12

Seharian di KLCC

Kemalasan melanda aku hari ni. Hahaha.. Tadi ada event Digi Cyber Safe kat Petrosains KLCC. Event pukul 10 pagi. Pukul 12 tengahari habis. Hmmmm.. Nanti entri pasal Digi Cyber Safe menyusul.

Waaah lain betul Petrosains sekarang. Last aku pergi berapa tahun dah ek? Lama sungguh tak singgih sini. Sudah tentu lah semkin canggih sekarang.

Nak ke ruang yang dikhaskan untuk Digi Cyber Safe tu, aku terpaksa menaiki sebuah kapsul. Kapsul ni bergerak perlahan-lahan sambil aku dijamukan dengan info-info tentang bumi kita seterusnya lebih menjurus kepada Malaysia dan berakhir dengan info Petronas.

Agak kagum jugak la duduk dalam kapsul tu. Hehehe.

Habis event Digi aku dah malas nak pergi memana dah. Perut pun dah kenyang makan kat event Digi tadi. So apa lagi. Tengok wayang ler.

Banyak filem yang best-best tengah ditayangkan sekarang. Yang paling top yang memang aku nak tengok Logan la. Cerita lain yang rasa jugak nak tengok kalau ada masa lapang ialah Power Rangers, Kong, Skull Island, Beauty and The Beast, dan J Revolusi. Fuuuh sempat ke aku kejar tengok semua tu…?

Best cerita Logan ni. Kena pulak memang aku minat X Men dan follow dari dulu lagi. Nanti cerita dalam entri movie review.

Habis wayang aku menapak balik ke Jalan Yap Kwan Seng tempat aku parking kereta. Singgah solat jap kat Avenue K.

Sampai Ambank Yap KWan Seng, ada pameran kereta MPV Maxus. Mantap jugak kereta ni. 10 seaters. Tapi boleh modified jadi 7 seaters. Besar MPV ni.

Aku memang tengah mencari-cari kereta baru ni. Maxus ni boleh masukkan dalam senarai pendek. Macam mantap gak spec dia. Interior pun cantik..! Yang penting harga dia murah berbanding MPV yang lain.

Hmm besok ku test drive kereta ni…!

Lepas tu lepak kejap kat cafe Ambank tunggu wife habis kerja. Dan balik…

Hahaha. Sangat tak produktif hari ni. Kira hari rehat la hari kot… Hahaha..

K. Aku tamatkan entri untuk tarik mood menulis ni. Hahaha. Nak sambung entri lain pulak…

Show Comments

4 Comments

  1. Dkna Abza March 10, 2017
    • sohoque March 10, 2017
  2. Khairul Zamri March 19, 2017
  3. kauthar mohd March 22, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: