More

    Selalu Kemaskini Borang Kaji Selidik Nuffnang

    Tips supaya disukai Nuffnang yang seterusnya selain daripada setting blog yang professional dan tidak terlibat dalam penulisan berbaur politik ialah kena selalu kemaskini borang kaji selidik Nuffnang.

    nuffnang suruh kemaskini borang kaji selidik
    selalu kemaskini borang kaji selidik nuffnang

    Anda perasan tak ada satu paparan di dalam akaun Nuffnang anda yang ada butang Manage Blogs. Jika anda klik pada butang tersebut anda akan dibawa kepada paparan update survey. Di sana anda di saran untuk mengemaskinikan borang kaji selidik tersebut.

    Hanya jawab sahaja soalan yang diberi. Kejap je. Tak sampai 5 minit pun.

    Aku pernah tanya pihak Nuffnang semasa sesi Lepak Bersama Nuffies dulu. Soalan aku:

    Macam mana Nuffnang memilih blogs untuk diberi tugasan iklan? Adakah faktor trafik blogs diambil kira?

    Aku bertanya sedemikian kerana selama ini aku terfikir-fikir apakah kriteria yang digunakan dalam pemilihan blogger untuk sebarang tugasan dan event. Aku tau blogger yang trafik lebih rendah daripada aku tetapi sering mendapat tugasan.

    Menurut pihak Nuffnang, trafik bukanlah kriteria utama mereka memilih bloggers untuk tugasan. Apa yang penting ialah mereka tau kategori blogs yang mendaftar dengan mereka. Jadi mereka akan memilih bloggers berdasarkan kategori blogs mereka.

    Jadi apa kena mengena dengan selalu mengemaskini borang kaji selidik?

    Ini penjelasan Nuffnang. Kadang-kadang mereka akan meletakkan kategori baru di dalam borang kaji selidik tersebut. Mungkin kategori tersebut lebih tepat mewakili blogs kita. Jadi selalu mengemaskini borang kaji selidik menolong kita meletakkan blog kita di dalam kategori yang lebih sesuai.

    Satu lagi, apabila kita mengemaskini borang kaji selidik, blog kita akan muncul di bahagian atas di dalam laporan pihak Nuffnang (the most recent updates). Ini akan menyenangkan pihak Nuffnang memilih blog kita di antara ribuan blogs yang mendaftar di bawah Nuffnang.

    Jadi selalu mengemaskini borang kaji selidik adalah antara faktor yang menonjol blog anda di mata Nuffnang untuk dipilih.

    Moga perkongsian ini memberi manfaat. Yang penting kita buat. Kalau tidak juga terpilih kita buat cara yang lain yang akan dikongsi di lain entri.

    Latest articles

    Related articles

    22 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge