Siapa Kata Orang Malaysia Tidak Hebat?

Shebby Singh atau nama sebenarnya Serbegeth Singh, seorang pakar dan penganalisa bolasepak ESPNStar Network telah secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Bolasepak kepada kelab yang baru diturunkan division iaitu Blackburn Rovers. Begitu laporan daripada Footbal Every Day. Perlantikan tersebut berkuatkusa pada 18hb Jun 2012 baru-baru ini.

blackburn rovers logo

Shebby adalah bekas pemain pertahanan pasukan bolasepak Malaysia. Bersama pasukan Kuala Lumpur FA, beliau telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu pada tahun 1987-89. Berkecimpung di arena bolasepak antarabangsa selama 9 tahun, beliau telah bermain di dalam Sukan Asia pada tahun 1982, 1986 dan 1990. Pada tahun 1989, beliau turut membantu skuad Malaysia memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara.

Pengalaman beliau di peringkat domestik adalah selama 18 tahun iaitu 1978-96. Beliau telah merasai memenangi semua piala bolasepak tempatan seperti Piala Malaysia, Piala FA, dan Piala Liga. Beliau pernah bermain menentang kelab bolasepak ternama seperti Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Niewcastle. Pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan semasa menentang kelab Inggeris Shrewbury Town.

Shebby banyak membina reputasinya apabila menjadi pengulas dan penganalisa bolasepak dan saban waktu keluar di kaca television.

Dikatakan, antara tugasnya sebagai Pengarah Bolasepak Blackburn adalah menjadi orang perantaraan antara Pengurus Steve Kean dan pemilik kelab dari India Venki. kedudukan Steve Kean sebagai pengurus kini agak samar-samar berikutan prestasi kelab yang terperosok ke Champion League.

Aku secara peribadi amat bangga dengan berita ini. Siapa kata orang Malaysia tidak hebat?! Cuma diharap Shebby dapat menggunakan kedudukannya itu untuk kepentingan bolasepak Malaysia juga. Mana lah tau nanti ada beberapa orang pemain Malaysia yang dapat beraksi di Liga Perdana Inggeris.

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: