Semua orang sudah buat entri pasal ni. Aku pulak baru berkesempatan mengadap blog aku. Masa memang cemburu dengan aku.
Selepas event Sepetang Bersama Blogger 2013, aku terus ke Putrajaya. ada re-union dengan kawan-kawan seuniversiti dulu. Ada yang sudah berbelas tahun tak jumpa. Dulu kurus sekarang berisi. Ada yang dulu berisi sekarang kurus. Balik rumah dah lewat malam.
Besoknya pagi-pagi dah bersiap menuju ke Senawang. Seharian di sana. Ada kenduri.
Isnin, keadaan Baby Ifza belum nampak tanda-tanda beransur baik. Chicken Pox nya masih ada yang baru timbul. So, seharian menjaga dan entertain Baby Ifza.
Hari ni aku cuti sebelah pagi untuk jaga Baby Ifza. Tukar shif pada pukul 2 petang. Isteri aku pulak yang cuti sebelah petang. Tadi sempat jumpa seorang klien Unit Trust. Sekarang free. Lepak di restoren mamak ni. Baru lah boleh buat satu entri.
Sepetang Bersama Blogger 2013… Sungguh ooosem. Rugi sesiapa yang tak pergi. Serius!!! Macamana Mr Jocko boleh lupa event yang amat dinantikan ini? Apa la lu bro!!!
Aku sampai agak lewat. Pukul 2.30 baru nak cari parking kat Hotel Singgahsana. Perasaan sudah cemas waktu itu apatah lagi apabila melihat tweet dari Kid yang menghantar gambar siap dengan gambar backdrop Sepetang Bersama Blogger 2013.
Hati terdetik, adakah aku orang yang terakhir sampai? kalau tak de tempat duduk macamana? Aku memang gabra kalau datang lambat sebab aku jenis yang akan datang awal sebelum majlis. Sama juga kalau aku set appointment dengan prospek atau klien. Memang aku akan cuba untuk datang awal daripada waktu yang dijanjikan. Hari tu aku lambat sebab aku dari Gombak. Jem teruk kat Batu Caves, orang beraya Thaipusam.
Sesampai jer di sana, terus aku menuju ke meja pendaftaran. Terus nampak tuan Mior kita (Melastik Bintang) di meja pendaftaran. oooo Inilah melastik bintang rupanya. Kecik jer orangnya.
Aku cari tempat duduk. Terasa asing pulak. Almaklumla pertama kali sertai event Sepetang Bersama Blogger ni. Kebanyakan meja telah penuh dengan blogger. Lalu aku memilih satu meja yang turut dianggotai oleh tuan punya blog qasehimanie dan tuan punya blog ainsamadi. Mereka ini lah yang menyapa dan menyampaikan salam cik Laili kepada aku. Eh, betul ke ni haa? Cik Laili kirim salam kat aku? Sungguh terharu!!! Blogger hebat yang aku follow kirim salam kat aku, seorang blogger picisan… Waalaikumussalam. Terima kasih cik Laili…!
Lepas itu aku bertukar meja dan duduk bersama-sama dengan blogger pujaan iaitu Tuan Ariff Shah. Bersama-sama Tuan Ariff Shah ialah Tuan Hafiz Md, Tuan Zulkbo, dan beberapa orang lagi.
Di sana aku sempat berborak panjang dengan blogger idola Tuan Eyriqazz. Banyak juga tips-tips blogging yang diperturunkan. Yang bestnya Tuan Eyriqazz membawa balik iphone 5 tu..!
Aku sempat bergambar dengan jejaka idaman aweks Malaysia, Tuan AE. Beliau turut menjadi moderator untuk forum blogger yang pertama. Lu sangat best bro AE. Bercakap di depan dan menjadi moderator sungguh kelihatan mudah bagi bro AE. Mungkin berbekalkan pengalaman mengendalikan bengkel hartanah beliau sebelum ini. Forum ini sungguh menarik dengan celoteh bro AE di samping ahli panel yang mantap seperti Abang Nara, Kak Jie dan Ustaz Noehas.
Di situ aku bersua muka dengan Kid, ejen Unifi aku yang juga tuan punya blog shakiddo.com.
Broframestone juga aku sempat bertegur sapa walaupun beliau agak sibuk. Broframestone menjadi moderator untuk mini forum yang kedua. Begitu juga dengan blogger retis Tuan Zarul yang turut menyampaikan lagu pada hari itu. Suaranya masih ada power..
Eh lupa pulak. Tuan Boni pun aku dah kenal. Tuan Boni pun turut berduet dengan Tuan Zarul menyampaikan lagu.
Haaa, aku pun dah kenal dengan rakan blogger Cik Leeza Dayasari. Cuma malu je nak tegur. Padahal dia berdiri sebelah aku je masa nak balik tu. Almaklum la aku ni jejaka pemalu walaupun Keenseman aku tak kurang kalau nak dibadingkan dengan Tuan AE terutama dalam bab ketinggian.
Aku juga sempat menuntut ilmu dengan blogger otai Tuan Eizil. InsyaAllah ada projek yang telah dirancangkan bersama dengan beliau dalam waktu terdekat.. (cam gempak je kan.. hehehe)
Alhamdulillah, secara keseluruhannya event Sepetang Bersama Blogger 2013 ini berjalan dengan amat lancar. Makanan pun sedap! Aku amat berpuas hati dan bersyukur kerana dapat sertai event ilmu sebegini.
Yang sedikit kuciwa ialah dalam banyak lucky draw yang dibuat, satu pun nama aku tak naik. Itu memang standard aku la sebenarnya. Aku memang jarang dapat lucky draw ni. Mungkin tuhan nak bagi aku lucky draw yang hadiahnya amat berharga di masa akan datang. sebab tu Dia tak pilih aku sekarang. Ameen. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.
Dengar cerita ada 2-3 event untuk blogger yang dirancang oleh Tuan Denaihati dalam tahun 2013 ini. Tak sabar menantikan event macam ni lagi. Terima kasih denaihati sebagai penganjur!!!
p/s: sorry la kepada rakan-rakan blogger yang aku sempat jumpa tapi tak sempat sebut nama dalam ni. Ramai sangat. Nanti berjela pulak karangan aku ni…
semua yang pergi semunya hebat 🙂
Dkna Abza recently posted..Wordless Wednesday – SALE –
dkna pegi tak itu hari? tak nampak pon.. 😉
Best! Itu saje yg ambe dapat tulis.
Harap ada lagi peluang utk sembang2 sambil berkongsi ilmu…thanks bro!
hafizmd recently posted..Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013
itu la… x per bro kat gombak jer kan… ada masa aku ke gombak kita ngeteh sekali sekala.. best gak blh belajar ilmu baru ngan bro..
err bro hafiz org ganu ker?
yup…ganu kite =)
hafizmd recently posted..Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?
sama la bro.. ambe pun org ganu.. hehehehe
sohoque recently posted..Resorts World Genting Mobile – Applikasi Travel Terbaik
dari gombak? gombak kat mana? mmg seronok sekali sekala jumpa.. tak sempat juga jumpa tuan punya blog ni…
fiezaradzi recently posted..Lavabo Sifonu
Sy dr gombak pg tu. Ziarah ke rumah adik. Sy tinggal kat shah alam. Tu la x jumpa kan. Tp kalu jumpa pon mesti segan. Mata jer jeling2 kat dada tgk nama. Sambil dlm hati berkata: oooo. Ni la tuan punya blognya! Hehehehe (sy la tu sebenarnya)
Wah mesti best. Saya tak dapat join sebab ada komitment lain.
daddydee recently posted..Tips Buat Duit Dengan Nuffnang
sgt best Dee. boleh kenal blogger di alam nyata..
sohoque recently posted..Senja di Pantai Remis – taken from my instagram
itu kes lupa. Saya pula kes kekuragan bajet. Maklumlah, nak ke sana kena merentas Laut china selatan dari negeri di bawah bayu. belanjanya bukan sedikit. BUat masa ni masih lum ada rezeki. Beruntung bro dapat pergi.
tak per la.. nak buat mcm mana ye tak.. nanti next event planning elok2.. cari bajet dari skrg. dgr cerita tuan denaihati akan adakan lagi event mcm ni di tahun 2013 ni..
kak jei pub belum buat entri..jgn risau..hehehe
Kujie recently posted..Cuti Sekolah Tahun Baru Cina 2013
kak jie tak per. buat entri lambat pon org tertunggu-tunggu. 😉
sohoque recently posted..Senja di Pantai Remis – taken from my instagram
walau dah beberapa hari majlis berlalu namun kemeriahannya masih terasa kannn
Mak Dara recently posted..Moh Tonton PLANET KIARA
ya… terasa masih baru event tu..
sohoque recently posted..Applikasi Mesti Install: Resorts World Genting Mobile
this is best broo… acara ni kena jadi acara tahunan… hehehehee
KiD recently posted..CPUV ke 3 Nuffnang 2013
yaaa.. itu sudah semestinya.. harap dpt majukan cadangan ini kpd tuan denaihati..
sohoque recently posted..Arsenal vs Liverpool (Gameweek 24)
#SBB2013 memang HEBAT. Abang Ensem makin muda pulak tengoknya . Heheee ..
Aiman Aziz recently posted..Menyepi tanpa Sebab ..?
itulah.. aku siap tegur AE ckp dia lg ensem kat luar berbanding dr dlm blog
sohoque recently posted..Arsenal vs Liverpool (Gameweek 24)
Syukran sudi jg borak ngan akak yg tak glamor di majlis tu
ish apa lak tak glamer.. akak antara org yg glamer hr tu tau.. kalau tak takkan dpt mini ipad tu… 😉
sohoque recently posted..Applikasi Mesti Install: Resorts World Genting Mobile
mesti seronok kan gi sana. hehe..
titan recently posted..Awek Pantai Morib.
cit.. statement cam lu tak pegi jer.. dah la kat sana gua panggil lu wat tak dgr jer.. 😉
patutlah rasa nak baca entri ni, rupanya ada nama ciklaili walaupun tak pergi ke SBB..
itu la… tak dpt jugak kenal cik laili di alam nyata… hehehe
sohoque recently posted..Cara Rasulullah Menghitung Tasbih
Peganjuran #SBB2013 boleh dikatakan berjaya. Dapat berjumpa pemilik blog di dunia sebenar.
ya betul tu tuan. akubiomed juga saya nampak, tp tak tertegur sbb bro sibuk sgt..
sohoque recently posted..Cara Rasulullah Menghitung Tasbih
Waa.. jeles betul aku… he he…
fazrol recently posted..ww – Bila blogger naik kuda!
huhuhu… sib baik aku tak dpt lucky draw. kalu dpt mesti ko lg jeles.. hahahha
[…] yang aku dah kenal ialah Fazrol Amer, Boni Kacak, Bro, dan Hafiz. Mereka ini aku dah jumpa masa Majlis Sepetang Bersama Blogger itu hari. Alhamdulillah, terima kasih kepada Advertlet dan BroFramestone yang sudi sponsor […]
[…] tiada masalah untuk cari hotel singgahsana ni. sebabnya aku pernah sampai di sini masa event ini dulu. hotel ini amat sinonim dengan denaihati kerana banyak aktiviti blogging anjurannya dibuat […]
[…] akan SBB 2013 yang lalu. Insan-insan yang aku kenal dan hormati sebagai blogger hebat di dunia maya seperti […]