Picture credit: jonahinthenineveh.com

Sex Dalam Talian, Sextortion

Sextortion…

Siapa tahu apa benda ni… Aku pun baru-baru ni baru tau term ni. Ni dia makna sebenar mengikut Collins Dictionary:

“A form of sexual exploitation that employs non-physical forms of coercion by threatening to release sexual images or information to extort sexual favours from the victim.”

Dalam bahasa mudah sextortion ni adalah suatu bentuk explotasi sex yang tidak menggunakan kekerasan fizikal untuk memberi paksaan, dengan mengancam untuk menyebarkan foto-foto lucah ataupun lain-lain informasi untuk mendapatkan layan seks (ataupun duit) daripada mangsa.

sextortion

Dulu biasa aku terbaca cerita sextortion ni berlaku di luar negara. Malah dalam filem pun pernah ada kisah tentang jenayah ini.

Tapi dewasa ini jenayah ini telah banyak menular di negara kita Malaysia. Banyak kes yang direkod tentang ini. Ada yang terpaksa meminta pertolongan NGO-NGO tertentu untuk bantuan menyelesaikan masalah ini.

Itu pun setelah banyak wang yang habis digunakan untuk membayar supaya gambar mereka tidak disebarkan. Ada mangsa yang sanggup menyerahkan tubuh badan untuk membendung gambar mereka daripada tersebar di media sosial.

Memang cukup teraniaya mangsa sextortion ini. Memang buntu kalau ini terjadi pada kita. Mana taknya… Kita sudah terperangkap. Nak mintak tolong orang, kita jugak yang malu dengan gambar lucah kita sendiri. Menyesal sendiri sudahnya. Apabila dah keterlaluan barulah sesetengah mangsa mengambil keputusan meminta pertolongan pihak ketiga. Itu pun jika mereka masih berfikiran waras.

ada yang dah tak tahan diugut meminta NGO untuk tangani masalah mereka

Ada yang dah tak tahan diugut meminta NGO untuk tangani masalah mereka

Ada mangsa yang tak tahan dan sanggup bunuh diri. Itulah tragisnya jenayah ini.

Salah perempuan?

Aku pernah bertanyakan hal ini di media sosial termasuk group whatsapp. Ramai yang menyalahkan pihak perempuan.

Jika difikirkan ada betulnya juga dengan pendapat ini. Memang semuanya bermula dengan perempuan. Jika perempuan tidak murahkan diri mendedahkan gambar lucah mereka mesti perkara ini tidak berlaku.

Mesti para wanita melenting dengan pendapat ini. Kan? Rileks. Aku bukanlah bersetuju 100 peratus dengan pendapat itu.

Lelaki pun ada salahnya. Perempuan tak akan membuat perkara bodoh tersebut jika tidak dipujuk rayu oleh lelaki yang tidak bertanggung jawab.

Perempuan kan lemah dengan pujuk rayu. Apabila cinta menguasai diri, nafsu akan menggantikan akal. Sebab itulah mereka rela dedahkan yang tak sepatutnya.

Lelaki gila seks ada di mana-mana. Berwaspadalah

Lelaki gila seks ada di mana-mana. Berwaspadalah

Lelaki pun salah… Sepatutnya lelaki perlu gentleman. Lelaki adalah pelindung kepada wanita bukannya mengambil dayus mengambil kesempatan atas kelemahan wanita.

Tiada tempat untuk mengadu

Sebenarnya apabila berlaku perkara sebegini (sextortion), mangsa tidak tahu kemana nak mengadu. Tak tahu nak buat apa. Dengan jiwa yang tertekan lagilah tak ada idea nak buat apa.

Nak cerita kat orang ibarat membuka pekung sendiri. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ya… Salah tetap salah kerana tindakan kurang bijak memberi aksi lucah tersebut. Tapi yang itu perkara lepas. Tak guna diungkit. Hanya mampu disesalkan.

Asklegal.my

www.asklegal.my

Kini ada tempat rujukan. Ada tempat mengadu. Mangsa boleh tahu hak-hak mereka. Boleh rujuk kes-kes yang pernah berlaku. Malah mangsa boleh terus mencari peguam untuk minta nasihat guaman dan menangani masalah mereka.

Laman sesawang asklegal.my

Laman sesawang asklegal.my. Macam-macam hal perundangan ada dibincangkan

Untuk kes sextortion ini contohnya. Orang ramai boleh membuat rujukan di laman sesawang asklegal ini: https://asklegal.my/p/sex-on-the-net

Asklegal.my ini disokong oleh universiti-universiti tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya dan lain-lain.

Komen sohoque

Aku secara individu sangat menyokong kewujudan asklegal.my ini. Ia memang membantu orang ramai untuk merujuk kes-kes perundangan yang kebanyakannya agak asing bagi mereka.

Apa yang menariknya mereka terus boleh bertanya orang yang pakar dalam bidang perundangan iaitu peguam sendiri.

Satu usaha yang sungguh baik dan berguna untuk rakyat Malaysia. Syabas asklegal.my!!

14 comments

  1. lisa 5 March, 2016 at 13:08 Reply

    Bgus la kalau ada tempat mengadu. Sesetengah perempuan ni tkde bff (mcm lisa ) hahaha bukan apa..mmg susah percya dengan orang lepas dikhianati . Perempuan simpan masalah sndiri bhaya woo..sama mcm abg hoq ckp tdi..silap2 leh bunuh diri . Kalau dah ada asklegal.. adalah tempat mereka mengadu and cari jalan tuk settlekan

  2. aimannajmy 9 March, 2016 at 03:19 Reply

    Pentingnya kaum wanita atau pun kekadang lelaki pun bleh terjebak tentang bahaya perkara ni.. terutama mereka indah di alam percintaan.. mungkin terlalu syg sngt tidak boleh berfikir dgn waras.. so berhati2lah.. baru tahu ada website begitu.. kekadang orang segan nak pergi jumpa direct ke opis, so better mengadu secara online ke saluran yang betul
    aimannajmy recently posted..Bagaimana mengenal pasti niche yang lumayanMy Profile

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: