2

Setting Theme Platform Lari

wordpress theme pagelines

Setting Theme Platform Lari. Jadi Theme PageLines sebagai pengganti

Ishhh.. lemah betul kalau jadi macam ni.

Tengah seronok guna theme ni, tetiba ada masalah. Setting theme platform lari! Aku pun tak tau sebab apa. Nak kata aku usik setting tu kat editor tak ada pulak aku buat macam tu.

Kali terakhir aku buat sesuatu kat blog aku ni ialah aku install plugin Linkedin. Plugin yang boleh buat senarai blogger yang akan update secara otomatik bila blogger-blogger yang berada dalam list tu update blog diorang. Alaa yang macam kat blogspot tu.

Tiba-tiba lepas tu aku tengok setting Theme Platform lari! Semua items yang ada kat sidebar turun ke bawah. Puas aku repair tapi masih tak jadi. Walaupun aku sudah delete semula plugin baru yang aku install tu.

Siapa yang guna Worpress Theme Platform? Kalau ada kawan-kawan blogger yang guna bagitau la ya.

Dua hari lepas aku post dalam group facebook Denaihati Ilhamku tanya pasal masalah ni. Tapi hanya blogger ini yang jawab. Tapi tiada sebarang penyelesaian.

Jadi untuk sementara tu aku guna lah theme PageLines ni. Theme ni pun direka oleh orang/company yang sama. Header pun aku tak sempat nak buat lagi pada masa post ni ditulis.

Theme Platform tu aku sayang sangat bukan apa. Sebab ia macam simple dan clean. Aku ni tak suka theme yang agak berserabut. Sebab tu aku suka melawat theme yang simple macam blog blogger ini dan juga blogger ini. Jadi theme Platform tu kira ok la. Menepati citarasa aku.

Theme Platform tu jugak mesra SEO kata blogger ni semasa beliau tinggalkan komen di artikel aku tentang SEO ini.

Harap-harap setting tu dapat dipulihkan dalam masa terdekat. Kalau tak pulih jugak aku guna theme sekarang ni je la jawabnya. Ok jugak theme ni. Lebih kurang jer pun sebenarnya.

Show Comments

13 Comments

  1. AkmaOmar January 21, 2013
    • sohoque January 21, 2013
  2. KY January 21, 2013
    • sohoque January 22, 2013
  3. sweetkurma January 22, 2013
    • sohoque January 22, 2013
  4. Encik Din January 22, 2013
    • sohoque January 22, 2013
  5. fazdlie January 23, 2013
  6. hafizmd January 27, 2013
    • sohoque January 28, 2013
  7. Oneblogsocial March 17, 2013
    • sohoque March 17, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: