Selamat Datang Ke Dunia “Fulltime” Sahabatku

welkam Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuHari Jumaat 20 April 2012 adalah hari terakhir sahabatku Mr Jocko berkerja di Syarikat yang agak gah di Malaysia ini. Beliau telah pun meletakkan jawatan untuk menceburi bidang perniagaan. Bidang perniagaan yang dipilih beliau adalah bidang Perancangan Kewangan (Financial Planning) iaitu sebagai Konsultan Unit Trust seperti aku.

Aku secara terus terang amat bersetuju dengan tindakan beliau. Sebenarnya dah lama aku menggalakkan beliau untuk bergiat secara sepenuh masa. Dan bila aku lihat semakin hari minat untuk “makan gaji” semakin pudar dalam diri beliau dek kerana politik pejabat, aku dah tau yang niat beliau untuk buat bisnes unit trust secara sepenuh masa dah semakin hampir. Cuma pada masa itu bila ditanya, beliau menjelaskan ingin menunggu sehingga akhir tahun ini. Mungkin menunggu bonus dulu kot.

takut 150x150 Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuAku respek  dengan tindakan beliau bukannya sebab apa. Sebabnya itu merupakan satu keputusan yang amat besar dalam hidup beliau yang telah beliau buat. Percayalah, mengambil keputusan untuk berhenti kerja ini bukannya mudah. Macam-macam yang kita terfikir yang akan menyebabkan hasrat untuk kita berhenti kerja tertangguh. Kalau tak percaya cuba tanya diri sendiri (yang masih berkerja makan gaji) dan kawan-kawan sekeliling. Ada di antara mereka yang memang nak berhenti berkerja makan gaji dan berniaga sendiri tetapi berapa kerat yang berani berbuat demikian? Ada kawan-kawan aku yang dah bercakap tentang hasrat mau berhenti kerja bertahun-tahun dulu. Tetapi sehingga sekarang masih lagi kerja makan gaji.

rdpd Selamat Datang Ke Dunia Fulltime SahabatkuMenyentuh tentang isu berhenti kerja ni, aku teringat akan kisah yang diceritakan oleh “Rich Dad” kepada Robert Kiyosaki dalam bukunya yang bertajuk “Rich Dad Poor Dad”. Buku inilah yang sebenarnya banyak memberi pengaruh kepada aku untuk berhenti kerja makan gaji dan menceburi bidang perancangan kewangan sebagai Unit Trust Consultant secara sepenuh masa (fulltime) sejak tahun 2004 dahulu. Dalam buku tersebut Rich Dad bertanya satu teka teki kepada Robert:

Rich Dad: “Ada 10 ekor burung di atas sepohon pokok. 9 ekor daripada mereka berhasrat untuk terbang dari situ. Berapa ekorkah yang tinggal di atas pokok tersebut?.

Robert: (dengan pantas menjawab) “9 ekor”.

Rich Dad: Salah, sebenarnya masih ada 10 ekor burung di atas pokok tersebut”

Robert: “Kenapa?” bertanya dengan hairan.

Rich Dad: “9 ekor burung tersebut hanyalah BERHASRAT untuk terbang, tetapi mereka tak terbang pun. Sesuatu hajat atau niat yang hanya dipendam ataupun diucap tanpa diekori oleh tindakan yang segera hanyalah tinggal hasrat atau niat sahaja. Ia tidak akan kemana-mana” terang Rich Dad.

Jadi sebab itu aku kata tindakan berhenti kerja ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan orang hanya mampu berhasrat. Kenapa? Kerana perasaan takut. Takut jika berhenti kerja, kita tak mampu untuk hidup seperti sekarang. Takut jika berhenti kerja kita tak ada gaji. Takut jika berhenti kerja anak-anak dan isteri kita tak cukup makan. Dan banyak lagi alasan yang bermula dengan takut.

Kenapa kita begitu takut? Sebab daripada kecil kita diajar sebegitu. Ibubapa kita selalu pesan masa kita kecil. “Anak ku, belajar betul ya.. belajar pandai-pandai ya. Nanti dapat masuk University, dapat gred yang bagus, boleh dapat kerja yang bergaji besar”.Jadi dari kecil mindset kita adalah berkerja makan gaji.

Di sekolah pulak kita diajar supaya menjawab soalan dengan betul. Jika salah kita akan dihukum. Di zaman aku dulu jika salah jawab soalan, aku pernah dihukum dengan menulis berulangkali jawapan yang betul itu, kedang-kadang sehingga 2 muka surat. Hukuman ini adalah supaya kita tidak membuat kesilapan lagi di masa hadapan. Namun kesan yang tidak bagus kepada minda kita ialah, ia akan menjadikan kita takut untuk membuat kesilapan. Sedangkan di dalam dunia yang nyata, membuat silap akan menjadikan kita lebih hebat. Dengan membuat kesilapan, kita akan belajar daripada kesilapan kita itu. Sebab itu lah ia akan menjadikan diri kita lebih hebat pabila kita bangkit semula daripada kesilapan itu.

Seperkara lagi yang harus diambil tahu bila dah buat fulltime ni, ada beberapa benda yang harus dibuat persediaan. Antaranya dari sudut:

Financially

Bila dah buat bisnes unit trust ni secara fulltime, gaji tetap memang dah tak ada. Jadi kebanyakkan daripada kita masih terikut-ikut dengan cara perbelanjaan masa kerja makan gaji. Kerja sendiri ni, masa baru-baru berhenti kerja kalau tak beringat akan sakit sikit. Kecuali kalau dia dah ada tabung/fund yang dibuat sebelum berhenti kerja. Tapi lama-lama pendapatan akan bertambah dan akan melebihi gaji tetap tadi. Sebabnya bisnes unit trust ni incrementnya on monthly basis.

Bila dah tak berkerja makan gaji, secara automatik KWSP tidak lagi dicarum. Jadi untuk dana persaraan, kita kena buat dana sendiri dengan unit trust. Sebenarnya buat dana persaraan dengan unit trust lagi tinggi keuntungan daripada yang diberi oleh KWSP. Jadi dana persaraan ni wajib kena buat sebaik sahaja berhenti kerja.

Physically

Tubuh badan pun kena jaga. Kalau sakit terjejas income sebab tak boleh keluar jumpa prospek. Itu kalau baru-baru jadi unit trust consultant la.. Kalau dah lama passive income (career benefit dan group overriding) dah banyak.

Lagi satu kalau dah sakit, perbelanjaan klinik dah tak ada orang tanggung. Dulu syarikat tempat kita berkerja yang tanggung bil-bil klinik atau hospital. Kecuali syarikat tempat pasangan kita berkerja turut memberi benefit perubatan kepada keluarga. Jadi perancangan seperti Medical Card Takaful perlu ada.

Mentally

Kekuatan mental juga perlu ada. Ini kerana pada peringkat awal berhenti kerja biasanya banyak sikit ujian yang akan diterima. Ini adalah untuk melatih jiwa kita supaya tahan untuk ujian-ujian yang seterusnya. Jika ujian-ujian tersebut berjaya ditempuh dengan tenang, InsyaAllah tiada lagi halangan yang tidak boleh dia tempuhi.

Kekuatan mental ni boleh diperolehi dengan menjaga 2 hubungan ini:

Hubungan dengan manusia (hablun minannas)

Hubungan dengan kawan-kawan dan clients kena jaga kerana dari diorang la kita akan dapat mengembangkan bisnes kita ke peringkat yang lebih tinggi; Mereka juga akan memberi kita semangat terutama bila kita beremosi atau sedang mengalami tahap motivasi yang rendah.

Namun tidak kurang juga kawan yang ingin melihat kita jatuh. Dia nak berhenti kerja dia tak berani, lepas tu dia nak tengok kawan yang berani tu tak maju. Inilah antara manusia yang pelik. Jadi orang-orang sebegini haruslah dijauhi. Namun jangan diputuskan silaturrahim. Kerana orang yang putuskan silaturrahim Allah akan payahkan baginya rezeki.

Hubungan dengan Allah (hablun minallah)

Yang ini lagi la kita kena jaga. Kerana kita kena selalu berdoa supaya Allah murahkan rezeki kita. Amalan murah rezeki jangan ditiggalkan. Sebenarnya dengan buat fulltime ini sepatutnya kita lagi dekat dengan Allah. Kerana sentiasa mengharapkan Dia permudahkan perniagaan kita.

Buat Mr Jocko. Don’t worry bro. Jalan untuk kau terbentang luas di hadapan. Kau buat tindakan yang  bijak dan betul. Teruskan beristiqamah dalam bidang ini dan “never look back!”. Aku tau kau boleh buat. Masa kau kerja pun total sales sebulan dan mencecah ratusan ribu ringgit, ini kan pula bila kau fulltime. Go Go Mr Jocko (diubah dari slogan MU, sebab si Jocko ni fan MU)

ahlan 300x163 Selamat Datang Ke Dunia Fulltime Sahabatku

Nota Kaki:

Iklan icon lol Selamat Datang Ke Dunia Fulltime Sahabatku  : sesiapa yang ingin mengetahui berkenaan dengan bisnes unit trust untuk diceburi secara part-time ataupun fulltime boleh hubungi aku untuk berbincang. Nanti aku tunjuk jalannya.

 

768 total views, 1 views today

Comments

  1. Brader Joko bukan jadi fulltime blogger?

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam