Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…

Gambar aktiviti sembelihan di Kemboja

Gambar aktiviti sembelihan di Kemboja

Semalam, 30 September 2014, tamatlah tempoh masa yang diberikan oleh eQurban untuk tempahan bahagian lembu atau kambing yang bakal dikorbankan di Kemboja, Mekah dan Indonesia sempena Hari Raya Korban tahun ini.

Sedikit ruang masa perlu diberi kepada pihak pengurusan syarikat sebelum tarikh Hari Raya Aidil Adha ataupun waktu untuk ibadah qurban berlangsung untuk menguruskan semua tempahan yang banyak itu.

Untuk yang menempah menggunakan link aku (go.sohoque.com/eQurban), terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Selain daripada sedikit imbuhan duniawi yang aku dapat, imbuhan akhirat kerana usaha untuk membantu menaikkan ekonomi ummat Islam yang jauh lebih dhaif daripada kita di Malaysia insyaAllah akan turut anda dan saya dapat. Moga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah hendaknya.

Harga satu bahagian aqiqah / qurban di kemboja

Harga satu bahagian aqiqah / qurban di kemboja

Aqiqah

Hanya tempahan untuk ibadat qurban yang ditutup. Tempahan untuk ibadah Aqiqah masih dibuka. Malah ia dibuka sepanjang tahun kerana ibadah Aqiqah ini tiada jangkamasa tertentu untuk dilakukan. Dengan ertikata lain, ia boleh dilakukan bila-bila masa sepanjang tahun.

Menyentuh sedikit tentang ibadah Aqiqah:

Makna Aqiqah ataupun juga dieja dengan Akikah dari segi istilahnya bermaksud memutuskan. Manakala dari segi syarak pula ia bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, kibasy ataupun lembu untuk bayi yang baru dilahirkan. Ia afdhal dilakukan pada hari ke 7 kelahiran. Ataupun selewat-lewatnya sebelum anak tersebut mencapai umur akil baligh.

Hukum ibadah aqiqah ini adalah sama dengan ibadah Qurban iaitu sunat mu’akkad. Sunat Mu’akkad ialah ibadah sunat yang amat dituntut untuk kita melakukannya.

Sabda nabi (SAW):
Daripada Salman Al Dhabi RA: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: bersama bayi itu aqiqah nya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan taggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (kotoran dan najis) ~ hadith riwayat Imam Bukhari

Terdapat satu lagi hadith tentang ibadah ini:

Daripada Samirah RA katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: Bayi itu tergadai (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukurkan kepalanya. ~ hadith riwayat Abu Daud dan selainnya.

Harga untuk seekor kambing untuk aqiqah dan qurban di Mekah dan Indonesia

Harga untuk seekor kambing untuk aqiqah dan qurban di Mekah dan Indonesia

Apabila ibadah ini dikategorikan di dalam sunat mu’akkad maka pasti terdampar di sebaliknya hikmah yang tertentu yang amat penting. Di antara hikmah Aqiqah ialah:

  1. untuk menunjukkan rasa syukur kita ke hadhrat Allah di atas kelahiran satu jiwa muslim yang sujud kepada Allah
  2. sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadat yang disukaiNya
  3. mengukuhkan persaudaraan sesama muslim kerana majlis aqiqah itu nanti akan dihadiri oleh orang-orang Islam
  4. sebagai tebusan anak tersebut memberikan syafaat kepada ibu bapanya kelak.
  5. menjauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.
  6. Meningkatkan ekonomi ummat Islam dengan membina permintaan terhadap perniagaan menjual binatang ternakan.

Sedeqah

Aqiqah juga secara tidak langsung adalah satu bentuk sedeqah. Sedeqah ini juga adalah perkara yang amat dituntut di dalam Islam. Ia adalah sunnah nabi dan menjadi ikutan para sahabat dan salafussoleh selepasnya.

Sedeqah ini merupakan salah satu cara untuk menjemput rezeki. Sedeqah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki sepertimana sabda rasulullah SAW:

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

Dengan melakukan ibadat Aqiqah di Kemboja, kita akan dapat menolong ummat Islam di sana yang lebih memerlukan. Syarikat eQurban mewujudkan peluang pekerjaan di Kemboja dengan cara menternak lembu di sana. Semua tenaga kerja terdiri daripada orang Kemboja. Ini secara tidak langsung akan menaikkann taraf hidup ummat Islam Kemboja.

Kepada yang berhasrat untuk melakukan ibadah Aqiqah di Kemboja, anda boleh dapatkan info lanjut tentang eQurban serta Aqiqah dan Qurban di Kemboja di:

>> Aqiqah dan Qurban di Kemboja <<

Semoga amalan kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengikut sunnah rasulNya diterima dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Nota:

Antara menu yang berasaskan daing yang enak dimasak adalah Daging Masak Merah (Klik link untuk dapatkan resipi)

10 comments

  1. ibadat qurban dan aqiqah di kemboja | sohoque.com 3 March, 2015 at 13:49 Reply

    […] Oh ya. Kepada yang belum tau siapa eQurban, kolagen adalah syarikat yang memberi khidmat untuk orang ramai menempah bahagian daging qurban atau aqiqah untuk dilakukan ibadat qurban atau/dan aqiqah. Syarikat ini menyempurnakan amanah untuk melakukan ibat qurban dan aqiqah ini di negara-negara yang daif seperti Kemboja, Indonesia dan lain-lain. Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban fakir miskin di sana yang hanya mampu makan daging setahun sekali iaitu di Hari Raya Qurban. Aku ada nukilkan tentang ini di entri: Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni… […]

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: