Serissa Denai Alam

Pagi Ahad lepas, on the way balik dari Denai Alam Recreational Club (DARC), aku sempat singgah di Sales Gallery Sime Darby Denai Alam. Pada masa tu ada pelancaran rumah terbaru Sime Darby Property iaitu Serissa.

Dulu masa aku mencari rumah untuk dibeli aku ada jugak tengok rumah di sini. Masa tu aku baru berpindah daripada Kuantan. Pada masa tu rumah teres 2 tingkat kat situ berharga lebih kurang RM400 lebih ribu. Ada jugak terdetik nak beli pada masa tu. Tapi macam-macam faktor yang aku fikirkan terutama jarak ke tempat kerja. Untuk aku tak kesah sangat sebab kerja aku ni fleksibel, pergi ofis pun kalau ada training, course ataupun nak buat submission pelaburan clients je. Yang lain buat appoinment kat luar je la. Tapi isteri aku ni kerja kat Jalan Yap Kwan Seng. Terasa jauh pulak. Lagipun pada masa tu urusan penjualan rumah aku kat Kuantan belum selesai. So agak berat la kalau nak buat loan rumah yang lain selagi rumah tu tak settle urusan jualannya.

2 tahun selepas itu (tahun lepas le), aku dan isteri decide untuk beli rumah di Sunway Alam Suria, Puncak Perdana. Sebenarnya kawasan perumahan aku sekarang tak der la jauh sgt dengan kawasan Denai Alam tu. Jadi, reason aku pasal jarak ke tempat kerja tu memang tak boleh pakai la 😆

Sebenarnya selama 2 tahun itu aku sibuk mencari rumah untuk dibeli. Setelah urusan penjualan rumah di Kuantan selesai kami memang aggresively cari rumah untuk settle down di Kuala Lumpur ni. Target area aku ialah sekitar Gombak, Taman Melati, Melawati, Wangsa Maju dan Selayang. Namun pencarian tidak berhasil. Ini adalah kerana tiada pembinaan rumah baru disitu. Kalau ada pun harganya mencecah RM800K untuk rumah teres 2 tingkat. Rumah subsales juga melambung tinggi harganya. Contohnya satu rumah yang telah berusia hampir 18 tahun di area Wangsa Maju. Bukaannya hanya 18 X 65. Tapi harga yang ditawarkan  mencecah RM450K. Rumah tersebut adalah unit basic tanpa diubahsuai. Kalau aku beli pun rumah tersebut, renovation harus dibuat. Tandas harus di tukar baru, lantai kayu parquet di tingkat atas harus ditukar dengan tiles kerana sudah tanggal-tanggal. Porch kereta kena tarik lagi ke depan. So, congak punya congak renovation tu confirm mencecah RM100K lebih. So, lebih baik aku beli rumah baru. Down Payment rendah, dapat diskaun bumiputera lagi, legal fees free, MOT fee free. Rumah pun rumah baru.

Atas dasar itu lah aku pejamkan mata pasal jarak dan decide beli kat Puncak Perdana ni. Alhamdulillah, kawasan ni sedang meningkat naik. Banyak kawasan baru sedang dibina. Kualiti projek Sunway pun tak perlu dikhuatiri. Finishingnya amat kemas. Warranty pulak 2 tahun. Maknanya sebarang kerosakan yang berlaku dalam masa 2 tahun aku boleh panggil Sunway suruh dia repair atau ganti yang lain.

Lagipun aku terfikir, jika lambat beli rumah lagi parah sebenarnya. Rumah bukannya makin murah tapi makin mahal. Umur pulak semakin meningkat naik. Ini akan memberi kesan kepada pinjaman bank dimana tenure (tempoh masa) pinjaman akan menjadi semakin singkat. Semakin singkat tenure pinjaman, semakin tinggi ansuran bulanan yang aku kena bayar. Kos insurans rumah pon meningkat. So, nak tak nak aku kena beli sekarang. Alhamdulillah, urusan pembelian telah selesai semuanya dan aku dah pun tinggal di rumah baru aku sejak 2 bulan yang lepas.

Berbalik semula kepada projek Sime Darby Serissa tadi. Harganya boleh tahan. Tapi bukaannya luas dan panjang, 22 X 90. Ada 2 jenis. satu teres 2 tingkat. satu lagi teres 3 tingkat.

Yang lagi best ialah sewaktu pelancaran itu, banyak aktiviti yang disediakan untuk anak-anak. Antaranya SandArt dan Clown yang sentiasa menghiburkan anak-anak. Hidangan separa berat juga diisediakan dengan tempat makan yang berhawa dingin. Aku apa lagi, lepas jer tengok rumah terus la menjamu selera. Ada mee hoon, Roti jala, ayam goreng, Kuh muih, dan air minuman panas dan sejuk. So makan la aku kat situ. Hehehe, save duit aku untuk lunch tengahari tu 😳

Ooopps lupa nak bagi tau harga rumah Serissa tadi. Yang 2 tingkat harganya bermula dari RM800K. Yang 3 tingkat pula berharga bermula dari RM1.1 Juta, Lihatlah kenaikan harganya. 2 tahun lepas sewaktu aku datang kesini harganya baru RM400K lebih, tapi hari ni dah meningkat sekali ganda kepada RM800K. Mungkin ada sedikit upgrade la seperti saiznya yang lebih lebar dan panjang barangkali. Ataupun aksesori-aksesori yang ditawarkan lebih menarik. Tapi hakikatnya harga rumah di area sini memang cepat melonjak naik. Nasib baik aku dah beli rumah.

Lihat galleri gambar yang sempat aku rakam:

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: