niat-puasa-sebelum-sahur

Senarai Amal Ibadah Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

 

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa nabi s.a.w bersabda: “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu. ~ HR Bukhari dan Muslim

Bulan puasa ataupun bulan Ramadhan adalah bulan yang sungguh mulia. Di dalam bulan ini segala ibadah kita akan digandakan pahalanya. Allah sungguh pemurah di bulan ini.

niat-puasa-sebelum-sahur

selamat bersahur dan berbuka puasa

Bulan ini juga dikenali sebagai bulan pesta ibadah. Orang Islam akan berlumba-lumba membuat kebajikan kerana mengejar keredhaan Allah yang melayakkan mereka mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.

Ibadah bukan bermaksud mengerjakan ibadat khusus seperti solat, berpuasa, bersedeqah dan sebagainya sahaja. Malah ibadah adalah lebih luas ruang lingkupnya. Tidur di bulan puasa kerana Allah juga akan diganjari pahala.

Malah ia bermula daripada berniat untuk berpuasa keesokan harinya sehinggalah kepada sekecil-kecil perkara kebaikan yang dilakukan kerana Allah.

Memang banyak amalan yang boleh membawa pahala kepada kita. Panjang untuk disenaraikan kerana pengertian ibadah yang sungguh general dan luas tadi. Jika ibadah khusus mungkin boleh disenaraikan.

Aku menerima gambar daripada salah satu Whatsapp group yang aku sertai. Rasa terpanggil untuk berkongsi di sini. Ia adalah senarai amal ataupun checklist amal yang disyorkan untuk dilakukan di bulan Ramadhan ini.

senarai checklist amalan bulan ramadhan

senarai ataupun checklist amalan bulan Ramadhan

Jadual bergambar ini menyenaraikan cadangan ibadah khusus dan tidak khusus yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Ada kotak untuk kita tandakan jika kita sudah melakukannya.

Antara ibadah yang disarankan ialah:

  •  amalan sunat sahur,
  • berpuasa,
  • solat sunat Rawatib
  • Solat Subuh berjemaah
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Zohor berjamaah
  • Solat Asar berjemaah
  • Solat Isyak berjemaah
  • Solat Sunat Tarawih
  • Menghadiri majlis ilmu
  • Qiamullail
  • Solat Sunat Witir
  • Zikrullah/Ma’thurat
  • Tadarus Al-Quran
  • I’tikaf di masjid
  • Zakat Fitrah
  • Infaq (derma/sedeqah)
  • Infaq untuk Palestin
  • Infaq untuk Syria
  • Puasa Sunat Syawal

Ccecklist ataupun senarai ini termasuk dengan amalan sunat di bulan syawal nanti. Ada kolum untuk anda tandakan ibadah yang telah korang lakukan.

So, jika anda tiada idea ibadah apa yang hendak dilakukan, boleh lah rujuk di senarai ini. Tidak semestinya anda mengikut semua sekali yang dicadangkan ini. Jika anda ada checklist sendiri boleh lah ikut checklist sendiri. Ini hanyalah sebagai panduan.

Apa yang penting anda tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda. Buatlah dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Semoga kita beroleh keampunan, keredhaan dan syurga kelak. Ameen.

17 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: