Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013

sbb 2013 Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013

Sekarang sudah pukul 3 pagi menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013. Aku belum dapat lelapkan mata lagi. Dari tadi sibuk betulkan setting blog yang lari. Setelah berusaha gigih akhirnya dapat jugak diperbetulkan. Tahniah untuk aku..! icon biggrin Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013

ifza Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013

Baby Ifza

Lagi satu sebab ialah baby Ifza semenjak petang tadi gatal-gatal. Setelah diperiksa didapati ada bintil-bintil merah macam campak gitu kat atas belakang. Malam tadi dah merebak ke bahagian leher dan kepala. Memang aku syak campak la ni.

Jadi kalau besok pagi masih ada benda ni haruslah kena bawa ke specialist. Dan kalau besok pagi penyakit ni tak reda jugak, alamaknya akan terlepaslah event Sepetang Bersama Blogger 2013 yang aku tunggu-tunggu. Dan amat frustlah aku jadinya…

Tak dapatlah aku kenal blogger hebat malaysia, blogger 6 pax, blogger jejaka idaman malaya dan lain-lain blogger hebat semua. Dengar ceritanya ejen unifi aku pun hadir sama besok. Sangat tak best kalau tak dapat join sama.

Malulah aku kerana blogger ini sanggup berusaha membuat passport dan datang dari jauh semata-mata untuk menyertai event Sepetang Bersama Blogger 2013 ini. Rakan senegaranya juga akan hadir sama pada petang besok.

Rugilah lah aku kerana tak dapat menyaksikan sendiri pengumuman pemenang contest iPhone 5 dan upacara penyerahannya kepada pemenang.

Yang paling rugi jika aku tak pergi ialah aku sudah pasti akan terlepas untuk mendapat cabutan bertuah yang aku rasa salah satunya akan menjadi milik aku pada petang besok.

Harapan aku yang amat teruja dari mula-mula mendaftarkan diri ke event Sepetang Bersama Blogger 2013 ini ialah agar baby Ifza akan sihat sedikit pada besok hari. Jika tidak aku memang akan terpaksa menguzurkan diri nanti.

Apa boleh buat. Keluarga lebih utama.

Kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca blog aku yang sempat baca entri ini sebelum besok, tolonglah doakan untuk baby Ifza juga ya.

Ya Allah. Sihatkanlah anak ku seperti sediakala agar aku dapat menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2013 pada besok hari… Ameen!!!

706 total views, 14 views today

Comments

  1. Semoga baby Ifza segera diberikan kesembuhan dan sahabat bisa menghadiri Sepetang Bersama Blogger 2013 ini…aamiin..aamiin
    Blog Keperawatan recently posted..Penyakit ThalasemiaMy Profile

  2. sorang tak dpt, cabutan bertuah tu ada peluang cerah niii… hahaha..gurau je

    harap2 babynya cepat sembuh… kalau sakit sikit2 je…bawa je kejap
    tak pun g klinik pagi, acara mula petang..sempat lagi tu
    Kujie recently posted..Bila Pelanggan Tercalar HatiMy Profile

    • hahahah. komen kujie mmg berniat jahat. baby ifza nampak cam ok sikit pg ni. blh pegi kot. so harapan kujie utk dpt cabutan bertuah agak tipis la hr ni. hehehe

  3. Keluarga lebih utama. beul tu bro…insyallah ada hikmah tu..semoga anak bro cepat sembuh
    WRizuan recently posted..Mr Mama di Hujung MingguMy Profile

  4. nampak abg tadi…. haaaa… rasanya sebelah meja jew… hi hi.. usha abg dr jauh jer lah… :-)
    Leeza dayasari recently posted..Hadiah Daripada Blogger, Terima Kasih!My Profile

  5. seronok dkna tengok kat fb ramai menang hadiah besar… dkna pon tak dapat join SBB :(

  6. Alamak entri lama,apa2 pun sempat jugak kan datang,nice to meet u bro!
    azman recently posted..Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  7. moga baby ifza cepat sembuh =D, saya pula x sempat ke SBB2013 kerana ada hal lebih penting hari tu
    donnyien recently posted..Aaron Aziz Meriahkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

    • tq donny. baby ifza nak kena chicken pox rupanya. skrg chicken tgh rancak keluar di badannya. hari ni aku cuti sbb jaga dia. tp hr tu aku sempat juga la pergi ke majlis sbb 2013

  8. hope anak bro dah makin sihat hari ni… mana hadiah lucky draw abe..?? nama aku,, bau tudung pun takde… hahhahhaaa
    KiD recently posted..Cara Kongsi WiFiMy Profile

  9. Harap baby ifza sudah sihat sekarang.
    hatiputera recently posted..Panduan Lulus MUET Dengan CemerlangMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013 [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam