Setahun Selepas Kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

tuan-guru-nik-abd-aziz-nik-mat

Jumu’ah sa’adah…
Jumaat yang diberkati,

Setahun lepas,
Seawal sebelum subuh kita jejak bersama puluhan ribu lain ke Pulau Melaka, Kelantan, menyantuni perginya seorang murabbi ummah, guru sangat diyakini, qudwah agung diteladani ucapan dan tindakan, pemimpin terpilih yang zahirkan keadilan dan kejayaan…

Setahun masa itu sudah berlalu…

Ini adalah puisi yang aku terima di dalam group whatsapp aku. Bait-bait seterusnya adalah berbaur politik. Oleh kerana entri aku pada kali ini adalah berkenaan memperingati tarikh wafatnya seorang ulamak besar yang sempat aku kenali sewaktu aku masih hidup ini maka aku ambil bait permulaan sahaja yang menepati tema entri ini.

Ya hari ini 12hb feb adalah hari matinya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat (TGNA). Hari permulaan hilangnya tok guru yang sangat zuhud walaupun dirinya seorang menteri besar.

Lihat sahaja rumahnya. Lihat sahaja kereta menteri besar ini. Serba sederhana…!

rumah Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang serba sederhana

rumah Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang serba sederhana

Jasanya sangat besar dalam pelbagai bidang. Di bidang agama, tazkirah, kuliah, ceramah dan usrah-usrahnya yang istiqamah mampu mendidik sakhsiah ramai. Di bidang politik, pimpinan dan ketegasannya amat di kagumi.

Biodata TGNA di wikipedia

Dalam pada itu masih aku simpan mesej whatsapp ini. Peristiwa yang diceritakan oleh isteri TGNA sendiri selepas kematian TGNA.

Selepas Tok Guru meninggal, masa saya tidur, saya dengar macam ada orang kejut saya. Bunyi suara; “Hem…bangun.” Saya terkejut. Saya lihat jam pukul 4 pagi.
Malam yang seterusnya, (5 April) saya dengar orang ketuk pintu bilik saya. Saya sedar, tengok jam pukul 4 pagi.

Esok pagi saya tanya anak menantu: “Farah…ada gerak cek (kejut mak) ke…”.

Farah kata tak ada. Saya berasa macam ada orang kejut setiap pukul 4 pagi. Masa Tok Guru ada, saya biasa bangun pukul 4 pagi. Tok Guru awal lagi bangun.

Dulu masa Tok Guru jadi ahli parlimen, selalu tidak ada di rumah. Saya dengan anak-anak saja di rumah. Bila malam saya tidur, dengar ada orang ketuk pintu. Saya mengadu dengan Tok Guru, takut ada orang ketuk pintu.

Tok Guru jawab: “Itu bukan orang…itu malaikat suruh bangun solat…” katanya memandang saya sambil tersenyum…~ Tuan Sabariah Tuan Ishak

Sejauh mana kebenaran mesej tersebut aku tidak periksa. Cuma bagi aku peristiwa ini tidak mustahil berlaku kepada orang yang baik-baik.

Ini pula petikan ucapan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu hanyatnya. Sedap kata-katanya :

“Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan.
Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”

Alfatihah. Semoga Tuhan merahmatimu murabbi…
Wallahu aalam

Nota kaki: Bila cari artikel lain tentang TGNA, aku hanya ada entri pasal TGNA silap tweet ni saja. Bukan Allahyarham yang tweet ni. Admin Twiter page tu yang silap sebenarnya

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: