tabung pendidikan unit trust

Simpanan Pendidikan Sebagai Altenatif Kepada PTPTN

pinjaman pendidikan

PTPTN telah kurangkan nilai pinjaman kepada peminjam baru

Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) telah mengumumkan bahawa ia telah menurunkan jumlah pinjaman kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Ia berkuatkuasa pada 1 November 2014 baru-baru ini. IPTA dan IPTS telah pun dimaklumkan akan perkara ini melalui pekeliling PTPTN Bilangan 1 tahun 2014 pada 20 Oktober yang lalu.

Walaubagaimanapun, penerima BR1M dikecualikan. Ini bermakna data BR1M akan diguna pakai oleh PTPTN untuk mengenal pasti senarai penerima bantuan tersebut. Mereka ini masih diberi pinjaman penuh.

Kepada yang tidak layak menerima BR1M, tetapi berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 akan diberi kelayakan nilai pinjaman sebanyak 75 peratus, 15% kurang daripada nilai pinjaman sekarang.

Manakala bagi yang berpendapatan isi rumah melebihi RM8,000 pula, mereka hanya layak menerima pinjaman sebanyak 50 peratus sahaja daripada nilai pinjmaman yang diperuntukan sekarang.

Langkah ini menurut PTPTN adalah disebabkan mereka kekurangan untuk memberi pinjaman kepada peminjam baru berjumlah lebih kurang 50,000 pada bulan ini sahaja. Ini adalah kerana kegagalan peminjam yang lama untuk membayar pinnjaman mereka seperti yang telah ditetapkan.

Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi bukan sahaja daripada rakyat malah menteri juga. Tambahan pula dengan kos sara hidup yang dijangka meningkat berikutan kenaikan harga minyak kenderaan baru-baru ini.

Rahsia Bermain Saham! Klik Sini!

Apa pendpat anda? Wajarkah tindakan PTPTN ini? Adakah ini salah PTPTN ataupun salah peminjam yang tiak membayar jumlah pinjaman mereka?

Aku sebenarnya sudah mengagak perkara sebegini akan berlaku. Malah di masa akan datang tidak mustahil perbadanan ini akan menghapuskan terus kemudahan pinjaman kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi ini.

Jadi jika anda ibubapa yang bijak, anda patut melakukan sesuatu daripada sekarang. Ini untuk kita tidak mengharapkan kepada perbadanan ini apabila tiba masanya anak kita nak melanjutkan pengajian mereka.

Aku pernah menulis tentang isu ini di bawah artikel bertajuk Mengapa Perlu PTPTN sedikit masa dahulu.

Apa yang perlu anda buat?

Tak lain tak tak bukan, menyimpan daripada sekarang. Binalah satu dana pendidikan untuk setiap orang daripada anak kita. Rancanglah dengan bijak dan teliti amaun simpanan dan jangkamasa yang perlu disimpan untuk tabung pendidikan tersebut cukup untuk menampung pengajian anak kita nanti.

Banyak tempat untuk menyimpan duit untuk tabung pendidikan anak. Ada Simpanan biasa di bank tempatan dan antarabangsa, ada simpanan tetap, ada Tabung haji, ada ASB dan ada unit trust. Semuanya itu adalah alat perancangan kewangan yang ada untuk menghadapi masalah dana di kemudian hari.

tabung pendidikan tabung haji

Tabung haji sebagai alat simpanan untuk dana pendidikan

Cuma kita sebagai ibubapa perlu bijak untuk memaksimakan keuntungan pada simpanan untuk dana pendidikan tersebut. Dalam masa yang sama risiko kerugian perlu diambil kira supaya tidak memberi kesan kepada dana tersebut.

Dapatkan aliran tunai positif untuk simpanan pendidikan anak dengan Bisnes Burger

Purata peratusan keuntungan tahunan perlu diambil kira. Amat penting untuk memilih purata peratusan keuntungan yang melebihi nilai inflasi. Kalau boleh biarlah ia sekali ganda melebihi nilai inflasi.

Ini adalah kerana inflasi akan mengurangkan nilai simpanan kita tersebut. RM80,000 sekarang nilai tidak sama dengan RM80,000 pada masa 15 tahun akan datang. Nilainya akan mengecil akibat kesan inflasi.

Sebab itu perlunya kita melihat purata peratusan keuntungan simpanan/pelaburan berbanding kadar inflasi yang mana kadar inflasi untuk kos pendidikan adalah jauh lebih tinggi daripada inflasi biasa.

Buktinya lihat sahaja kos universiti masa kita belajar dahulu berbanding sekarang. Kosnya meroket bukan? Perkara yang sama akan terjadi. Kos pendidikan akan terus meningkat di amsa akan datang.

Bila bercakap tentang bab purata peratusan keuntungan berbanding kadar inflasi ini, beberapa alat simpanan saya lihat agak lambat untuk membina tabung pendidikan. Simpanan biasa di bank dan simpanan tetap saya lihat kurang sesuai kerana peratusan keuntungannya yang rendah.

Simpanan Tabung Haji, ASB dan Simpanan/pelaburan Unit Trust saya lihat lebih kompetitif dan amat sesuai untuk tabung pendidikan yang berjangka masa panjang ini.

Jika anda adalah orang seperti saya yang was-was tentang hukum melabur di ASB yang mana ulama’ sendiri mempunyai khilaf akan hukumnya, maka simpanan ASB sudah tertolak.

Tinggal lagi 2 alat simpanan untuk perancangan kewangan tabung pendidikan ini iatu Simpana Tabung Haji dan Simpanan/pelaburan di Unit Trust (dana Islamik). Terpulang kepada anda untuk memilih diantara keduanya. Jika mau simpanan yang stabil Tabung Haji saya lihat lebih sesuai.

Manakala Unit Trust pula mempunyai keupayaan untuk memberi pulangan yang lebih tinggi. Namun risikonya lebih sedikit daripada simpanan Tabung Haji walaupun boleh diuruskan. Ada caranya untuk menguruskan risiko di Unit Trust ini.

Saya memilih Unit Trust berbanding dengan semua instrumen lain yang disebutkan diatas. Ini adalah kerana pulangannya yang lebih tinggi. Kita juga boleh memilih dana-dana Islamik yang memnuhi kriteria profail risiko kita.

amanah saham

simpanan / pelaburan unit trust amat sesuai untuk membina tabung pendidikan kerana ia adalah simpanan jangkamasa yang panjang

Pilihan di tangan anda. Ada bermacam-macam cara untuk membina tabung pendidikan anak supaya kita tidak bergantung kepada orang lain membiayai kos penagjian tinggi anak-anak kita. Malah ada juga yang menggunakan Tabung Bunian… Terpulang kepada anda.

Untuk tips dan cara-cara untuk memaksimakan pulangan simpanan/pelaburan unit trust anda, bolehlah hubungi saya memalui ruangan Contact di bahagian menu di atas. Saya boleh memberi nasihat kepada anda atas kapasiti saya sebagai Financial Consultant.

11 comments

  1. Ishak Ismail 4 November, 2014 at 02:52 Reply

    eh tabung bunian Nor Iman Nazuki tersenarai la.. kalau Hisyamudin Fadzil maybe dia pakai tabung dracula.. Hafiz Rahim penakut sikit… dia pakai tabung hantu cina jer. alaa yg lompat2 tgn kedepan tu..

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: