Tips: Selawat Menjadikan Kita Seorang Yang Hebat!!!

Pertama sekali kita kena sematkan ke dalam diri kita bahawa kita ini hebat. Setiap pagi, bangun dari tidur selepas mengucapkan syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk hidup sehari lagi, katalah kepada diri kita bahawa kita ini hebat.

Benarkah yang kita ini hebat? Yakin ke kita bahawa kita ini hebat? Jawapannya YA!

Bagaimana caranya untuk kita menjadi seorang yang hebat? Sebenarnya kita sebagai ummat Islam memang telah dianugerahkan oleh Allah dengan kehebatan. Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.”

Pengiktirafan daripada Allah ini bukanlah hanya satu pujian kosong kerana untuk menjadi ummat yang terbaik (hebat) ummat Islam perlu ada 3 ciri-ciri berikut:

  1. Menyeru manusia ke arah kebaikan (amar makruf)
  2. Mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran (nahi mungkar)
  3. Beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

 

Allah berfirman lagi:

Dalam ayat diatas Allah memberitahu bahawa Dia dan para Malaikat berselawat ke atas baginda nabi Muhammad SAW. Inikan pula kita. Allah juga memerintahkan kita supaya turut berselawat ke atas nabi. Kalau dah Allah suruh maka akan ada ganjaran besar yang akan diberi kepada hamba yang menurut perintah. Apakah ganjaran tersebut?

Sabda Rasulullah SAW:

Nah! Inilah ganjarannya. Inilah rahsianya untuk menjadi hebat. Untuk sesiapa yang mengamalkan selawat keatas nabi, Allah sendiri yang akan berselawat ke atasnya. MasyaAllah, bukan sekali tetapi pada setiap satu selawat kita ke atas nabi, 10 kali selawat Allah ke atas kita. Di sinilah kehebatan kita jika selalu berselawat.

Jadi kepada sesiapa yang sedang mengikuti temuduga dan sebagainya, selawat lah banyak-banyak. Moga kita menjadi orang yang hebat sewaktu temuduga.

Kepada orang-orang yang berkerja yang melibatkan banyak jumpa orang seperti salesman, ejen insurans, unit trust consultant, ucapkanlah selawat banyak-banyak. InsyaAllah anda akan menjadi hebat di hadapan klien anda. Ini akan banyak membantu anda urusan anda.

Hadith nabi lagi berkenaan selawat ini:

Jangan kita jadi orang yang bakhil seperti yang disebut oleh Rasulullah itu. Sesungguhnya orang yang banyak selawat akan mendahului yang lain dalam mendapat syafaat daripada Rasulullah di Padang Mahsyar kelak.

Berikut adalah kelebihan berselawat:

kelebihan berselawat

Jadi, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat. Moga kita dikasihi Rasulullah dan mendapat syafa’at baginda di Padang Mahsyar kelak. Moga kita menjadi hebat dengan amalan kita ini.

 

7 comments

  1. jual semula unit trust guna skim pelaburan KWSP - Kenapa? 29 October, 2012 at 18:43 Reply

    […] klien. Terima kasih kepada Sifu saya En Bahrin kerana dialah yang ajarkan petua ini. Sila lihat SINI untuk tips menjadi Muslim yang hebat dengan berselawat ke atas […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: