pasukan sepanyol

Spain Masih Layak Ke Peringkat Seterusnya..

Pemain Spain keluar padang dengan penuh kekecewaan

Pemain Spain keluar padang dengan penuh kekecewaan

Spain (Sepanyol), juara bertahan kelah mengejut pagi tadi. Ramai penyokong pasukan ini yang hampa aku rasa. Malah aku yang menyokong Germany ni pun tak sangka pasukan ini boleh terkeluar seawal ini di dalam kejohanan Piala Dunia ini. Buktinya aku hanya meneka keputusan SERI untuk perlawanan antara Spain dan Chile ini di dalam Contest Piala Dunia 2014.

Memang aku tidak memilih Spain di dalam kejohanan ini. Pada pandangan aku, pasukan ini sudah agak tepu. Bahagian tengahnya masih lagi berbisa tetapi bahagian pertahanan dan serangan agak goyah. Di bahagian serangan contohnya, pemain yang boleh diharapkan aku rasa hanyalah Diego Costa. Tetapi sayang pemain ini kurang beraksi baik sejak akhir-akhir ini selepas bangkit daripada kecederaan. Juan Mata pula tidak diturunkan. Pedro ok tetapi tidak menjaringkan gol. David Villa sudah semakin dimamah usia. Fernado Torres pula seperti terkena badi EPL selepas berpindah daripada Liverpool ke Chelsea.

Penjaga gawang Iker Casillas sudah tidak semantap dulu. Sejak akhir-akhir ini ada melakukan kesilapan beberapa kali. Barisan pertahanan memberi masalah kepada Vicente Del Bosque. Tiada pemain yang betul-betul kental.

Barisan tengah memang solid. Tetapi ramai yang akan terlepas untuk piala dunia akan datang kerana faktor usia. Spain harus melahirkan pengganti dengan segera.

Jadi aku memang tidak pelik sangat akan kekalahan ini. Seperti juga France pada piala dunia yng lalu, tiada pelapis muda yang boleh diketengahkan untuk menimba pengalaman bersama senior menjadi punca kekalahan pasukan itu.

Antara faktor lain, ada yang mengatakan pasukan daripada Eropah memang susah untuk pergi jauh apatah lagi memenangi kejuaraan dalam kejohanan ini jika ianya dimainkan di Amerika Selatan. Mengikut rekod hanya Germany dan Italy saja yang ada pengalaman memenangi kejohanan ini di benua Amerika Selatan. Belanda pula pernah sampai ke perlawanan akhir sewaktu kejohanan ini di Argentina dulu. Yang lain memang terkandas.

Kalau ikut theory ini, ada harapan pasukan pilihan aku Germany jadi juara ni.. hehehehe.

pasukan pilihan aku untuk bergelar juara pada kejohanan kali ini

pasukan pilihan aku untuk bergelar juara pada kejohanan kali ini

Selamat tinggal Spain. Penyokong Spain seperti Melastik Bintang dan Shakiddo boleh la memilih pasukan lain pula. Takkan dah tak ada nak sokong pasukan lain. Lambat lagi Piala Dunia ni nak habis ni.

Eh lupa nak sambung ayat pada tajuk entri ni. Spain masih layak ke peringkat seterusnya di Piala Dunia FIFA 2014 ini jika sekiranya Belanda dan Chile tiba-tiba menarik diri daripada kejohanan ini. Hehehehe.

masih layak ke peringkat seterusnya dalam piala dunia FIFA 2014 ini!!!

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: