Selamat Tahun Baru 2017

Ada 2 jam setengah lagi. Sambil lepak-lepak tengok TV3 cerita “Kalau Aku Kaya” tergerak pulak hati aku nak bukak laptop ni dan membuat karangan.

Kejap lagi masuk tahun 2017. Tahun baru yang aku sendiri pun tak tahu ia menjanjikan apa untuk aku. Tapi aku positif ia menjanjikan kebahagian. Walaupun rata-rata orang cakap tahun 2017 tahun yang agak mencabar dari segi ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Aku positif sebab aku dah ada planning aku sendiri. Aku yakin dengan plan aku ni aku mampu bergerak terus kehadapan.

planning ataupun perancangan amat penting untuk kejayaan. Jika anda gagal meracang anda merancang untuk gagal

Kesilapan aku di tahun 2016 aku jadikan pengajaran. Perancangan (plan) aku ni aku modified sebaiknya. Aku dah tulis elok-elok di dalam buku nota peribadi aku. Dan yang paling penting, aku dah tulis ia dalam kepala hotak aku.

Aku kena programkan otak aku daripada sekarang untuk fokus pada perancangan 2017. InsyaAllah… Yang tinggal lagi adalah part implementation. Yang ni aku kena fokus betul-betul supaya tak terpesong daripada landasan.

Perancangan aku melibatkan 2 industri. Industri Perancangan Kewangan yang memang dah sebati dengan jiwa aku dan industri blogging yang menjadi minat aku daripada dulu lagi.

Bisnes Perancangan Kewangan… Tahun 2017 aku terpaksa fokus kepada satu cabang sahaja iaitu Unit Trust atau Saham Amanah. Aku akan kembangkan lagi klien aku kat situ. InsyaAllah aku nak jadi seperti dulu. Hidup selesa dalam industri ni.

Blogging… Aku tetap teruskan. Membuat perkongsian melalui penulisan. Memberi ilmu kepada yang memerlukan. Projek underground aku akan teruskan sebab masih banyak lagi yang aku kena majukan.

siapa yang tinggalkan blog tahun depan, tindakan dia adalah sesuatu yang agak merugikan

Hurmmm.. Nantilah aku kongsi lagi tentang pelan dan perancangan 2017. Nak layan drama “Kalau Aku Kaya” kejap…

Oh ya… Pukul 12 jap lagi tamat contest Minyak Herba Asmak yang dianjurkan oleh Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Nak jugak aku tengok keputusan dia. Ada beberapa orang student aku (student MYSC) yang menjadi pesaing utama dalam contest tu.

Apa pun keputusannya, kejayaan mereka tu dah cukup membanggakan aku. Tahniah kepada MYSC Alumni…!

15 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: