Selling Skill Sangat Bagus Tapi Sayang…

 

Semalam anak sulung aku ada buat demonstrasi taekwondo di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang. Pagi-pagi lagi dah kena bangun, di hari minggu pulak tu untuk hantar dia. Pukul 7.30 pagi dah nak kena ada kat sana.

Aku just drop Iqbal (anak sulung aku) kat sekolah tu dan terus pergi. Niat aku untuk tengok demonstrasi anak aku terpaksa dibatalkan sebab terlalu susah nak dapat parking kereta. Parents ramai yang dah datang awal. Tambahan pula aku dah set satu appoinment dengan seorang prospek untuk jadi Unit Trust Consultant kat satu restoren mamak di Bandar Baru Selayang.

Restoren AlBidayah Bandar Baru Selayang

So, sementara menunggu prospek tu sampai aku seperti biasa buat blogwalking ke blog-blog otai dulu sebelum buat update kat blog sohoque.com ni.

Sambil tu aku noticed ada sorang mamat ni datang jual barang dari meja ke meja. Dari awal aku perhatikan, aku tengok mamat ni memang bagus dan cool cara approach dan presentationnya. Caranya amat mesra. Aku tengok tiada langsung riak muka frust bila terkena rejection dari prospek pelanggannya. Presentationnya turut disertai dengan demonstrasi untuk membuktikan apa yang dikatanya itu mempunyai kebenaran. aku sesungguhnya agak kagum!

Produk yang dijualnya adalah “power pen” dan “alarm padlock”.

2 batang “Power Pen” yang aku beli semalam

Sampai di meja aku dia terus meminta izin untuk buat presentation. Aku terus memberi keizinan untuk melihat dengan lebih dekat lagi selling skillnya yang bagus. Skill berkomunikasi dan skill demontrasi yang aku ingin lihat sebenarnya.

Apa yang aku boleh simpulkan setelah mendengar dan melihat dia buat presentation ialah, dia sangat bagus dalam bidang jualan. Aku lantas membeli 2 batang pen yang dijualnya. Posting selepas ini mungkin aku akan cerita tentang produk power pen dan alarm padlock yang dipromosinya itu.Produk yang agak menarik!

Sebelum dia pergi aku sempat bagi bisnes kad aku dan explain serba sedikit tentang kelebihan menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Antara fakta-fakta yang aku tekankan untuk dia semalam adalah:

  1. Repeat Sales. Menjadi UTC jimat tenaga sebab ada repeat sales iaitu daripada regular investment pada setiap  bulan untuk skim KWSP, dan regular investment daripada pemotongan akaun bank di setiap bulan bagi investor yang membuat regular investment untuk memaksimakan kelebihan Dolar Cost Averaging (ko ada?!  :lol:)
  2. Bergaji tetap. Menjadi UTC ada gaji tetap sebenarnya. Ada yang panggil Pencen semasa kerja dan sebagainya. Di Syarikat Unit Trust aku, ia dipanggil Career Benefit (CB). CB ni terhasil daripada amaun pelaburan semua pelabur yang terkumpul di bawah pengawasan kita. Lagi banyak amaun terkumpul, lagi banyaklah CB kita. Jadi jika kita sudah lama dalam industri ini maka jumlah CB yang kita dapat juga adalah banyak. Sebab itu kita boleh tengok pendapatan CB untuk UTC yang dah menceburi bidang ini 3 tahun keatas sudah stabil. Ini bermakna jika UTC ini sakit ataupun sedang bercuti, komisen daripada CB ini akan tetap masuk walaupun dia tidak buat kerja pada bulan itu. Ini yang istimewanya kerja sebagai UTC (ko ada?! 😆 )
  3. Percutian percuma. UTC yang sampai sasaran jualan yang ditetapkan akan dibawa bercuti keluar negara secara PERCUMA. Sasaran jualan itu pula agak rendah dan senang untuk dicapai. Percutian bertaraf 5 BINTANG. Semua percuma. UTC hanya bawak diri sendiri sahaja. (Ko ada?! 😆 )

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang bakal di dapati bila menyertai kerjaya UTC ini seperti masa yang sangat fleksibel, kenaikan pangkat yang cepat, kenaikan gaji yang cepat dan lain-lain. Tapi semalam aku tak dapat nak bagitau sebenarnya sebab masa singkat. Dia nak teruskan kerjanya.

Pada dasarnya dia amat tertarik dengan kerjaya UTC ini. Cuma MALANGnya, dia tak ada SPM. SPM dia gagal! 😥 . Kesian!

So, secara automatik dia tak boleh jadi UTC sebab nak jadi UTC kena ada lesen daripada FIMM. Nak lesen tu kena duduk exam. Syarat nak exam kena lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu, English atau Mandarin.

So, aku tengah fikir ni nak berkerjasama macamana dengan dia. Sebab aku tengok skill dia sangat bagus. Kalau dia join aku sebagai UTC aku confident aku boleh bimbing dia menjadi UTC yang berjaya.\

Errrmmm…

6 comments

  1. daddydee 16 July, 2012 at 15:44 Reply

    Susah ke nak jadi UTC? Kalau buat part time ada gaji tetap ke?

    saya ada buat pelaburan UT ni. Skang rasa berminat untuk jadi ajen, nak belajar selok belok ekonomi dan pengurusan kewangan pula.

    • sohoque 16 July, 2012 at 16:48 Reply

      daddydee, nak kata susah bg saya agak senang. nak kata senang tak der la senang sgt sbb kalu duk goyang kaki confirm tak masyuk (kalau baru jd utc. kalau dah lama duk goyang kaki pun masuk tau!!!). tp secara keseluruhan jd utc ni best sesgt!!! masa fleksibel, trip percuma, income masyuk, naik pangkat cepat, dan baaaaanyak lagi. emel sy contact daddydee. nnti kita bincang lanjuut. emel saya: sohoque@gmail.com

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: