forum bloggers

Sepetang Bersama Blogger 2014 Sudah Hampir

Sejak beberapa hari ni aku selalu nampak updates di Facebook daripada orang kuat Sepetang Bersama Blogger 2014, Bro Kid tentang SBB 2014. Malah penaung dan pengasas SBB 2014, Tuan Denaihati pun ada beberapa kali updates tentang hal ini di Facebook beliau. Jadi aku rasa memang dah dekat sangat dah kot tarikh SBB 2014 ni.

Oh ya.. Kepada yang baru mendengar SBB 2014, ia sebenarnya adalah program ataupun event yang diilhamkan oleh team Denaihati di mana event ini menghimpunkan para bloggers di Malaysia dan negara jiran untuk berkumpul di suatu tempat untuk mendapatkan ilmu tentang dunia blogging disamping boleh berkenalan dengan blogger-blogger yang selama ini hanya kenal di alam siber. Peserta juga berpeluang memenangi hadiah yang lumayan daripada cabutan bertuah yang turut diselitkan di dalam majlis tersebut.

forum bloggers

panel forum Sepetang Bersama Blogger 2013 (foto: BroFramestone.com)

Pertama kali aku ke event ini adalah pada SBB 2013 yang lepas. Masa tu aku masih baru sangat dalam dunia blogging ni. Pergi pulak seorang diri. Rasa janggal pun ada. Masih ku ingat aku yang terlewat sampai ke Hotel Singgahsana. Parking pun dah penuh. Kemudian menapak dengan penuh debar mencari Ballroom tempat event tu diadakan.

seminar bloggers

ballroom Hotel Singgahsana yang dipenuhi dengan bloggers

Serius rasa janggal masa tu. Ya la sebab tak kenal ramai orang kan. Sampai kat ballroom orang pertama aku nampak adalah bro Melastik Bintang. Aku kenal pun sebab kat baju masing-masing ada tertulis nama yang diguna pakai dalam blog masing-masing. Dalam lantas terdetik.. owh ini la Melastik Bintang, oh ini Sweetkurma.

Oleh kerana aku datang lewat meja kebanyakannya sudah penuh. Terpaksa la aku mencari kerusi yang masih kosong. Dan sudah pasti meja belakang menjadi pilihan aku. Aku berjaya mendapatkan tempat di salah sebuah meja di belakang. Di meja tersebutlah aku berkenalan dengan bro Hafiz Md, Bro Ariffshah, an Bro Prof Hariz.

Oleh kerana meja tu dekat dengan control room kat belakang tu, kat situ juga aku sempat berkenalan dengan Bro Eizil yang kini sedah menjadi sifu aku. Ramai lagi yang aku kenal kat situ termasuk Bro Titan dan lain-lain.

Pendek kata, keputusan aku untuk sertai event tersebut memang amat tepat sekali. Ianya memberi banyak makna dalam kareer aku sebagai blogger. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu SBB 2014. Pastinya event kali ni memberi lebih banyak makna kepada peserta.

Dengar kata event pada tahun ni diubah tempatnya. Tidak lagi dibuat di Hotel Singgahsana PJ. Ini adalah kerana hotel tersebut sedang diubahsuai.Cuma tempatnya belum diumumkan lagi. Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada team Denaihati.

35 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: