Yang terbaru ialah Philippe Senderos, pemain bolasepak yang kini bermain bersama kelab Fulham, lapor PressTV. Sanderos adalah pemain bolasepak professional yang mewakili negaranya Swiss sebelum ini bermain dengan kelab bolasepak Arsenal.
Beliau mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Manchester, sebuah pusat dakwah Islam.
Sebelum ini Philippe Senderos telah menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.
“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenainya,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.
“Jika saya bukan pemain bola, boleh jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.
Apa-apa pun tahniah kepadaPhilippe Senderos kerana telah diberi hidayat oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Beliau kini menyertai bintang-bintang bolasepak yang lain seperti Mesut Ozil, Nicolas Anelka, Karim Benzema dan lain-lain.
Sumber
ulamak syiah 2..
itu lah.. ada yang kata gitu kalau ikut dlm forum kat internet tu. wallahua’lam
sohoque recently posted..Plugin Mesti Install – Instagrate to WordPress