logo sbb2014

SBB2014 Mengapa Tak Seindah SBB2013

t-shirt cantik

T-Shirt SBB2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah sebulan lebih Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB2014) ataupun Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 (SBBYeos2014) berlalu. Baru hari ini aku terbitkan entri aku tentang majlis ini.

gambar cafe besar

Dewan Saloma Bistro yang padat dengan blogger

Sebenarnya entri ini telah lama terperap di dalam draf kat blog aku ni. Tetapi tidak terpublished. Dek kerana kesibukan dengan tugas aku sebagai Financial Consultant dan juga blogger, entri ini seperti terabai. Hari ini bila aku mengemaskini blog baru aku sedar ada banyak banyak draf aku yang tak terpublish. Ada di antaranya dah tak sesuai lagi diterbitkan disebabkan isu yang sudah lapuk.

SBB2014 bertambah mantap dari setahun ke setahun penganjurannya. Dari pihak penganjur iaitu team Denaihati, korang dah melakukan yang terbaik. Tahniah. Dari segi sambutan juga majlis ini memang sudah menjadi acara wajib untuk dimasukkan ke dalam kalendar seorang blogger. Dari segi penajaan, majlis ini sudah mampu mencelikkan syarikat-syarikat di luar sana untuk mengiklan produk mereka dengan menaja majlis ini.

lagu yeos versi rap

Blogger Boni Kacak turut menyumbangkan lagu

Majlis ini seakan sudah menjadi platform terbaik untuk syarikat-syarikat iklankan produk dan servis mereka. Ini adalah kerana impak majlis ini amat besar. Blogger-blogger yang hadir ke majlis ini pasti akan menulis tentang majlis ini. Dan tentunya penaja majlis ini akan disebut sekali di dalam entri-entri mereka.

Pendedahan tentang produk mereka akan menjadi lebih tertumpu jika mereka membuat contest yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada para blogger seperti contest Yeos Pilihanku yang dibuat oleh Yeos, Kenapa Ephyra Menjadi Pilihanku yang dibuat oleh Ephyra, dan contest Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru anjuran Anjung Jelita Spa & Beauty Centre.

Cuma bagi aku majlis ini agak kurang feel pada aku berbanding dengan SBB2013 yang diadakan di Hotel Singgahsana pada tahun lalu. Aku pun pelik dengan perasaan ini dan cuba untuk mencari jawapan. Penganjuran terbaik, kehadiran terbaik sehinggakan dalam masa seminggu penyertaan sudah ditutup, dan tajaan daripada syarikat luar pun terbaik. Tetapi kenapa aku rasa ada kurangnya..?

Kemudian aku ketemu jawapannya. Dulu semasa menghadiri SBB2013 keterujaan aku memang ditahap tertinggi. Aku rasakan yang aku masih baru di dalam dunia blogging. Ramai blogger-blogger hebat yang aku ingin kenal. Banyak perkara yang aku ingin tahu dan bertanya sendiri kepada blogger lain. Ini telah menjadikan aku sangat teruja dan seronok menghadiri majlis perjumpaan blogger terbesar ini.

Berbeza dengan majlis ini yang baru sebulan lebih diadakan di Saloma Bistro. Pada tahun ini aku sudah kenal ramai para blogger. Yang otai maupun yang baru. Cuma mereka sahaja yang tak kenal aku. Ilmu blogging aku pun sudah bertambah sedikit berbanding dahulu setelah menyertai Kelas SEO Masterclass di Akademi Denaihati.

gambar ben ashari

Blogger Ben Ashari berkongsi ilmu blogging di SBB2014

Inilah punca sebenar aku rasa kenapa majlis ini tahap keterujaan aku tidak sehebat SBB2013. Walau apapun sangat banyak ilmu yang aku perolehi di majlis ini baik daripada perkongsian rasmi blogger jemputan di pentas, maupun perkongsian secara tidak rasmi dengan rakan-rakan blogger yang hadir.

gambar kambing golek

Kambing Golek di SBB2014

Harapan aku, majlis ini akan lebih hebat lagi di tahun 2015. Harap pihak Denaihati meneruskan lagi majlis ini di tahun-tahun mendatang. Ini adalah satu-satunya tempat untuk blogger yang lama maupun yang baru bersua muka mengeratkan ukhuwwah dan bertukar-tukar ilmu dan pendapat.

gambar blogger hafiz rahim

Blogger Hafiz Rahim menang cabutan bertuah di SBB2014

Syabas team Denaihati.

33 comments

    • sohoque 15 April, 2014 at 11:05 Reply

      ya kalau menang iphone pasti entri ini lain tajuknya… hehehehe

      nak cuba buat scheduled post tp belum dapat kejar masa. sbb masa yg ada ni kena siapkan entri yg lama dulu. kena buat backdated post.. heheheh.. ada sebabnya..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: