Samsung galaxy note5

Samsung Galaxy Note5 Dilancarkan Di Malaysia

Samsung galaxy note5

Majlis pelancaran Samsung Galaxy Note5 (Note5)

Pada 4 September baru-baru ini, Samsung telah melancarkan siri Galaxy Note terbarunya, Galaxy Note5. Pelancaran yang disertakan sekali dengan roadshow dan booth jualan ini dibuat di Orange Concourse Sunway Pyramid.

Telefon pintar ini telah menjadi antara pilihan utama peminat telefon pintar sejak ia dilancarkan 5 tahun yang lalu. Ia mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri.

peminat tegar mula membanjiri roadshow seawal pagi

peminat tegar mula membanjiri roadshow seawal pagi

Sejak awal pagi lagi mereka ini telah datang ke roadshow menunggu ia dibuka untuk orang ramai mencuba sendiri kecanggihan Note5 ini dan seterusnya menjadi antara orang yang terawal memiliki Note di Malaysia.

Samsung Galaxy Note (Galaxy Note)

Pejam celik Galaxy Note sudah mencapai usia 5 tahun. Saban tahun akan keluar Note yang baru dengan ciri yang dipertingkatkan.

Siri Note bermula dengan Samsung Galaxy Note yang pertama. Ia mendapat perhatian kerana skrinnya yang lebih besar, S Pennya yang menakjubkan dan keupayaannya dalam membuat pelbagai tugas dalam satu masa (multitasking).

Samsung Galaxy Note yang pertama dikeluarkan

Samsung Galaxy Note yang pertama dikeluarkan

Note II - Be Creative

Note II – Be Creative

Note3 - Design Your Life

Note3 – Design Your Life

Note4 - Do You Note

Note4 – Do You Note

Note5 - Next is Now

Note5 – Next is Now

Bermula daripada situ siri Galaxy Note ini terus dipertingkatkan fungsi dan kemampuannya sehinggalah kepada Galaxy Note yang terbaru iaitu Galaxy Note5. Galaxy Note adalah antara model telefon bimbit yang paling mendapat perhatian di kalangan pengguna.

Galaxy Note dinobatkan sebagai inovasi yang luar biasa dalam teknologi Industri dan meletakkan satu standard baru dalam budaya telefon pintar. Setiap Note kami yang kami cipta adalah lebih berkuasa daripada yang sebelumnya dan hari ini, legasi ini diteruskan  menerusi Galaksi note5 baru kami. Kami bangga untuk memperkenalkan pengalaman komen yang paling halus to-tarikh dengan menggabungkan semua teknologi terkini yang pengguna harapkan daripada siri nota, ” ~ Lee Sang Hoon, Presiden, Samsung Malaysia Eletronics.

Mengimbau kembali pada tahun 2011. Galaxy Note pertama telah dilancarkan dan ia mencetus revolusi telefon bimbit dan menetapkan standard baru dalam budaya telefon pintar.

Setahun selepas itu Galaxy Note II dilancarkan. Kali ini Samsung berkerjasama dengan Yuna untuk mencipta muzik videonya yang pertama. Semua pembikinan muzik video ini menggunakan Galaxy Note II.

Tahun 2013, Aaron Aziz membuat “Note Story” dengan penglibatannya di dalam bidang seni. Ia telah menjadi inspirasi kepada peminat-peminatnya di Malaysia untuk mengejar impian masing-masing.

S Pen yang sangat mantap

Bila sebut tentang ciri-ciri pada Note5 ni, yang paling menarik hati aku ialah fungsi S Pen nya yang benar-benar dipertingkatkan.

Jika dulu untuk menggunakan S Pen pengguna mesti melalui beberapa langkah sebelum boleh menggunakan fungsi S Pen, kini tidak lagi. S Pen sangat senang untuk digunakan. Malah kini Note5 boleh digunakan untuk mencatat nota walaupun dalam keadaan skrin mati (off screen).

Kelicinan sewaktu menulis juga bertambah mantap. Aku telah mencuba sendiri pengalaman menulis dan mencatat nota dengan menggunakan S Pen ini di majlis pelancaran tempohari. Memang seronok apabila menulis nota di skrin telefon bimbit dengan menggunakan S Pen ni.

Oh ya, satu lagi yang aku kagum dengan fungsi S Pen ini ialah jika kita nak mencatat nombor telefon, hanya perlu tulis nama dan nombor telefon pada skrin telefon dengan menggunakan S Pen. Nota ini boleh terus di masukkan ke dalam “phonebook” telefon. Sangat mudah.

Sebagai blogger, kadang–kadang aku terpaksa menulis fakta-fakta yang diperolehi semasa membuat liputan di dalam buku nota. Nak membawa buku nota ke sana ke mari agak melecehkan. Dengan fungsi S Pen yang dipertingkatkan ini, ia boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Roadshow Samsung Galaxy Note5

Kepada yang ingin “explore” Galaxy Note5 dan ingin mendapatkannya, anda bolehlah ke roadshow yang sedang berjalan di beberapa tempat ini. Untuk peminat di Lembah Kelang anda boleh melawat roadshow Samsung di LG1 Orange Concourse Sunway Pyramid. Roadshow juga diadakan di Gurney Plaza Penang dan Sutera Mall Johor.

Berikut adalah jadual roadshow mengikut negeri:

  • Kuala Lumpur – LG2 Orange Concourse, Sunway Pyramid (4 – 9 September 2015)
  • Penang – Main Concourse, Gurney Plaza (4 – 6 September 2015)
  • Johor – Level 3, Concourse, Sutera Mall (4 – 6 September 2015)

Lawati roadshow ini untuk membawa pulang Galaxy Note5 yang baru. Jadilah antara orang yang terawal memiliki gadget pintar ini.

Persembahan Artis

Sepanjang berlangsungnya roadshow di Sunway Pyramid, pengunjung akan diserikan dengan persembahan artis. Antara artis-artis yang akan menghiburkan pengunjung ialah:

  • Thomas & Jack – 2pm, 5 September
  • inson – 5 pm, 5 September
  • Najwa Latif – 2 pm, 6 September
  • Mad August – 5 pm, 6 September

artis di roadshow samsung 2

Artis sedang membuat persembahan

Artis sedang membuat persembahan

Trade in

Sempena roadshow ini juga, peminat Note5 yang ini membeli set tersebut, boleh trade ini Galaxy Note mereka yang lama untuk mendapat lebih penjimatan.

trade in

Berikut ialah harga yang ditawarkan untuk trade in Galaxy Note lama:

  • Note 1 – RM200
  • Note II – RM600
  • Note3 – RM800
  • Note4 – RM1150

Jom ke roadshow Samsung sekarang untuk mendapat keistimewaan yang ditawarkan di atas.

5 comments

  1. Jehan 9 September, 2015 at 07:38 Reply

    Wah… bestnyer… teknologi gadget sekarang terlalu hebat. Semoga kita dapat manafaatkan sepenuhnya kebaikan dari semua yang ada bukan sebaliknya.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: