More

    Segmen Baru Liverpool FC Diperkenalkan

    logo liverpool fc
    Logo Liverpool FC

    Segmen ini akan memuatkan entri-entri tentang pasukan kegemaran aku di dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC. Setahu aku rakan blogger yang juga meminati pasukan Liverpool FC ialah Budak Felda.

    Sebenarnya sudah lama aku teringin untuk menulis entri-entri tentang pasukan Liverpool FC ni tapi bimbang jika rakan-rakan yang meminati pasukan lain terutama seteru Liverpool FC seperti peminat pasukan Manchester United, Arsenal, Chelsea atau Manchester City akan menjauhkan diri. Namun apabila memikirkan aku menulis entri adalah seikhlas hati dan bukan untuk mengutuk sesiapa, aku mula berubah fikiran. Tambahan pula aku dapati ada rakan-rakan blogger yang turut menulis entri tentang pasukan favourite masing-masing seperti blogger hebat INI yang menulis tentang Arsenal FC, dan juga blogger yang sedang meningkat naik INI yang juga peminat Liverpool FC.

    Steven Gerard sewaktu menjulang trofi Champion League

    Tambahan pula aku sedang mengorak langkah untuk mewujudkan niche blog tersendiri seperti cadangan blogger otai ini. Jadi entri-entri aku tidak akan hilang arah lagi selepas ini.

    Jadi kepada peminat-peminat pasukan Liverpool FC, anda bolehlah mengikuti perkembangan pasukan anda di blog ini. Hanya berita sensasi dan penting sahaja yang akan disiarkan ya. Sebab aku bukanlah blogger sukan.

    Kepada pembaca yang bukan peminat Liverpool FC anda juga bolehlah turut membaca dan mengomen disini. Cuma komen yang menyinggung perasaan peminat-peminat Liverpool FC akan disaring. 😉

    Terima kasih.

    “You’ll Never Walk Alone”

    Latest articles

    Related articles

    9 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge