Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

U9R1 smartphone terbaru Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

U9R1 smartphone terbaru daripada Ninetology

Ninetology, sebuah syarikat smartphone ASEAN memang sebuah syarikat yang progressif. Model-model smartphone yang dikeluarkan oleh syarikat ini memang setanding kualitinya dengan syarikat-syarikat pengeluar smartphone yang lain. Dari segi design, kelajuan processor, kamera, antaramuka pengguna (user interface), dan lain-lain ciri memang tidak ketinggalan kalau dibandingkan dengan smartphone yang lain.

Selebriti Ninetology Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

Selebriti yang mewakili Ninetology

Inilah yang membuatkan syarikat ini dengan cepat menempatkan diri di kalangan pengeluar-pengeluar smartphone yang lebih lama bertapak di dalam industri. Dulu aku memang tak pernah dengar tentang syarikat ini. Tetapi dengan produk-produknya yang tidak menghampakan dibantu dengan cara promosi yang bijak dan terancang, Ninetology kini sudah menjadi sebutan para penggemar smartphone.

Nilai tambah yang disampaikan kepada pengguna amat memuaskan hati. Dengan harga yang lebih murah, Ninetology dapat memberikan pengguna dengan produk yang setanding dengan jenama smartphone terkenal yang lain. Inilah nilai tambah yang ada di dalam produk Ninetology menyebabkan ia menjadi sebutan ramai.

Ecology adalah perkara terbaru yang diambil berat oleh syarikat ini sebagai salah satu usaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan itu Ninetology telah berkerjasama dengan Malaysian Nature Society (MNS) untuk menganjurkan satu program yang dinamakan Smart Ecology 2. Program ini menggalakkan pengguna untuk melupuskan smartphone ataupun telefon bimbit yang lama dengan betul demi untuk menjaga alam sekitar.

Presiden MNS Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

Presiden MNS sedang berucap

MNS ialah sebuah pertubuhan keahlian berbayar yang ditubuhkan pada tahun 1940 denga misi “pemuliharaan warisan semula jadi malaysia”. Ia mempunyai 3,000 ahli, 14 cawangan yang dikendalikan secara sukarela, dan sebuah sekretariat sepenuh masa di Kuala Lumpur.

Caranya ialah dengan menawarkan diskaun ataupun rebate untuk pengguna yang ingin membeli model Ninetology dengan menyerahkan smartphone yang lama sebagai trade in. Apa yang pengguna perlu lakukan untuk mendapatkan diskaun ataupun rebate dan mengambil bahagian dalam kempen ini ialah lawati lama web Rebate: ” title=”pautan ke laman web rebate ninetology smart ecology 2″ href=”http://www.ninetology.com/echannel/smart-ecology-2/”>www.ninetology.com/echannel dan ikut arahan yang diberikan.

kategori rebate Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

cara dapatlan rebate Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

Terdapat beberapa kategori untuk program Smart Ecology 2 ini:

trade in models Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

1. Untuk Orang Biasa

Rebate: RM200

  • Model yang ditawarkan: U9R1
  • Model untuk trade ini: hanya model smartphone Ninetology yang terpilih sahaja

Rebate: RM150

  • Model yang ditawarkan: U9R1
  • Model untuk trade ini: hanya smartphone Ninetology sahaja
  • Model yang ditawarkan: Stealth II dan Insight
  • Model untuk trade ini: mana-mana jenama smartphone

Ninetology U9R1 Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

 

2. Pelajar (umur: 12 – 21)

Rebate: RM150

  • Model yang ditawarkan: Stealth II dan Insight
  • Model untuk trade ini: tidak perlu sebarang smartphone untuk trade in

Ninetology Stealth II Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

 

3. Remaja (umur: 18 – 30)

Rebate: RM150

  • Model yang ditawarkan: U9R1 (tambahan model akan diumumkan pada 2 Disember 2013)
  • Model untuk trade ini: tidak perlu sebarang smartphone untuk trade in

ninetology insight Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

 

Orang ramai pastinya akan lebih tertarik dengan tawaran bijak daripada Ninetology ini. Harga yang sememangnya lebih murah berbanding dengan smartphone lain di pasaran menjadi lebih murah dengan tawaran melalui program ini. Smartphone lama juga dapat dilupuskan dengan cara yang betul tanpa mencemarkan alam sekitar.

Langkah Ninetology mewujudkan program ini menunjukkan syarikat ini amat bertanggungjawab dalam menumbangkan tenaga dan idea untuk menjaga alam sekitar. Smartphone yang biasanya dibuang begitu sahaja dan mencemarkan alam sekitar akan dikumpulkan oleh MNS dan akan dilupuskan atau dikitar semula dengan cara yang betul supaya tidak memberi kesan kepada alam sekitar iaitu melalui cara Green Recycling.

Bahagian-bahagian smartphone ini akan diceraikan. Bahagian yang masih boleh dibaiki akan dibaik pulih. Bahagian yang boleh dikitar semula akan digunakan semula di dalam pengeluaran produk yang baru.

Orang ramai tidak perlu lagi mengumpul telefon bimbit yang lama di dalam rumah sendiri yang mana ianya memberi lebih keburukan daripada kebaikan di dalam jangkamasa yang panjang terutama apabila ada sahaja smartphone yang baru dilancarkan. Program Smart Ecology 2 dengan kerjasama dengan MNS ini menyediakan landasan untuk orang ramai yang ingin bertukar kepada smrtphone yang lebih canggih menyumbang semula kepada alam sekitar, kata Encik Leslie Loh, Ketua Pegawai Digital Ninetology ASEAN.

Mr Sean Ng CEO Ninetology Smart Ecology 2 Tanda Ninetology Pentingkan Alam Sekitar

Encik Leslie Loh, Ketua Pegawai Digital Ninetology ASEAN

Gunakan peluang ini untuk anda bertukar kepada smartphone yang lebih canggih. Dengan harga yang lebih murah ditambah lagi dengan rebate, ianya memberi peluang untuk orang ramai, pelajar dan juga remaja untuk memiliki smartphone daripada Ninetology.

Yang paling membuatkan aku begitu menghormati Ninetology ini walaupun ia adalah syarikat yang masih baru ialah strategy pemasarannya yang berkesan kepada masyarakat. Program Kaiju Tech yang menawarkan unit-unit smartphone (1 daripada jenama Ninetology dan 1 lagi daripada jenama terkenal yang lain) untuk di review oleh blogger telah menampakkan hasil yang amat positif. Pada mula aku menerima pelawaan program review ini aku tidak nampak akan objektif syarikat ini. Jika hendak dikatakan program ini dibuat untuk membandingkan diantara smartphone Ninetology dan smartphone pesaingnya yang lebih terkenal aku rasa tidak betul.

Ini adalah kerana model-model yang dipinjamkan itu adalah tidak setara. Macamana ingin membandingkan diantara dua produk yang tidak sama taraf. Perbandingan yang adil ialah membandingkan antara epal dengan epal. Memang akan nampak kekurangan kepada produk Ninetology.

Tapi setelah lama aku berfikir, sebenarnya ia adalah salah satu cara Ninetology memperkenalkan produknya. Memang produknya agak kurang sedikit jika nak dibandingkan dengan pesaingnya seperti Samsung, Sony dan LG. Tetapi kekurangan itu amat sedikit. Ada satu dua sahaja terdapat kekurangan seperti dari segi kamera dan sebagainya. Namun kekurangan ini tidak mencacatkan prestasi secara keseluruhan smartphone tersebut. Dan kekurangan tersebut boleh diterima terutama apabila membandingkan harga smartphone tersebut.

Jadi secara keseluruhannya produk Ninetology tidak jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan produk pesaingnya. Ini adalah satu strategy pemasaran yang baik daripada syarikat ini. Dan hasilnya jenama Ninetology sudah dikenali ramai terutama di negara ASEAN.

Tahniah kepada Ninetology. aku sekarang pun sudah bertukar kepada jenama Ninetology iaitu U9R1. Dan aku amat berpuashati dengan prestasi smartphone ini. Syabas Ninetology.

768 total views, 6 views today

Comments

  1. Macam best jer… teringin gak…

  2. Tak dapat lagi pakai mana-mana model Ninetology – tapi ramai yang kata Ninetology nie satu pilihan yang untuk mendapatkan spec telefon yang AWESOME dengan harga yang murah.
    Izzuddin Fauzi recently posted..Windows 8.1: Lebih Baik dari Windows 8My Profile

  3. terbaik!kreatifnya entri ni.hehhee
    Farisya Anastasyia recently posted..Kenali Farisya AnastasyiaMy Profile

Trackbacks

  1. […] yang turut hadir membuat liputan pada pada majlis itu telah mendapat durian runtuh apabila namaku dipanggil sebagai slah seorang pemenang cabutan […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge