Sharifah Aleya HotFm Sudah Bertudung?

Gambar terbaru Sharifah Aleya yang bertarikh 27 Julai 2012 menunjukkan selebriti ini lengkap bertudung bersama ayahanda tersayang

Ada peminat terserempak dengan Sharifah Aleya pada hujung minggu lalu di One Utama. Pada masa itu beliau sedang mengenakan tudung penuh. Peminat tersebut menyangkakan mungkin beliau baru pulang dari majlis berbuka puasa.

Namun, sisipan hiburan akhbar hari ini turut melaporkan yang Sharifah Aleya pernah beberapa dilihat bertudung dan khabarnya sudah memulakan amalan baru itu sejak 1 Ramadhan lalu.

Aku ada follow beberapa pengacara radio hotfm di twitter dan di instagram. Antaranya Faizal Ismail (FBI), AG, Fafau, Deen, Chad dan Suraya. Namun tiada pula akaun Sharigajh Aleya yang aku jumpa setakat ni. Kalau ada boleh la jugak tengok gambar beliau yang terkini samada pakai tudung ke tak.. 😀

Apa-apa pun Alhamduliilah la kalau Sharifah Aleya sudah bertudung. Bertambah koleksi artis berhijrah. Sekurang-kurangnya ia dapat menjadi motivasi kepada peminat beliau untuk turut sama bertudung dan menutup aurat. Dan yang paling penting, semoga beliau beristiqamah dalam menutup aurat. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja.

 

Sumber

1 comment

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: