Glasgow2014logo

Sukan Komanwel 2014 Glasgow – Liputan Menyeluruh Bersama ASTRO

Sukan Komanwel 2014 lasgow

Sukan Komanwel 2014 lasgow

Seusai sahaja acara sukan terbesar dunia, PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL, kini satu lagi acara sukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Sukan Komanwel 2014 Glasqow bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go. Acara sukan yang diadakan di Glasgow ini dijadualkan berlangsung bermula dari 24 Julai hingga 4 Ogos 2014.

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Commonwealth Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari lapan saluran definisi standard (SD) dan lapan saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk
menonton tujuh saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Commonwealth Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.

Astro turut memberi peluang buat semua pelanggan Astro dan NJOI untuk mengikuti liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air secara khususnya menerusi Astro Arena Saluran 801. Manakala, seluruh rakyat Malaysia juga boleh menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma.

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Komanwel ini boleh membeli ‘Commonwealth Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada tujuh
saluran dedikasi menerusi Astro on the Go.

Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

“Astro terus berusaha dalam membawakan
liputan secara langsung pelbagai acara sukan untuk rakyat Malaysia antaranya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi, Piala Thomas dan Uber 2014 dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL . Untuk
Sukan Komanwel kali ini, Astro menawarkan liputan menyeluruh lebih dari 2,000 jam menerusi 16 saluran dedikasi (lapan saluran HD dan lapan saluran SD) serta tujuh saluran di platform Astro on the
Go. Bagi para pelanggan NJOI dan juga yang bukan pelanggan Astro turut boleh mengikuti acara sukan ini di saluran Astro Arena tanpa sebarang cas tambahan”.

Demikian seperti yang dinyatakan oleh Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.

Pecahan Saluran Khusus Sukan Komanwel 2014 Glasgow :

astro siaran komanwel

Jadual Sukan Komanwel 2014 Glasgow untuk 24 dan 25 Julai 2014 (waktu Malaysia):

astro siaran komanwel 2

2 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: