logo google chrome

Sesi Pertemuan Dengan Google Dan Google Business Group

logo google

Semua yang kenal internet kenal akan Google. Enjin carian google menjadi sandaran utama untuk pengguna internet mencari maklumat yang diingini. Walaupun ada enjin carian yang lain seperti yahoo dan bing, pada pandangan aku, google lebih menjadi pilihan ramai.

Kelebihan google bukan sahaja pada enjin cariannya tetapi ia mempunyai banyak produk yang lain. Google plus (media social), blogspot (blog), google translate dan google glass adalah beberapa produknya yang sudah berjaya menambat hati jutaan pengguna internet di seluruh dunia.

Dalam dunia blogging pun google lebih mendapat perhatian daripada blogger. Google webmaster tool dan google analytic menjadi perkara asas yang wajib diketahui oleh para blogger.

Syarikat Google mempunyai cawangannya di seluruh dunia. Di samping itu google juga mempunyai kumpulan sokongan yang dikenali sebagai Google Business Group untuk menjadikan produk dan perkhidmatannya lebih dikenali.

Baru-baru ini bertempat di Megan Avenue 1 jalan Ampang, pihak GBG selaku kumpulan sokongan google Kuala Lumpur telah menganjurkan satu sesi pertemuan pengguna dengan pihak google. Pada sesi ini pihak google diwakili oleh wilfred Halim daripada google singapura.

Alhamdulillah aku telah dijemput sama. Memang aku terasa sangat dihargai dengan jemputan ini. Ini adalah kerana terlalu banyak persoalan yang aku pendam untuk bertanyakan sendiri kepada wakil pihak google. Kebanyakannya berkisar sekitar persoalan mengenai SEO.

Sesi ini bermula dengan taklimat Marcus tentang pengenalan kumpulan sokongan google KL. Menurutnya sesi seperti ini akan diadakan dengan lebih kerap di masa akan datang untuk memberi peluang kepada pengguna google mengetahui tentang produk dan perkembangan terkini google. Cuma sedikit masalah ialah untuk menjemput wakil pihak google untuk turun ke KL. Bukan senang menjemput mereka datang semata-mata untuk sesi seperti ini. Cuma apa kumpulan sokongan boleh buat ialah mereka akan menanti saat terbaik seperti jika pihak google ada mesyuarat ataupun latihan disini atau ada program yang lain, bolehlah mereka ini dijemput untuk sesi seperti ini.

public speaking

Marcus from GBG sedang memberi penerangan

Wilfred selaku wakil pihak google pada hari tersebut telah membuat presentation/penerangan tentang siapakah google dan bagaimana cara enjin carian google berkerja. Juga turut disentuh ialah perkembangan terkini google..walaupun penerangan wilson adalah tentang perkara asas bagaimana enjin google berkerja tetapi perkara ini ramai di kalangan kita yang masih tidak tahu ataupun tersalah anggap sehinggakan macam-andaian yang telah dibuat. Ada antara blogger yang hanya membuat andaian tanpa dapat membuktikan samada andaian mereka itu betul ataupun tidak dan pendapat ini telah diterbitkan di blog mereka. Ini sedikit sebanyak akan menambahkan kekeliruan kepada pembaca terutama blogger yang baru berjinak-jinak dalam arena blogging.

wakil google

Wilfred Halim, selaku wakil daripada Google Malaysia

Antara yang aku dapat tahu sewaktu sesi ini ialah bagaimana google mengambil kira lebih daripada 500 faktor untuk meletakkan ranking pada sesuatu artikel yang diterbitkan di internet. Faktor-faktor yang kita sedia maklum seperti struktur blog atau laman web, PR ranking, Domain Authority, trafik, backlink dan sebagainya sudah kita ketahui. Rupa-rupanya selain daripada beberapa faktor tadi ada ratusan lagi faktor yang diambil kira untuk meletakkan artikel di mana ia sepatutnya berada.

antara yang hadir ke sesi pertemuan dengan google dan google business group

antara yang hadir ke sesi pertemuan dengan google dan google business group

Juga diperkatakan tentang apa yang google tidak suka dan bagaimana google saban hari membuat kajian dan memperbaharui algoritmanya untuk mengesan dan mengelakkan penyelewangan berlaku oleh penulis blog dan laman web untuk menaikkan ranking artikel mereka. Teknik black hat dan lain-lain teknik yang bukan natural sering diawasi oleh google. Jika mereka mengesan penyelewengan dilakukan denda akan dikenakan terhadap artikel tersebut dengan mencampakkan artikel tersebut ke ranking yang bawah walaupun artikel ataupun entri tersebut sebelumnya mengungguli mukasurat pertama carian google (SERP)

Secara amnya, google amat mementingkan isi kandung artikel (content) dan meletakkan ranking terhadap sesuatu artikel berdasarkan isi kandungan yang berkualiti. Ia suka kepada cara yang natural. Sebab itu Jika ada cara yang tidak natural yang dibuat oleh penulis, google akan mendenda artikel tersebut dengan menurunkan rankingnya ke kedudukan yang lebih bawah.

Teknik SEO seperti pengulangan kata kunci (keyword stuffing) sudah tidak relevan pada masa kini. Pengulangan ini sebenarnya jelas mencacatkan artikel itu sendiri. Pembaca akan terasa tidak selesa dengan kata kunci yang diulang terlalu banyak. Ia juga menyalahi dari segi tatabahasa. Perkara ini seharusnya diambil kira oleh pengamal-pengamal SEO semua.

Beralihlah kepada teknik yang baru kerana teknik lama tersebut sudah dikesan google. Sesungguhnya teknik SEO yang paling baik dan paling disenangi enjin carian google adalah isi kandungan artikel yang bagus dan boleh memberi manfaat kepada pembaca. Sebab itu jika sesebuah artikel itu menjadi rujukan para pembaca dan penulis lain yangmana mereka meletakkan link di artikel mereka yang menghubungkan kepada artikel kita tadi, google akan menganggap artikel kita memang berkualiti. Ia akan mengiktiraf artikel berkualiti seperti ini dengan memberikan PR yang lebih tinggi kepada blog/web tersebut.

Jadi, marilah kita mengamalkan teknik SEO yang lebih natural iaitu dengan menulis content yang baik dan berkualiti.

Banyak lagi yang akan aku ceritakan tentang google ini berdasarkan apa yang aku dapat di sesi tersebut. Diantaranya mengapa niche blog juga amat penting kepada ranking sesebuah artikel, mengapa contest SEO amat bahaya kepada kedudukan blog penganjur di mata google dan beberapa perkara yang lain yang sempat aku catatkan pada sesi pertemuan tersebut. Akan aku nukilkan di entri yang lain, insyaAllah.

Jadi, tungguuuuu 😉

10 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: