3 orang atas katil

Setiap Tilam Ada Kisahnya

Teringat saat-saat lalu

Pernah tak anda tengok sesuatu kemudian teringat saat-saat lepas yang berlaku di dalam kehidupan anda? Kalau aku bukan benda sahaja, kadang-kadang lagu yang sedang berkumandang pun boleh mengingatkan aku kepada saat-saat yang lalu. Ada yang sedih dan ada yang gembira.

Satu perkara lagi yang banyak memberi kenangan kepada aku ialah tilam dan bantal aku. Apabila masuk ke bilik tidur dan berbaring di atas tilam sekarang ini, kadang-kadang fikiran melayang ke masa aku baru kahwin dulu.

bilik tidur

Atas katil dan tilam empuk macam memang best kalau berehat bersama orang tercinta

Masa ni tilam adalah satu benda yang penting untuk disediakan. Seboleh-bolehnya tilam biarlah yang tebal, empuk dan selesa. Maklum la. Nak menempuh pengalaman baru di alam rumahtangga lah katakan. Dan memang pengalaman malam pertama terus menjadi ingatan hingga kini.

malam pertama

katil memang penting untuk pengalaman malam pertama yang manis

Tilam dan bantal ni sebenarnya adalah perkara yang amat penting. Cuba anda fikir. Dalam rumah anda tempat manakah yang anda paling suka dan selesa. Aku pasti jawapannya adalah bilik tidur atau lebih tepat lagi atas katil dan tilam.

Bayangkan dapat berbaring atas tilam yang empuk setelah penat seharian berkerja. Waaah.. bestnya!!!

Ya. Kita semua berkerja sehingga kadang sampai balik lewat petang. Memang kita akan buat terbaik untuk memberi kesenangan kepada keluarga.

Tapi tanpa kita sedari untuk mengejar impian itu kita terpaksa mengorbankan masa kita bersama keluarga. Masa untuk makan sama-sama, berborak kosong dan berbincang kini sudah berkurangan.

Ini selalu isteri aku tegur. Masa untuk berborak dan berbincang bersama sudah semakin kurang. Kadang-kadang banyak benda yang perlu dibincang tertangguh.

Komunikasi

Ianya amat penting dalam rumahtangga. Kurangnya komunikasi akan mengakibatkan banyak perkara terjejas. Kemesraan yang pasti memang terjejas.

Jadi untuk yang sibuk berkerja macam aku ni, saat berada di atas katil dengan tilam dan bantal yang empuk adalah saat yang yang paling sesuai untuk berkomunikasi.

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Di sini juga kita bebas untuk melahir dan menzahirkan rasa cinta kita kepada pasangan. Keselesaan dan keempukan tilam dan bantal akan memberi ketenangan kepada emosi sekaligus memudahkan komunikasi.

gambar katil

saat bersama di atas katil dan tilam empuk memang menyeronokkan

Dunlopillo

Antara jenama tilam dan bantal yang aku percaya adalah Dunlopillo. Rekaan tilam dan bantalnya hasil kajian yang rapi memang selesa dan dapat membantu menyokong tulang belakang dan tengkuk. Hasilnya tidur kita akan menjadi lebih lena. Badan mempunyai rehat yang mencukupi.

“Inspirasinya datang daripada slogan jenama kami, ‘Meraikan saat-saat istimewa’ yang dapat dilihat melalui nilai-nilai jenama kami iaitu minat pelanggan, membentuk gaya hidup, kecemerlangan dan menjadi perintis. Di Dunlopillo, kami percaya bahawa tilam bukan sekadar tempat tidur – ia juga tempat untuk mencipta memori-memori intim dan istimewa serta berkongsi impian dan harapan,”
~ Ignatio Pastor, Naib Presiden Dunlopillo Malaysia.

Dunlopillo sekarang sedang mengadakan misi untuk mengingatkan pasangan di Malaysia tentang pentingnya menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui kempen “Setiap Tilam Ada Kisahnya”. Anda dijemput saat-saat bersama Dunlopillo #MYDunlopilloMoments di Facebook Page Dunlopillo.

Untuk info lain tentang Dunlopillo:

Laman Sesawang: my.dunlopilloworld.com

Facebook page: www.facebook.com/dunlopilloworld

Rasa nak dapatkan bantal dunlopillo yang baru je dalam masa terdekat ni. Bantal yang lama ni bolehlah bagi kat anak aku. Jom ke kedai Dunlopillo sekarang…!

Apa kata anda? Jom kongsikan di ruangan komen…

11 comments

  1. PCL 9 January, 2015 at 12:04 Reply

    kenangan manis dan indah semasa di atas tilam empuk lagi berkualiti..memang sangat diidamkan, kalu boleh nak hadiakan kpd setiap pasangan yg baru nk berumah tangga…so jeputlah aku dan doakan aku banyak duit dan pemurah.
    PCL recently posted..Ikan kering kena basuh ke?My Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: