Status Facebook Yang Boleh Kurangkan Pahala Amalan

status yang berunsur riak di facebook

Contoh status yang mungkin boleh kurangkan pahala amalan sunat

Pernah tak anda baca kat Facebook Status macam ni:

Alamak jem la kat federal hiway ni. Berbuka puasa sunat dalam kereta la aku...

Errmmmm.. laparnya..! Ini lah akibatnya lupa bersahur semalam. Namun puasa sunat tetap ku teruskan.

Sejak aku lepak kat kedai mamak ni setengah jam yang lepas dah 2 orang orang buta mintak sedeqah datang. Tapi aku beri jer..

Ngantuknya… Malam tadi tidur lambat. Lepas tu tengah malam bangun tahajjud pulak.

Status di atas adalah antara contoh-contoh status yang akan membuatkan saya tersenyum bila membacanya. Status sebegitulah yang dimaksudkan dengan status Facebook yang boleh kurangkan pahala amalan sunat. Banyak lagi sebenarnya yang saya rasa anda pun pernah baca. 😉

Memang betul pahala sesuatu amalan baik itu hanya Allah yang tahu dan membalasnya mengikut ikhlasnya amalan seseorang. Akan tetapi kalau amalan sunat kan kita tidak digalakkan menunjuk-nunjuk. Mungkin niat penulis status tersebut baik ataupun dia tiada niat sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin niatnya hanya nak berkongsi dengan kawan-kawan Facebooknya. Tetapi ia tetap tidak digalakkan dalam Islam. Sebab itu setiap kali kita nak update status kita fikir dua kali. Sebab setiap tulisan kita, curahan hati kita ada implikasinya. Ada makhluk Allah di kiri kanan kita (raqib dan ‘atid) yang menulisnya.

Ini amat berlainan jika ianya berbentuk menyeru ataupun mengajak kawan-kawan melakukan sesuatu kebaikan seperti status:

Jom Solat Zohor secara berjemaah…!

Jom solat Dhuha sahabatku…!

Alhamdulillah… zakat fitrah telah saya tunaikan. Sudahkah kawan-kawan menunaikannya?

Namun status-status di atas ini pun sebenarnya bergantung kepada niat juga. Jika semasa menulis itu datang niat ataupun perasaan riak, habis juga kita.

Kesimpulannya, berhati-hati dan sentiasa berfikir dua kali sebelum menulis apa-apa status di Facebook. Jangan sampai kita menulis status Facebook yang boleh kurangkan pahala amalan kita. Apatah lagi jika ianya boleh mendatangkan dosa.

Wallahua’lam.

 

 

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: