hyundai-elantra

Sertai Shell FuelSave Challenge 2014, Bawa Pulang RM20,000

sertai-shel-fuelsave-challenge

Sudah anda bersedia menghadapi cabaran?

Shell FuelSave Challenge

Shell Malaysia sedang menganjurkan Shell FuelSave Challenge 2014 sejak sejak bulan Julai 2014 yang lalu. Ia adalah acara tahunan yang bertujuan memberi pendidikan bagaimana penggunaan minyak dapat dikurang dengan mengamalkan tips yang diberi di samping menggunakan minyak Shell FuelSave 95 – minyak kenderaan yang direka khas untuk perjalanan yang lebih jauh. Acara ini sudah pun masuk ke tahun ke 6 pada tahun ini.

Apa yang menariknya, acara ini selain daripada bertujuan memberi pendidikan kepada pengguna kenderaan, ia merupakan acara yang sangat menarik untuk orang ramai sertai.

Dalam cabaran ini, peserta terpilih akan memandu kereta Hyundai Elantra 1.6 (disediakan oleh pihak penganjur) mengikuti laluan diberi dalam masa yang telah ditetapkan. Cabaran akan berakhir setelah semua kereta kembali ke garisan penamat ataupun selepas berakhir masa yang ditetapkan (yang mana terdahulu).

hyundai-elantra

Cabaran kali ini menggunakan kereta Hyundai Elantra 1.6CC

Penilaian peserta berdasarkan penjimatan petrol yang berjaya mereka perolehi di sepanjang laluan yang telah ditetapkan. Pemenang dipilih berpandukan kepada kadar penjimatan yang tertinggi, bukan tempoh masa yang diambil untuk menamatkan cabaran. Jadi, selagi mana mereka dapat kembali ke garisan penamat dalam masa yang ditetapkan, mereka masih lagi di dalam pertandingan.

Hadiah yang ditawarkan

  • Seorang (1 orang) pemenang hadiah utama akan membawa pulang wang tunai RM20,000
  • 4 orang pemenang wilayah akan membawa pulang wang tunai RM2,000 setiap seorang (ada 4 wilayah iaitu Utara, Pantai Timur, Tengah dan Selatan)
  • 36 orang pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 setiap seorang

Menarik dan lumayan bukan?

cara-menyertai-shell-fuelsave-2014

Hadiah dan cara penyertaan

Bagaimana nak menyertai Shell FuelSave Challege

Jika anda…

  • seorang yang sukakan cabaran,
  • anda ada cara atau petua untuk menjimatkan penggunaan minyak,
  • anda inginkan tips bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak secara berkesan ataupun
  • anda seorang pengguna minyak Shell yang telah mempunyai pengalaman tentang keberkesananya,

…anda adalah calon yang layak menyertai cabaran ini.

Caranya ialah:

  • lawati www.shell.com.my/fschallenge
  • klik Register Now
  • isikan butiran yang diminta dan
  • daftar
  • pihak Shell FuelSave Challenge akan menghubungi anda sekiranya anda terpilih

Syarat penyertaan

  • Anda mestilah pengguna jalan raya yang berusia di antara 21 hingga 60 tahun
  • mempunyai lesen memandu yang sah,
  • pengalaman memandu sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

Jadual Shell FuelSave Challenge 2014

Untuk cabaran tahun 2014, 4 lokasi utama telah pun dipilih:

lokasi shell fuelsave challenge 2014

jadual lokasi event Shell FuelSave Challenge 2014

Pusingan akhir pula dijadualkan akan berlangsung pada 18 Oktober 2014 beretmpat di Hotel Saujana Subang, Subang Jaya Selangor.

Petua menjimatkan penggunaan minyak kenderaan

Oh ya, aku pernah terbaca sedikit masa dahulu tentang petua ini dan aku telah pun mengamalkan sebahagian daripada petua ini. Ia memang terbukti berkesan.

gambar honda civic

#Throwback: Kereta Honda Civic digunakan dalam Cabaran Shell FuelSave Challenge 2013 yang lalu

Antara petuanya ialah:

  1. Sentiasa kosongkan kereta anda
    Barang-barang yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan daripada kereta.  Berat kereta menyumbang kepada penggunaan minyak yang berlebihan
  2. Memandu dengan tenang
    Jangan melajukan ataupun memberhentikan kenderaan secara mengejut. Sentiasa mengagak apa akan berlaku dengan kenderaan di hadapan untuk membolehkan kita memandu dengan tenang.
  3. Sentiasa servis kenderaan anda pada masanya.
    Ini bertujuan untuk menjaga enjin supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik sekaligus membolehkan ia berfungsi dengan tanpa menggunakan minyak secara berlebihan.
  4. Sentiasa memeriksa tekanan angin pada tayar agar sentiasa mencukupi.
    Tayar yang kempis akan menyebabkan kenderaan berat untuk bergerak seterusnya menjadi beban yang mengakibatkan pengunaan minyak yang banyak
  5. Menggunakan penghawa dingin hanya di masa yang memerlukan sahaja.
    Ini adalah kerana penggunaan penghawa dingin adalah salah satu penyumbang kepada penggunaan minyak yang berlebihan
  6. Gunakan minyak pelincir yang disyorkan.
    Pengunaan minyak pelincir yang tidak sesuai dengan enjin kereta, menyebabkan enjin tidak efisien sekaligus mengakibatkan penggunaan minyak yang lebih.

Itu adalah petua yang aku tau melalui pembacaan dan rakan-rakan. Anda mungkin ada petua tersendiri untuk penjimatan penggunaan minyak kenderaan. Jika ada sudilah berkongsi di ruangan komen di bawah ya. Moga ianya memberi manfaat buat pembaca yang lain.

Ok, cabaran sudah tahu, syarat penyertaan sudah pun tahu, hadiah juga sudah maklum. Jadi apa lagi? Jom daftar sekarang!!!

Klik di sini untuk mendaftar segera –> Shell FuelSave Challenge

8 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: