orang ramai

Aura Positif Bumiputera di Seminar Dunia Pelaburan Saham Nov 2014

orang ramai

seminar saham terbesar yang dihadiri lebih daripada 450 peserta

Memang gempak…! Lebih 400 peserta yang telah menghadirkan diri ke Seminar Dunia Pelaburan Saham Nov 2014 anjuran Wealth Magnet International pimpinan pakar pelaburan saham Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri Ahmad.

Kebanyakan yang hadir adalah kaum melayu Bumiputera. Memang kagum aku semasa memasuki dewan di Bangunan PGRM Cheras tempat seminar ini diadakan. Dewan yang besar tersebut penuh dengan peserta. Terasa aura positif menyelubungi suasana.

Ini membuktikan bahawa orang melayu sudah mula sedar akan potensi pasaran saham yang selama ini dikuasai oleh kaum lain. Mereka mula berjinak-jinak dengan perniagaan ini dan mula mencari-cari peluang untuk menambah ilmu di bidang ini.

Ini memang bertepatan dengan hasrat dan objektif Wealth Magnet International yang memang mengadakan seminar ini untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada masyarakat melayu tentang pasaran saham ini. Sepanjang tahun 2014, ini adalah seminar kali ke-11 yang diadakan di serata negeri.

Sejak tahun 2012 seramai 7,000 orang telah menghadiri seminar saham ini.

Hasrat dan objektif ini turut di Kongsi oleh seorang lagi tokoh yang memang pakar tentang selok belok pasaran saham iaitu Dato’ Dr Nazri Khan. Beliau ialah Vice Precident, Head, Retail Research Affin Hwang Capital.

Beliau yang juga presiden dan pengasas MATA (Malaysia Association of Technical Analyst) memang berpengetahuan luas di bidang pasara saham ini.

Bayangkan dua tokoh hebat dan pakar pasaran saham ini bergabung. Memang meletup la. Suasana di dalam dewan memang penuh dengan aura kejayaan. Naik meremang tengkuk aku dek kerana kekaguman dengan suasana tersebut.

gabungan dua tokoh dan pakar saham yang membuatkan aku sangat kagum

gabungan dua tokoh dan pakar saham yang membuatkan aku sangat kagum

Tuan Haji Mohd Asri memang tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat pasaran saham. Beliau sudah sekian lama berkecimpung dan membina empayar di dalam bidang ini.

Mentor pelaburan saham antara yang terbaik Malaysia yang sedang mengikuti program Ijazah Kedoktoran daripada salah sebuah Universiti tempatan ini kini mula sedar bahawa ilmu yang beliau ada perlu dikongsikan kepada orang ramai terutama orang melayu.

Kerana itulah beliau menubuhkan Wealth Magnet International dan mengadakan siri-siri seminar saham di seluruh negara.

Penyampaian beliau yang bersahaja tetapi hidup memang tidak membosankan. Terbukti bahawa memang ilmu beliau penuh di dada. Ilmu yang beliau ada digabungkan dengan pengalaman beliau sendiri menjadikan seminar ini menarik.

Suasana bertambah hebat apabila Dato’ Nazri Khan dijemput menaiki pentas untuk memberikan intro tentang beliau dan industri pasaran saham. Beliau turut menyentuh tentang penubuhan satu badan yang professional yang mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu MATA.

Lebih menarik semasa sesi sidang media di mana Dato’ Dr Nazri ada menyentuh tentang perlunya kaum Bumiputera menceburkan diri di dalam bidang ini. Ia boleh menambahkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia. Selari dengan subsidi yang telah dikurang yang menjadikan kos sara hidup semakin meningkat, kaum melayu perlu mengambil langkah yang lebih proaktif dan berani untuk mencuba sesuatu seperti menjadi peniaga pasaran saham.

sidang akhbar yang sarat dengan info tentang pasaran saham

sidang akhbar yang sarat dengan info tentang pasaran saham

Kaum lain seperti kaum Cina sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini. Cuma pembabitan kaum melayu sahaja yang masih kurang iaitu sekitar 24% di dalam ekuiti di Bursa Malaysia. Jelas terpancar kegembiraan di wajah beliau apabila melihat lantai dewan dipenuhi dengan kaum melayu.

Beliau ada menyelitkan tips dan petua bagaimana untuk memilih saham dan apa kesan peristiwa-peristiwa penting seperti Persidangan UMNO, Tahun Baru Cina dan beberapa event penting lagi.

Baru aku tau bahawa event-event tu semua menjadi indikator kepada peniaga-peniaga saham untuk membeli kaunter-kaunter yang berkaitan.

Walaupun aku hanya sempat berada di dalam dewan seminar untuk waktu yang sekejap, namun aku dapat rasakan bahawa peserta-peserta yang hadir ke seminar yang berharga antara RM2500 – RM3900 ini telah memperolehi ilmu yang tidak ada di tempat lain.

Aku sendiri secara tidak langsung berazam untuk turut sama berada di dalam seminar yang akan diadakan di masa akan datang. Mengikut tarikh yang tertulis di dalam page Tuan Haji Mohd Asri, seminar terdekat adalah pada 19 & 20 Disember 2014. Sempat lagi nak daftar ni!

buku kewangan

buku-buku hasil garapan beliau dan Dato Azizan Osama sebagai token kepada pihak media

Sila lawati page Haji Mohd Asri di Facebook untuk mengetahui aktiviti-aktiviti dan jadual seminar yang mendatang.

Jom jadi orang yang celik saham. Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pasukan Wealth Magnet International di talian:

  • 016-2296760 atau
  • 019-2102796 atau
  • 019-3134544

Ataupun anda boleh juga mengajukan sebarang kemusykilan melalui emel:
rcc-event@richworks.com.my

4 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: