebabkan mereka mengambil keputusan ini.

Jadi, sebagai manusia yang boleh berfikiran waras, anda wajib berhenti merokok ataupun menghisap vape. Sayangilah diri anda. Anda diutuskan ke dunia bukan untuk merosakkan diri. Banyak lagi tanggungjawab lain yang harus anda buat.

Berhenti lah merokok ataupun menghisap vape. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk berhenti merokok ataupun menghisap vape. Bekalan anda hanyalah keazaman yang kuat, usaha yang gigih dan doa sahaja. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Sayangilah diri anda dan orang-orang tersayang disekeliling anda.

Bahaya asap rokok

Video di bawah menjadi bukti betapa bahayanya rokok ataupun vape. Satu ujian dilakukan ke atas 2 ekor tikus putih yang ditempatkan di dalam 2 botol. Satu botol dihembuskan asap rokok. Dan satu botol lagi dihembuskan asap vape. Botol kemudiannya ditutup.

Dalam beberapa minit sahaja tikus di dalam botol pertama mati.

Cuba bayangkan keadaan jantung kita yang sudah bertahun-tahun menyedut asap rokok ni. Kesian jantung kita kan?

Berhentilah. Carilah cara-cara berhenti merokok atau vape yang sesuai dengan anda. Bukan semua perokok sesuai dengan cara tertentu. Aku pun dulu pernah merokok. Tapi aku berjaya berhenti merokok di umur yang masih muda. Alhamdulillah.

Link di bawah ada dicadangkan salah satu cara untuk berhenti merokok ataupun menghisap vape:

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

6 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: