Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

selamat menyambut ramadhan al-mubarak.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Besok, ummat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Besok bermulalah bulan yang penuh barakah. Bulan untuk ummat Islam berpesta ibadah. Pahala yang disediakan berlimpah ruah. Disediakan juga satu malam yang pahala amalan di malam itu menyamai 1000 bulan.

Marilah kita sama-sama memaksimakan ibadat kita di bulan Ramadhan ini. Perbanyakkanlah ibadat sunat kerana pahalanya menyamai seperti ibadah fardhu. Yang fardhu pula kita sempurnakan seperti solat fardhu berjemaah dan sebagainya.

Banyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan ini. Solat sunat terawih jika boleh janganlah kita tinggalkan. Jika tak sempat berjemaah di surau buatlah di rumah. Nabi pun ada buat solat terawih di rumah. Solat sunat terawih ini hanya ada di bulan Ramadhan. Di bulan yang lain tak ada.

Jadikan bulan Ramadhan tahun ini seolah-olah bulan Ramadhan yang terakhir bagi kita. Seolah-olah tahun selepas ini kita tidak jumpa lagi dengan bulan Ramadhan.

Persediaan hari raya kita siapkan awal-awal. Baju raya dan sebagainya kalau boleh siapkan dari sekarang. Harap jangan libatkan persediaan hari raya tu semua di dalam malam terakhir bulan Ramadhan. Ini adalah kerana di malam-malam terakhir itulah adanya malam bergelar Lailatul Qadr yang mana pahala amalan pada malam itu menyamai seribu bulan.

Jagalah perbelanjaan kita di bulan Ramadhan ini. Belanja berlebihan terutama dalam persiapan makanan untuk berbuka puasa amatlah tidak digalakkan Islam. Dengan nafsu makan yang menggunung pastinya kita mudah tertarik dengan makanan-makanan yang dijual. Bazar Ramadhan pula tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kadang-kadang harga yang agak mahal pun tidak kita peduli.

Ini termasuklah yang gemar berbuka puasa di hotel-hotel dan restoren-restoren yang mahal. Ingatlah, puasa adalah ujian untuk kita antaranya untuk merasai kesusahan dan kelaparan yang ditanggung oleh saudara seislam kita. Ingatlah, tatkala kita berpesta makan, ada antara saudara kita baik di dalam ataupun luar negara yang masih kelaparan.

Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan kepada anda semua para pembaca blog samada yang aku kenal atau tidak agar sudi memaafkan dosa dan kesalahan aku secara sengaja atau tidak, samada dalam pertuturan, perbuatan ataupun penulisan aku selama ini. Kesalahan anda semua (jika ada) ada sudah berlapang dada memaafkan. Semoga kita semua beroleh keberkatan yang maksimum di bulan Ramadhan Kareem ini.

Ameen.

16 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: