Serius aku lupa… mati la naaak…!

Hahaha… aku lupa! Serious aku lupa..

Entri penyakit kulit ekzema baru hari ni aku buat. Ini entri contest anjuran syarikat minyak herba asma mujarab sebenarnya. Kalau sebelum ni contest ni kena naikkan keywords tentang minyak herba asmak, contest kedua ini peserta dikehendaki menaikkan keyword berkenaan bedak asmak.

3 keyword yang menjadi syarat pengiraan dalam contest kali ialah “cara merawat ekzema”, “penyakit kulit ekzema” dan “ekzema pada bayi”. Peserta yang berjaya meletakkan entrinya paling tinggi di enjin carian google untuk semua keyword tersebut dikira pemenang.

Hadiah untuk pemenang lumayan jugak. Nyesalnya tak buat awal-awal…! Apakan daya nasi sudah menjadi bubur… Eh bubur pun sodap apo…!

Hari ni 23 februari. 25 februari contest menutup tirai dan pemenang akan dipilih. Persoalannya sempatkah blog siput khinzir aku ni pecut untuk potong di selekoh terakhir? Hmmm terpaksalah berserah dan berpasrah.

Nak buat apa-apa macam dah tak sempat… So kalau tak naik jugak anggaplah entri penyertaan aku tu sekadar meraikan contest ini.

Hmmm agaknya siapa yang menang ek… Setakat ni student MYSC ratmai yang duduk di ranking atas. Apa-apa pun aku tumpang gembira

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: