Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 Seminar Hebat #SBDDB13

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013

Salam dan selamat sejahtera.

Aku tak keruan. Aku jeles. Aku dengki. Aku terasa kerugian yang amat sangat.

Kenapa?

Sebab besok akan berlangsung Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 (SBDDB13) anjuran insan yang sudah boleh aku gelar sifu kepada aku kerana aku pernah mendapat tutorial wordpress secara terus daripada beliau. Kiranya kalau menuntut ilmu agama, menadah kitab cara macam amat digalakkan.

Masih teringat aku ilmu yang beliau dan otai ini kongsikan tanpa sebarang caj di Starbuck Serdang. Anak murid pada ketika itu selain aku ialah Kid dan Ruby. Ilmu itu sampai sekarang aku amalkan dalam penulisan blog aku.

Tahniah aku ucapkan kepada sifu Denaihati kerana berjaya melaksanakan satu lagi event yang menarik untuk para blogger Malaysia, Indonesia dan Brunei. Aku kagum kerana Denaihati dan rakan-rakan berjaya menjadi pelopor kepada blogger-blogger khususnya di Malaysia.

Ya, blogger semua perlukan semacam satu persatuan. Dengan ini banyak event dan seminar boleh dibuat. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama terutama para blogger baru seperti aku ini. Jadi aku rasa Denaihati adalah orang yang paling layak menjadi Tok Penghulu para bloggers.

Eh tapi kenapa aku jeles sangat ya..? Ya aku memang JELES.. sebab aku tak boleh hadirkan diri ke event tersebut. Uwaaaa!!! Memang frust beb!

Ilmu dah la tak dapat. Jumpa member-member blogger pun tak dapat.

Namun aku pasrah dan terpaksa bersabar. Itulah kehidupan. Ia tentang pilihan kita. Jadi aku terpaksa memilih bisnes aku yang aku telah bina sejak 10 tahun yang lalu. Untuk pengetahuan, aku terpaksa fokus pada event ini pada besok hari.

Tengaharinya pula aku terpaksa bergegas balik ke Shah Alam untuk memberi latihan dan kelas tutorial kepada 5 orang bakal consultant yang baru menyertai agensi aku dan bakal menghadapi peperiksaan pada masa yang terdekat. 3 orang daripadanya baru menyertai selepas datang ke Seminar ini minggu lepas.

Inilah servis yang aku dan agensi aku tawarkan kepada bakal consultant yang akan menduduki peperiksaan baik takaful maupun unit trust. Aku rasa tak banyak agensi yang buat kelas tutorial sebegini macam agensi aku buat. Tapi aku buat sebab aku rasa inilah kekuatan group aku. Dan aku nak consultant yang baru sertai agensi aku tau yang aku serius untuk mendidik sehingga berjaya di dalam bidang perancangan kewangan ini.

Jadi SBDDB13 terpaksa aku lupakan kerana aku sendiri kena bagi seminar.

Diharap kekecewaan aku ini akan terubat nanti jika ada yang sudi kongsi dengan aku. Nanti aku belanja korang cendol sebab sudi share dengan aku.

Selamat berseminar aku ucapkan kepada para bloggers yang sertai SBDDB13 besok. Korang memang bertuah.

Aku? Moga aku mendapat rezeki yang setimpal ataupun lebih nilainya dengan peluang belajar ilmu yang aku hilang. Allah maha mengetahui. Semua ini berada di dalam perancanganNya. Allahuakbar!!!

23 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: