event blogrrr anjuran MYNIC

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blog Terbaik Malaysia 2013 Blogrrr

event blogrrr anjuran MYNIC

Anugerah Blogrrr akan menjadikan blogger sentiasa memperbaiki blog mereka untuk merebeut salah satu anugerah yang dipertandingkan

Hari Sabtu 14 Disember 2013 baru-bari ini telah berlangsung satu perhimpunan secara besar-besaran para bloggers Malaysia. Program yang dinamakan #Blogrrr anjuran MYNIC ini yang mensasarkan kehadiran sebanyak mungkin blogger Malaysia ini telah diadakan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan. Dengan kehadiran blogger yang ramai, MYNIC mensasarkan untuk meletakkan program ini di dalam Malaysia Book of Record.

Tercapai atau tidak sasaran mereka dengan jumlah penyertaan blogger tidaklah aku ketahui. Sebabnya aku sendiri pun tidak dapat menghadirkan diri. Banyak jemputan kenduri kahwin yang terpaksa aku penuhi.

Penuhi jemputan adalah hak ke atas seorang muslim. Ia tidak boleh dipandang ringan. Ada hadith pasal perkara ini:

“Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam : jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka bertanyalah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah’ , dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur).” (HR Muslim)

Namun aku sentiasa memantau segala media sosial aku untuk mengetahui perkembangan terkini majlis tersebut daripada rakan-rakan yang berpeluang untuk hadir. Ramai juga yang pergi separuh hari sahaja. Tengahari sudah pulang. Mungkin mereka juga ada komitmen kenduri kahwin seperti aku.

Keputusan penuh senarai pemenang tidak aku ketahui. Yang aku tau peserta dikategorikan mengikut beberapa kategori. Sehinggalah aku membuat blogwalking ke blog Denaihati tadi.

Best Personal Blog, denaihati.com

Tuan Haji Amir pemilik Denaihati.com, blog yang memenangi anugerah Blog Peribadi Terbaik bergambar bersama para blogger yang hadir

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blog Terbaik Malaysia 2013 Blogrrr anjuran MYNIC mengikut kategori masing-masing adalah seperti berikut:

  1. Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
  2. Best Personal Blog – Denaihati
  3. Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
  4. Best Blogshop – EightDesignsBoutique\
  5. Best IT and Gadget Blog – JomPHP
  6. Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
  7. Best Entertainment Blog – RotiKaya
  8. Best Sports Blog – Sokernet
  9. Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
  10. Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
  11. Best Automotive Blog – Paultan

Kemenangan pastinya diimpikan oleh setiap peserta yang terpilih. Ianya akan menambahkan lagi jenama yang dibawa oelh sesuatu blog tersebut. Boleh lah di letakkan di dalam resume untuk kelansungan blog masing-masing.

Tahniah kepada yang berjaya. Yang tidak berjaya jangan berputus asa. Mantapkan lagi blog anda terutama di dalam menghasilkan isi kandungan ataupun content entri anda. Ketahuilah, content adalah raja untuk mendapatkan ramai pelawat. Content adalah elemen SEO yang utama.

Moga blog aku dan juga blog anda semua akan berjaya mencapai tahap pemenang-pemenang yang telah diumumkan tersebut suatu hari nanti. Ameen.

14 comments

    • sohoque 16 December, 2013 at 18:50 Reply

      hehehehe.. macam belum layak jer utk kategori tu. tahun 2014 sohoque dot com baru full swing ke niche financial planning. blog lg satu cater food n travel.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: