7 sebab kenapa aku sebagai penasihat kewangan sangat tertarik dengan skim SSPN-i Plus

sspn-i

Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan

Mendapat jemputan menghadiri Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN dan Penyampaian Hadiah Cabutan tempohari memang aku tunggu-tunggu. Ya lah, sebagai Penasihat Kewangan yang menjadi kerjaya utama aku selain daripada blogger, benda-benda macam ni memang menarik minat aku. Ia penting untuk aku menilai sesuatu produk kewangan untuk aku cadangkan kepada klien aku.

Lagipun dah lama aku nak tau secara lebih lanjut tentang produk ini. Aku ada juga cuba mendapatkan maklumat secara online sebelum ini. Kali ini aku nak mendengar sendiri daripada pihak PTPTN tentang produk baru mereka ini.

Sebenarnya ada 3 tujuan majlis ini diadakan. Selain daripada memberi pendedahan kepada umum tentang manfaat skim simpanan SSPN-i Plus, majlis ini juga turut mewarwarkan tentang skim affiliate yang dipanggil Ejen Pemasaran Online (EPO) dan juga penyampaian hadiah kepada penyimpan yang bertuah.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi yang mewakili Menteri Pendidikan yang tidak dapat hadir pada hari itu. Memulakan majlis sebelum itu adalah ucapan aluan daripada Pengerusi PTPTN , YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah yang turut menerangkan serba sedikit tentang keistimewaan Pakej Baharu SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN , YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

Pengerusi PTPTN , YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi. (foto: Ben Ashaari)

YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi.
(foto: Ben Ashaari)

Majlis diakhiri dengan pengumuman pemenang cabutan bertuah yang dibuat untuk orang yang telah menyertai skim simpanan ini. Hadiah memang lumayan daripada sekecil hadiah sehinggalah kereta BMW. Memang aku tak sangka sampai begitu hebat hadiahnya!

Antara pemenang bertuah yang membawa pulang sebuah kereta BMW

Antara pemenang bertuah yang membawa pulang sebuah kereta BMW

Semua fakta dan info yang aku dapat di majlis tersebut aku rangkumkan di dalam kesimpulan di bawah:

7 sebab kenapa aku sebagai penasihat kewangan sangat tertarik dengan skim SSPN-i Plus

1. Simpanan yang disertakan skim perlindungan Takaful

Simpanan pendidikan… satu instrumen kewangan yang pada aku amat perlu. Wajib ibubapa menyediakan simpanan pendidikan untuk anaknya untuk kemudahan pembelajaran anak suatu masa nanti. Perlu diingat kos pendidikan di masa depan lebih tinggi berbanding sekarang. Ini kerana adanya faktor inflasi. Jadi persediaan daripada sekarang adalah satu langkah yang amat bijak.

Beza simpanan ini berbanding simpanan lain ialah ia disertakan sekali dengan perlindungan takaful. Maknanya dengan simpanan kita tu, kita akan dapat perlindungan takaful dengan kos serendah RM10. Betul… Memang kos takafulnya rendah berbanding dengan manfaat yang tersenarai. Ini sangat bagus pada pendapat aku. Kos takaful bukannya murah sekarang. Malah ia semakin meningkat tahun demi tahun.

Antara manfaat takaful yang dapat dengan simpanan ini ialah:

  • Manfaat Takaful bagi kematian / ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1 juta
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Khairat Kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
  • manfaat takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal
  • elaun kemasukan hospital
  • perlindungan kemalangan peribadi 24 jam di seluruh dunia

Manfaat takaful ini kalau kita sertai pelan takaful biasa mau cecah RM100 lebih aku rasa. Jadi ini sebagai kelebihan terbesar sebenarnya buat simpanan ini.

2. Dividen yang kompetitif

Simpanan vs pelaburan. Biasanya oleh kerana simpanan ini hampir tiada risikonya, pulangannya adalah aak rendah. Objektif pelan simpanan adalah untuk mengasingkan dan mengumpulkan duit sahaja. Contoh simpanan biasa adalah seperti akaun simpanan di bank. Pulangan ada tapi sangat sedikit.

Simpanan SSPN-i Plus ini ada ciri-ciri pelaburan sedikit. pulangannya agak tinggi. Contohnya untuk tahun 2015, dividennya adalah sebanyak 4%. Agak tinggi untuk instrumen simpanan. Pulangan amat berkait rapat dengan risiko. Semakin besar risiko pelaburan, semakin tinggi potensi pulangannya.

Pulangan (dividen) yang tinggi amat penting untuk memastikan jumlah yang kita kehendaki semasa anak ingin melanjutkan pelajaran nanti cepat tercapai. Semakin tinggi pulangan, semakin cepat objektif pelaburan kita tercapai.

Pulangan tinggi juga amat penting untuk melawan kadar inflasi. Jika pulangan 4% misalnya, sedangkan kadar inflasi adalah 3%, sebenarnya nilai simpanan penyimpan ataupun pelabur tidaklah berkembang banyak.

Contoh:
Dividen: 4%
Kadar inflasi: 3%
Pulangan sebenar: 1%

Berdasarkan contoh di atas, nilai duit kita sebenarnya bertambah. Tetapi kadar pertambahannya amat perlahan iaitu hanya 1%. Ia memang tidak dapat dipadankan dengan kos pendidikan yang meroket. Inflasi di bidang pendidikan adalah lebih besar daripada inflasi negara secara umum.

Jadi, pilihlah instrumen kewangan yang lebih tinggi kadar pulangannya dengan mengambil kira juga faktor risiko pelaburan yang tidak tinggi.

3. Pelepasan taksiran cukai

Untuk yang menyertai skim simpanan ini anda layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM6K setahun bergantung kepada pakej yang anda pilih. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban cukai pendapatan individu anda.

4. urusan pendaftaran di hujung jari

Jika untuk menyertai simpanan lain anda perlu ke pejabat, beratur panjang untuk mengisi borang pendaftaran, simpanan ini sangat mudah. Anda tidak perlu lalui semua itu. Segalanya di hujung jari.

Pendaftaran boleh dibuat secara online. Hanya layari: https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline dan daftar dari website SSPN-i plus dan buat simpanan online. Terus anda ada akaun dengan SSPN-i Plus. Mudah bukan?

Ataupun layari mana-mana laman sesawang ataupun blog ejen online PTPTN, klik link daripada situ dan buat pendaftaran. Malah anda juga boleh mendaftar sebagai ejen online PTPTN. Hasil yang diperolehi nanti boleh lah digunakan untuk menambah simpanan bulanan pelan penididikan anak.

5. Ejen Pemasaran Online (EPO)

Apa itu Ejen Online PTPTN ?

  • Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online atau secara bersemuka (EPO sahaja) dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja).

  • Pendaftaran Ejen Online PTPTN terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.

Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN

  1. Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja.
  2. Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.

Kelebihan Ejen Online PTPTN

1. Komisen Lumayan
2. Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
3. Tanpa Modal Perniagaan
4. Waktu Kerja Fleksibel
5. Mudah
6. Latihan/ Bimbingan Diberikan
7. Sokongan Pemasaran Berterusan
8. Pasaran Luas Tanpa Sempadan
9. Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
10. Menggalakkan Masyarakat Menabung
11. Produk Patuh Syariah
12. Jenama Yang Dipercayai

EPO ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menambahkan pendapatan mereka. Hanya dapatkan link unik sendiri dan mula mempromosikan di dalam blog, emel maupun media sosial. Jika kena pada caranya, income daripada EPO ini boleh jdi lumayan.

Aku amat tertarik dengan EPO ini. Cuma aku ragu-ragu samada aku dibolehkan membuat promosi untuk syarikat lain sedangkan dalam masa yang sama aku terikat sebgai konsultan di syarikat kewangan yang lain. Yang ni aku kena periksa elok-elok sebelum aku buat apa-apa keputusan

6. cabutan bertuah

Ini pun membuatkan aku tertarik nak buat simpanan tambahan untuk anak aku. Cabutan bertuah Wow! SSPN-i Plus!!

Sempena tahun pertama pelancaran skim simpanan ini, pendeposit yang membuat simpanan serendah RM50 akan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah apartmen yang bernilai hmpir rm500K di lembah kelang.

Selain itu hadiah-hadiah lumayan yang lain seperti kereta BMW, Honda HRV, Motosikal Kawasaki dan baucer tunai juga disediakan kepada pendeposit yang bertuah. Keseluruhan hadiah yang diperntukkan adalah bernilai RM3 juta.

Peluang untuk memenangi hadiah yang disebutkan tadi masih terbuka kepada yang masih belum bernasib baik. Cabutan bertuah ini akan tamat akhir bulan ini iaitu pada 31 Mei 2016. Masih ada masa untuk sertai simpanan ini dan menang hadiah yang disebutkan. Jom…! bertindak pantas!

7. Patuh syariah

Segala perjalanan simpanan dan pelaburan skim simpanan ini dikawal selia oleh badan penasihat syariah. Jadi perkara yang lazim terjadi di dalam muamalah sebegini seperti gharar (ketidaktentuan), Maisir (unsur judi) dan riba’ dijamin tidak berlaku.

kelebihan-dan-manfaat-SSPN-i-PLUS

Korang boleh muat turun brochure produk ini di: Brochure SSPN-i

Komen sohoque dot com

Ada pelbagai instrumen kewangan yang dibuat khas untuk simpanan pendidikan ini. Ada Unit Trust (Amanah Saham), ada Tabung Haji, ada yang menyimpan emas, dan lain-lain. Setiap sesuatu instrumen ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

menang bmw

Yang penting kita faham dulu apa objektif dan kemampuan kita untuk menyimpan ataupun melabur. Apa profail risiko kita? Adakah kita orang yang faham dan boleh bertoleransi dengan risiko pelaburan atau sebaliknya. Apa status kesihatan kewangan kita juga harus diambil kira.

Pilihlah yang terbaik yang sesuai dengan anda. Skim simpanan ini kalau mengikut pandangan saya amat sesuai bagi yang tidak ada modal yang besar untuk menyimpan. Tetapi tidak mahu berpeluk tubuh sahaja tanpa apa tindakan perancangan kewangan untuk pendidikan anak.

Jom sertai skim simpanan ini. Tindakan yang cepat adalah tindakan yang bijak kerana masa dalah faktor yang amat rapat dengan pelaburan. makin lama masa pelaburan/simpanan, semakin banyak dana pendidikan yang akan terkumpul.

22 comments

  1. Nina Mirza 10 May, 2016 at 07:40 Reply

    Ya, sekarang ada pelbagai pilihan. Tepuk dada tanya poket jer. Semua bermula dari diri sendiri. Yang penting menabung dari sekarang memang sangat perlu…

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: