More

    Menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013

    sbb 2013

    Sekarang sudah pukul 3 pagi menjelang Sepetang Bersama Blogger 2013. Aku belum dapat lelapkan mata lagi. Dari tadi sibuk betulkan setting blog yang lari. Setelah berusaha gigih akhirnya dapat jugak diperbetulkan. Tahniah untuk aku..! 😀

    Baby Ifza
    Baby Ifza

    Lagi satu sebab ialah baby Ifza semenjak petang tadi gatal-gatal. Setelah diperiksa didapati ada bintil-bintil merah macam campak gitu kat atas belakang. Malam tadi dah merebak ke bahagian leher dan kepala. Memang aku syak campak la ni.

    Jadi kalau besok pagi masih ada benda ni haruslah kena bawa ke specialist. Dan kalau besok pagi penyakit ni tak reda jugak, alamaknya akan terlepaslah event Sepetang Bersama Blogger 2013 yang aku tunggu-tunggu. Dan amat frustlah aku jadinya…

    Tak dapatlah aku kenal blogger hebat malaysia, blogger 6 pax, blogger jejaka idaman malaya dan lain-lain blogger hebat semua. Dengar ceritanya ejen unifi aku pun hadir sama besok. Sangat tak best kalau tak dapat join sama.

    Malulah aku kerana blogger ini sanggup berusaha membuat passport dan datang dari jauh semata-mata untuk menyertai event Sepetang Bersama Blogger 2013 ini. Rakan senegaranya juga akan hadir sama pada petang besok.

    Rugilah lah aku kerana tak dapat menyaksikan sendiri pengumuman pemenang contest iPhone 5 dan upacara penyerahannya kepada pemenang.

    Yang paling rugi jika aku tak pergi ialah aku sudah pasti akan terlepas untuk mendapat cabutan bertuah yang aku rasa salah satunya akan menjadi milik aku pada petang besok.

    Harapan aku yang amat teruja dari mula-mula mendaftarkan diri ke event Sepetang Bersama Blogger 2013 ini ialah agar baby Ifza akan sihat sedikit pada besok hari. Jika tidak aku memang akan terpaksa menguzurkan diri nanti.

    Apa boleh buat. Keluarga lebih utama.

    Kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca blog aku yang sempat baca entri ini sebelum besok, tolonglah doakan untuk baby Ifza juga ya.

    Ya Allah. Sihatkanlah anak ku seperti sediakala agar aku dapat menghadiri event Sepetang Bersama Blogger 2013 pada besok hari… Ameen!!!

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

      • tq donny. baby ifza nak kena chicken pox rupanya. skrg chicken tgh rancak keluar di badannya. hari ni aku cuti sbb jaga dia. tp hr tu aku sempat juga la pergi ke majlis sbb 2013

    Leave a Reply to hatiputera Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge