More

    Seronok Sangat Dapat Jumpa Nuffnang Angels

    Jumpa Nuffnang Angels - nuffnang logo
    Nuffnang

    Semalam aku dapat invitation daripada Nuffnang untuk event Nuffnang’s #LepakWithNuffies. Seronok sangat jumpa Nuffnang Angels ni.

    Sebenarnya aku pernah dapat invitation ni bulan lepas. Tetapi sebab masa tu event yang dibuat kat Publika tu masanya di waktu malam, dan masa tu bulan puasa aku terpaksa tolak dengan kecewanya.

    Semalam diorang jemput lagi untuk event Nuffnang’s #LepakWithNuffies untuk bulan Ogos ni. Memang aku berbesar hati sangat dengan invitation ni.

     

    Jumpa Nuffnang Angels - bilik discussion
    Bilik diskusi. Boleh main Playstation dan alatan muzik jika mau

    Dah lama aku tunggu saat ni. Sebabnya banyak yang aku nak tanya pasal Nuffnang ni. Macamana cara pemilihan untuk sponsored post. Macamana diorang bagi CPUV kepada bloggers, Apa yang mereka suka bloggers buat. Apa yang mereka tak suka, dan segala bagai soalan terkumpul di batu jemala aku telah berjaya aku luahkan.

    Sehinggakan pada suatu masa Anne Cheah cakap: “waaahhh.. you punya soalan very straight forward aaa”. Hahahah..

    Trisha pula cakap: “ini bukan macam press conference. Ini dah macam stress conference” (dengan nada bergurau).

     

    Tapi Nuffnang Angels ni memang baik dan peramah giller. Walaupun aku baru pertama kali sampai kat ofis Nuffnang, aku rasa macam dah kenal lama dengan diorang. Patut la, blogger yang dah lama dengan Nuffnang macam sifu blog aku ni, dan blogger fulltime ni terus melekat dengan Nuffnang sampai sekarang walaupun sudah ada rakan seperjuangan berpindah ke syarikat pengiklanan yang lain.

    Jumpa Nuffnang Angels - kek millecrepe Humble Beginning
    Kek Millicrepe tajaan Humble Beginning inilah santapan kami petang tu. Best giller kek ni.

    Semua Nuffnang Angels ni cun-cun wooo. Heheheh.. Aku lantas terfikir, adakah kriteria pemilihan kerja dengan Nuffnang adalah memiliki wajah yang cun?. Kalaulah blogger romeo ni ada mesti susah dia nak tinggalkan ofis Nuffnang ni.

    Terus aku jatuh hati dengan Anne Cheah yang amat fasih cakap bahasa melayu dan sentiasa tersenyum manis, Joelle Choong yang cool, Trisha yang pemalu (aku ingat nak kacau dia ni lagi lama semalam) dan Sue Anne (betul ke tak entah nama aku eja tu) yang manis. 

    CPUV pun banyak juga yang tengah berjalan sekarang di sohoque.com dan Synergy Khalifs Advisor. Tu yang rasa best tu. Harap-harap lepas ni dapat sponsored post yang mantap-mantap pulak. Dapat jadi featured blogger of the month pun ok jugak. Kalau tak pun weekly featured blogger macam blogger ni dapat pun ok.

    Bersama-sama aku tadi ialah blogger Alvin, AmirNawawi yang datang dari Kuantan, dan Bro Nuar Penaberkala.

    Apa-apa pun,aku dah dapat apa yang aku nak tau daripada Nuffnang sebelum ini. Terima kasih Nuffnang.

    Yang pasti seronok sangat dapat jumpa Nuffnang Angels!!

    Jumpa Nuffnang Angels - group photo
    Memang best jumpa Nuffnang Angels ni.

     

    p/s: Lepas ni aku akan share apa yang kitorang bincang semalam. Sekurang-kurangnya terjawablah persoalan anda tentang Nuffnang.

    Latest articles

    Related articles

    48 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge