More

    Sony Xperia C4 Dual Diperkenalkan Di Malaysia

    Sony Xperia C4 Dual
    Sony Xperia C4 Dual

    Jika tidak kerana smartphone aku, iPhone 6 Plus ni ditaja, memang smartphone jenama Sony adalah pilihan aku. Sekarang ni pun, aku masih menyimpan azam untuk memiliki smartphone daripada Sony ni. Cuma aku ada priority lain dahulu sebelum niat ini aku teruskan. Kamera Sony Aplha 6000 adalah menjadi satu keutamaan buat masa ini. Selepas ia berada di dalam genggaman barulah fokus pada smartphone pula.

    Bercakap tentang smartphone Sony ini, Sony baru je lancarkan secara rasmi di Malaysia smartphone terbarunya iaitu Sony Xperia C4 Dual. Seperti biasa jika smartphone baru dilancarkan pasti 2 perkara yang dicari oleh peminat smartphone tak kira mereka minat untuk membeli ataupun suka-suka untuk mencari info untuk dibandingkan dengan smartphone lain di pasaran:

    1. Spec (spesifikasi) Sony Xperia C4 Dual
    2. Harga Sony Xperia C4 Dual di Malaysia

    Ok, smartphone ni adalah untuk orang yang suka selfie. Almaklumla sekarang trend selfie di mana-mana. Jadi banyak la syarikat pengeluar smartphone berlumba-lumba keluarkan spec yang sesuai untuk selfie. Sebelum ni aku pun pernah hadiri pelancaran telefon selfie daripada syarikat lain

    Jom tengok spec (spesifikasi) smartphone ini:

    Kamera dan video

    • 13 megapixel camera dengan auto focus
    • 4x digital zoom
    • Full HD video recording (1080p)
    • HDR untuk photos and videos
    • 5-megapixel front-facing camera dengan Exmor R™ dan LED flash
    • Image stabiliser
    • Geotagging – tambah info lokasi dalam photos anda
    • Red-eye reduction
    • Image capture, supported file format: JPEG, PNG
    • Image playback, supported file formats: BMP, GIF, JPEG, PNG, WebP
    • Video capture, supported file formats: 3GPP™, MP4
    • Video playback, supported file formats: 3GPP™, MP4, VP8, VP9, ASF, AVI, FLV

    Connectivity

    • aGPS**
    • Bluetooth® 4.1 wireless technology
    • 3.5 mm audio jack (CTIA)
    • DLNA Certified®
    • NFC
    • GLONASS**
    • Miracast
    • Native USB tethering
    • Synchronisation via Exchange ActiveSync®, Facebook™, Google™ and SyncML™**
    • USB High speed 2.0 and Micro USB support
    • Wi-Fi and WiFi Hotspot functionality

    Display and design

    • 5.5” Full-HD IPS (1920×1080 pixels)
    • Mobile BRAVIA® Engine 2
    • Super Vivid Mode

    Entertainment

    • PlayMemories**

    Processor (CPU)

    • 1.7 GHz MediaTek MTK6752
    • ARM Mali760 MP2 700 MHz
    • 64-bit Octa-core

    Memory and storage

    • 2 GB RAM
    • 16 GB flash memory***
    • Up to 200 GB microSD™ card

    Sound

    • Sony 3D Surround Sound technology (VPT)
    • Clear Audio+ Sound improvement software
    • Clear Bass™
    • Manual equaliser
    • xLOUD™ Experience
    • Stereo recording
    • Audio recording, supported file formats: 3GPP, MP4, AMR, Ogg Vorbis, WAV
    • Audio playback, supported file formats: MP3, 3GPP, MP4, SMF, WAV, OTA, Ogg vorbis, FLAC, ASF
    • FM radio

    Networks

    • GSM GPRS/EDGE (2G)
    • UMTS HSPA (3G)
    • LTE (4G) (not available in all markets)

    Mobile payment

    • NFC Mobile Payment

    Kamera

    kamera yang mantap
    kamera yang mantap

    Mantap jugak specnya. Antara yang menarik perhatian aku, dia punya kamera depan. 5MP dengan lensa 25mm wide-angle. Memang sharp dan masalah nak selfie ramai-ramai tapi muat selesai dengan lensa wide angle ni. Kamera smartphone ini ada mobile sensor, soft LED flash dan HDR. Memang gambar akan cun lah! Walaupun dalam low light (cahaya suram). Satu lagi smartphone ini boleh ambil steadyshot walaupun ada gegaran masa snap tu.

    Dengan kamera belakang 13MP, autofocus dan HDR, memang tiada masalah la untuk rakam saat-saat penting seharian melalui gambar dan video.

    Haaa satu lagi yang best tentag kamera smrtphone ini ialah kameranya unik. Ada fungsi tersendiri (bukan menggunakan app pihak ketiga) seperti “Vampire” dan “mystery”. Ia akan menambahkan lagi keseronokan untuk mengambil gambar.

    Full HD

    Full HD Movie
    Full HD Movie

    Smartphone ini menggunakan teknologi TV Sony – Mobile BRAVIA Engine 2 dan super Vivid Mode. Memang sangat clear terang. Boleh tengok daripada sudut mana sekalipun dengan bantuan teknologi IPS. Tontonan movie dengan smartphone ini memang terbaik!

    Audio

    Kualiti audio pun terbaik. Baik anda menggunakan earphone atau dengar macam tu je. Memang selari lah dengan mutu paparan skrin yang terbaik tadi.

    Bateri

    Bateri pun tahan lama dengan performance yang sangat lancar. Dengan bateri 2,600mAh, anda mampu menonton video selama 8 jam. Tambahan pula smartphone ini dilengkapi dengan Battery STAMINA 5.0 yang akan memastikan anda mempunyai kawalan penuh ke atas cara macamana bateri digunakan.

    Processor

    Dengan 64-bit Octa-core processor segalanya boleh dilakukan dengan pantas. Anda boleh membuka pelbagai apps dalam masa yang sama. Sedikitpun tidak mengganggukelancaran sewaktu menukar diantara apps yang sedang beroperasi. Keupayaannya melayari internet juga sangat laju dengan kemapuan 4G. Ini bermakna anda boleh memuatturun audia atau video daripada internettanpa gangguan. Pelayaran internet juga lancar tanpa tersekat-sekat.

    Harga

    Harga smartphone ini ialah RM1,299.00 (termasuk GST). Ia datang dalam pilihan warna Hitam, Putih dan Vibrant mint.

    Komen sohoque.com

    Smartphone untuk kaki selfie
    Smartphone untuk kaki selfie

    Dengan harga di bawah RM1,500 smartphone ini memang berbaloi untuk dibeli. Untuk yang suka selfie, smartphone ini adalah segalanya bagi anda. Dengan keupayaan kamera depan dan belakangnya, anda pasti tertawan dengan smartphone ini. Tambahan pula smartphone Sony memang terkenal dengan mutu kameranya yang terbaik.

    Jika tanya saya, saya memang rekomen smartphone ini dengan harga yang ditawarkan tersebut. Berbaloi untuk dibeli dengan harga yang sangat berpatutan dan spec yang tinggi.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge