More

    Sepetang Bersama Blogger 2013 – Tiga Hari Selepas Event

    Semua orang sudah buat entri pasal ni. Aku pulak baru berkesempatan mengadap blog aku. Masa memang cemburu dengan aku.

    Selepas event Sepetang Bersama Blogger 2013, aku terus ke Putrajaya. ada re-union dengan kawan-kawan seuniversiti dulu. Ada yang sudah berbelas tahun tak jumpa. Dulu kurus sekarang berisi. Ada yang dulu berisi sekarang kurus. Balik rumah dah lewat malam.

    Besoknya pagi-pagi dah bersiap menuju ke Senawang. Seharian di sana. Ada kenduri.

    Isnin, keadaan Baby Ifza belum nampak tanda-tanda beransur baik. Chicken Pox nya masih ada yang baru timbul. So, seharian menjaga dan entertain Baby Ifza.

    Hari ni aku cuti sebelah pagi untuk jaga Baby Ifza. Tukar shif pada pukul 2 petang. Isteri aku pulak yang cuti sebelah petang. Tadi sempat jumpa seorang klien Unit Trust. Sekarang free. Lepak di restoren mamak ni. Baru lah boleh buat satu entri.

    Sepetang Bersama Blogger 2013… Sungguh ooosem. Rugi sesiapa yang tak pergi. Serius!!! Macamana Mr Jocko boleh lupa event yang amat dinantikan ini? Apa la lu bro!!!

    Aku sampai agak lewat. Pukul 2.30 baru nak cari parking kat Hotel Singgahsana. Perasaan sudah cemas waktu itu apatah lagi apabila melihat tweet dari Kid yang menghantar gambar siap dengan gambar backdrop Sepetang Bersama Blogger 2013.

    Hati terdetik, adakah aku orang yang terakhir sampai? kalau tak de tempat duduk macamana? Aku memang gabra kalau datang lambat sebab aku jenis yang akan datang awal sebelum majlis. Sama juga kalau aku set appointment dengan prospek atau klien. Memang aku akan cuba untuk datang awal daripada waktu yang dijanjikan. Hari tu aku lambat sebab aku dari Gombak. Jem teruk kat Batu Caves, orang beraya Thaipusam.

    Sesampai jer di sana, terus aku menuju ke meja pendaftaran. Terus nampak tuan Mior kita (Melastik Bintang) di meja pendaftaran. oooo Inilah melastik bintang rupanya. Kecik jer orangnya.

    Aku cari tempat duduk. Terasa asing pulak. Almaklumla pertama kali sertai event Sepetang Bersama Blogger ni. Kebanyakan meja telah penuh dengan blogger. Lalu aku memilih satu meja yang turut dianggotai oleh tuan punya blog qasehimanie dan tuan punya blog ainsamadi. Mereka ini lah yang menyapa dan menyampaikan salam cik Laili kepada aku. Eh, betul ke ni haa? Cik Laili kirim salam kat aku? Sungguh terharu!!! Blogger hebat yang aku follow kirim salam kat aku, seorang blogger picisan… Waalaikumussalam. Terima kasih cik Laili…!

    Lepas itu aku bertukar meja dan duduk bersama-sama dengan blogger pujaan iaitu Tuan Ariff Shah. Bersama-sama Tuan Ariff Shah ialah Tuan Hafiz Md, Tuan Zulkbo, dan beberapa orang lagi.

    Bersama Tuan Ariff Shah

    Bersama Tuan Ariff Shah

    Di sana aku sempat berborak panjang dengan blogger idola Tuan Eyriqazz. Banyak juga tips-tips blogging yang diperturunkan. Yang bestnya Tuan Eyriqazz membawa balik iphone 5 tu..!

    Aku sempat bergambar dengan jejaka idaman aweks Malaysia, Tuan AE. Beliau turut menjadi moderator untuk forum blogger yang pertama. Lu sangat best bro AE. Bercakap di depan dan menjadi moderator sungguh kelihatan mudah bagi bro AE. Mungkin berbekalkan pengalaman mengendalikan bengkel hartanah beliau sebelum ini. Forum ini sungguh menarik dengan celoteh bro AE di samping ahli panel yang mantap seperti Abang Nara, Kak Jie dan Ustaz Noehas.

    forum 1.jpg
    Forum 1: Dari kiri K jie, Abang Ensem, Ustaz Noehas dan Abang Nara

    Di situ aku bersua muka dengan Kid, ejen Unifi aku yang juga tuan punya blog shakiddo.com.

    Broframestone juga aku sempat bertegur sapa walaupun beliau agak sibuk. Broframestone menjadi moderator untuk mini forum yang kedua. Begitu juga dengan blogger retis Tuan Zarul yang turut menyampaikan lagu pada hari itu. Suaranya masih ada power..

    zarul.jpg
    Zarul Umbrella sedang menghiburkan hadirin

    Eh lupa pulak. Tuan Boni pun aku dah kenal. Tuan Boni pun turut berduet dengan Tuan Zarul menyampaikan lagu.

    Haaa, aku pun dah kenal dengan rakan blogger Cik Leeza Dayasari. Cuma malu je nak tegur. Padahal dia berdiri sebelah aku je masa nak balik tu. Almaklum la aku ni jejaka pemalu walaupun Keenseman aku tak kurang kalau nak dibadingkan dengan Tuan AE terutama dalam bab ketinggian.

    Aku juga sempat menuntut ilmu dengan blogger otai Tuan Eizil. InsyaAllah ada projek yang telah dirancangkan bersama dengan beliau dalam waktu terdekat.. (cam gempak je kan.. hehehe)

    eizil AE.jpg
    Bersama Abang Ensem dan Eizil

    Alhamdulillah, secara keseluruhannya event Sepetang Bersama Blogger 2013 ini berjalan dengan amat lancar. Makanan pun sedap! Aku amat berpuas hati dan bersyukur kerana dapat sertai event ilmu sebegini.

    Yang sedikit kuciwa ialah dalam banyak lucky draw yang dibuat, satu pun nama aku tak naik. Itu memang standard aku la sebenarnya. Aku memang jarang dapat lucky draw ni. Mungkin tuhan nak bagi aku lucky draw yang hadiahnya amat berharga di masa akan datang. sebab tu Dia tak pilih aku sekarang. Ameen. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

    Dengar cerita ada 2-3 event untuk blogger yang dirancang oleh Tuan Denaihati dalam tahun 2013 ini. Tak sabar menantikan event macam ni lagi. Terima kasih denaihati sebagai penganjur!!!

    p/s: sorry la kepada rakan-rakan blogger yang aku sempat jumpa tapi tak sempat sebut nama dalam ni. Ramai sangat. Nanti berjela pulak karangan aku ni…

     

    Latest articles

    Related articles

    33 Comments

      • Sy dr gombak pg tu. Ziarah ke rumah adik. Sy tinggal kat shah alam. Tu la x jumpa kan. Tp kalu jumpa pon mesti segan. Mata jer jeling2 kat dada tgk nama. Sambil dlm hati berkata: oooo. Ni la tuan punya blognya! Hehehehe (sy la tu sebenarnya)

    1. itu kes lupa. Saya pula kes kekuragan bajet. Maklumlah, nak ke sana kena merentas Laut china selatan dari negeri di bawah bayu. belanjanya bukan sedikit. BUat masa ni masih lum ada rezeki. Beruntung bro dapat pergi.

      • tak per la.. nak buat mcm mana ye tak.. nanti next event planning elok2.. cari bajet dari skrg. dgr cerita tuan denaihati akan adakan lagi event mcm ni di tahun 2013 ni..

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge