More

    Siapa Nak Melancong Ke Jepun Secara PERCUMA, Sila Baca..

    Contest untuk blogger
    Contest untuk blogger

    Siapa yang suka melancong? Siapa tahu cara melancong ke luar negara secara percuma?

    Aku rasa kebanyakan orang suka melancong. Apatah lagi melancong ke luar negara. Memang semua orang bercita-cita berbuat demikian aku rasa. Cuma ada beberapa perkara yang membuatkan hajat kita itu tidak kesampaian. Ataupun belum kesampaian.

    Antara perkara yang menghalang kita daripada melancong ke luar negara adalah:

    Masa

    Kita tidak bebas masa. Masa kita dihabiskan untuk berkerja mencari pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga. Ada kontrak pekerjaan yang kita tandatangan sewaktu awal-awal mula berkerja dulu yang harus kita patuhi.

    Kecuali kita ada banyak cuti tahunan yang belum kita langsaikan. Barulah senang hati untuk bercuti dan melancong lama-lama.

    Duit

    Ini memang halangan utama aku rasa. Apatah lagi jika melancong ke luar negara yang matawangnya lebih mahal daripada RM kita. Memang banyak yang perlu difikirkan bila berbuat sesuatu yang melibatkan duit.

    Banyak komitmen yang kita perlu fikirkan dengan duit yang diperolehi hasil daripada gaji kita tersebut.

    Ada caranya sebenarnya. Dengan membuat perancangan kewangan yang betul, duit untuk melancong tidak akan menjadi satu masalah. Tentang ini kita cerita kat blog perancangan kewangan CAKNAWANG.

    Bonus Awal Tahun 2015 JBT

    cara melancong ke jepun secara percuma
    Contest Bonus Awal Tahun 2015 anjuran JBT

    Maaf ya. Intro panjang sikit.

    Sebenarnya aku nak bagitau, ada cara untuk melancong ke luar negara seperti Jepun dan sebagainya secara percuma. Caranya ialah kita boleh mencari dan sertai peraduan ataupun contest-contest yang menawarkan hadiah pelancongan secara percuma.

    Sekarang ni ada satu contest yang dianjurkan oleh Blog Ayah Arif. Apa yang anda perlu buat untuk contest ini ialah menulis artikel ulasan berkenaan tajuk yang diberikan.

    Dah anda memang seorang penulis blog, memang tak ada masalahlah aku kira untuk anda menulis kan…? Cuma kena lebihkan keaslian dan kreativiti untuk membuatkan artikel anda berada di hadapan peserta lain yang juga seorang blogger.

    Pertandingan ini sangat mudah dan boleh disertai oleh semua peringkat blogger tidak kira yg baru atau yang lama, yang aktif atau yang suam-suam kuku.

    Pertandingan terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat bulanan dan peringkat akhir untuk merebut hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej pelancongan ke Jepun oleh JBT.

    Terdapat 5 pemenang setiap bulan yang akan dipilih utk hadiah saguhati bulanan dalam pertandingan peringkat bulanan yg akan berlangsung selama 2 bulan. 10 pemenang dari peringkat bulanan ini akan bertanding di peringkat akhir yg menawarkan hadiah utama utk seorang pemenang berupa pakej percutian ke Jepun tajaan JBT. Untuk maklumat tentang pakej hadiah utama, sila klik di sini.

    Sila ke link: Contest Bonus Awal Tahun 2015 JBT, untuk penerangan terperinci dan syarat-syarat contest ini.

    Anda boleh juga Like dan Follow Page Japan Budget Trip JBT di facebook.

    Masa contest

    Oh ya. Contest ini berlangsung selama 2 bulan sahaja iaitu bermula 1 Januari sehingga 31 Mac 2015.

    Tajuk ulasan untuk bulan Januari telah pun diumumkan. Kalau anda berminat kena bertindak cepat. Sebabnya hadiah melancong ke Jepun secara percuma tu untuk pemenang utama sahaja. Untuk menjadi pemenang utama, anda perlu terlebih dahulu menjadi pemenang bulanan.

    Peluang terbaik

    Kepada yang mengimpikan percutian ke luar negara secara percuma, contest ini adalah sebagai jambatan untuk anda ke sana. Cubalah, mana tau rezeki anda ada kat sini. Tak cuba tak tau.

    Kalau tak menang hadiah utama, hadiah saguhati pun ada. Banyak pulak tu.

    Tipu

    Tipu. Dah kena buat kerja tulis artikel bukanlah percuma namanya tu. Kalau itu yang anda kata tentang contest ini, aku pun setuju jugak. Tapi usaha yang anda kena buat tak adalah teruk sangat. Anda buat kerja menulis seperti biasa je kot. Tak keluar peluh pun kan?

    Kalau sebab ni anda kata aku menipu, ok lah. Aku minta maaf ya. Heheheh!

    Memang seronok

    Serius seronok bercuti keluar negara ni. Terutama yang percuma macam ni. Aku banyak kali juga dapat melancong ke luar negara secara secara percuma ni. Kebanyakannya aku dapat melalui kerja aku sebagai Unit Trust Consultant (UTC).

    Senang saja. Berjaya capai sasaran jualan yang syarikat bagi, dapatlah. Layanan pun 5 bintang. memang best! Sesen pun duit tak perlu keluar.

    Tahun lepas juga aku dapat ke luar negara melalui kerjaya sebagai seorang blogger melalui blog eXplorasa. Ditaja oleh Air Asia Indonesia melawat Jawa Tengah memang tidak dapat dilupakan.

    gunung merapi
    Menakluki Puncak Sikunir

    Bertindak segera!

    Jom sertai contest ini. Aku pun nak sertai ni. Selamat berentap ya!

    Latest articles

    Related articles

    23 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge