Shila Amzah bertudung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Entri ini dah beberapa minggu berada dalam draft saya. Namun hari ini baru saya berjaya publishkan. Walaupun agak basi tetapi demi untuk terbitan blog saya yang sudah banyak entri tentang artis berhijrah dan bertudung saya publishkan juga untuk koleksi dan rujukan masa akan datang 🙂

Artis terkini yang berhijrah dengan mengenakan tudung ialah Shila Amzah yang sedang popular dengan lagu Retak Seribu.

Saya ada terlihat di awal Ramadhan lalu gambar Shila Amzah yang mengenakan tudung. Tetapi saya sangkakan itu hanyalah fesyen di bulan puasa untuk menghormati bulan Ramadhan ini. Tetapi sangkaan saya meleset apabila Shila Amzah membuat kenyataan dalam mStar Online yang mengakui bahawa dirinya sudah membuat keputusan untuk kekal bertudung sehingga ke akhir hayat. Ini setelah beliau mengenakan tudung sejak 1 Ramadhan yang lalu selama 15 hari sebagai tempoh percubaan.

Keputusan untuk bertudung secara kekal dibuat secara drastik sebelum beliau dan kekasihnya Shaznaaz keluar untuk majlis berbuka puasa dengan peminat.

Shila amzah kini turut mengenakan pakaian yang lebih sopan untuk menyesuaikan dengan imejnya yang telah bertudung.

Ibunya ketika dihubungi oleh Media Hiburan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya itu. Beliau turut menceritakan bahawa Shila ada bertanyakan tentang macamana jika dia mengenakan tudung. Macamana nanti sambutan peminat-peminatnya. Ibunya menerangkan bahawa segala rezeki semuanya ditentukan oleh Allah bukan manusia.

Harapan kita semoga Shila Amzah tetap beristiqamah dalam keputusannya. Sudah pasti keputusannya ini sedikit sebanyak akan menjadi ikutan kepada peminat-peminatnya. Alhamdulillah.

Yang nyata Shila Amzah lebih cantik dan anggun dengan mengenakan tudung!

Berikut adalah gambar-gambar Shila Amzah dengan imej bertudung:

 

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: