featured image

Setting Layout Blog Biarlah Nampak Professional

tema ataupun template yang nampak professional

blog denaihati yang nampak professional

Bloggers biasanya memilih dua platform popular untuk menulis blog mereka. Platform yang aku maksudkan ialah Blogspot dan WordPress.

Dengan kedua-dua paltform inilah bloggers memilih design ataupun template untuk blog mereka. Ada beratus template atau tema yang percuma maupun yang berbayar.

Bloggers bebas membuat design blog mereka mengikut citarasa mereka. Ya lah, blog sendiri. Apa orang lain mau kesah… Kalau dengki sangat buat lah blog sendiri.. hehehe

Maka keluarlah bermacam-macam design dan template. Ada yang nampak bersih dengan background putih dan warna-warna lembut. Ada yang suka dengan warna terang. Ada yang memilih tema yang agak berserabut. Terpulanglah. Semuanya atas minat anda.

Tetapi jika berbalik kepada tujuan utama mengapa kita menulis blog, aku rasa minat kita semata-mata tidak boleh diambil kira. Ini adalah kerana tujuan kita menulis blog adalah supaya pembaca singgah dan membaca blog kita. Tanpa pembaca siapalah bloggers.

Yang ingin buat duit duit dengan blog, bloggers harus meletakkan pembaca ataupun trafik ditempat antara yang paling atas. Ini kerana trafiklah yang akan memberikan pendapatan yang utama kepada mereka kelak.

Jadi, bloggers harus memilih tema ataupun template yang sebaik-baiknya untuk pembaca. Designkan template yang menyenangkan pembaca untuk mendapat apa yang mereka cari di blog kita. Biarlah pembaca merasa tenang apabila melawat blog kita.

Yang lebih penting, template yang professional ini akan menarik minat pengiklan untuk menggunakan khidmat kita untuk program pengiklanan mereka.

Cuba anda letakkan anda sebagai pengiklan. Design layout blog yang macamana yang anda mau. Mestilah yang nampak professional kan?

Begitulah dengan Nuffnang. Sebagai ejen kepada syarikat pengiklanan yang besar seperti Petronas, TM, Celcom dan sebagainya, mereka juga akan memilih blog yang nampak professional untuk memberi tugasan pegiklanan.

Nuffnang terpaksa memberi laporan kepada syarikat pegiklanan yang mereka wakili untuk setiap projek yang mereka dapat.

Bayangkan jika syarikat pengiklanan itu adalah petronas, tak kan la mereka nak pilih blog yang berserabut dengan tempelan iklan yang entah apa-apa. Takkan lah mereka nak memilih blog yang penuh dengan hiasan yang tidak perlu, siap dengan hujan bagai. Takkan mereka tertarik dengan blog yang meletakkan lagu-lagu yang akan dimainkan secara otomatik apabila pelawat masuk ke blog mereka.

Bloggers kena lah realistik. Kena selami apa yang pengiklan mau. Jangan ikut kita saja. Melainkan memang kita buat blog tu hanya untuk kita baca sendiri. Kalau macam tu ok lah, pilihlah apa yang anda suka.

Jadi nasihat Nuffnang kepada bloggers, pilihlah tema ataupun template yang sesuai. Setting layout blog biarlah nampak professional. Jangan caca marba.

Ini adalah salah satu usaha ataupun tips supaya disukai Nuffnang.

Wallahua’lam.

31 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: