Suram Tanpa Appointment Di Sebelah Pagi Tapi Hangat Di Sebelah Petang Dan Malam

“Saya suka kerja saya…”

Alhamdulillah. Sangat puas hati dengan kerja pada hari ini.

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan keadaan cuaca ya šŸ˜†

Bermula dengan momentum yang agak perlahan perlahan di awal pagi apabila tidak ada appointment yang berjaya dibuat. Walaupun beberapa panggilan telefon telah dibuat tetapi tidak tersangkut dengan appointment. Jadi di sebelah pagi tadi sementara menunggu solat Jumaat, saya hanya membuat aktiviti mengisi borang pelaburan baru untuk pelanggan Public Mutual. Selepas itu saya sempat mengemas kini blog saya dan juga blog group/agensi saya. Alhamdulillah beberapa postings berjaya dibuat.

Selepas menunaikan solat Jumaat, saya bergegas ke bandaraya Kuala Lumpur untuk berjumpa prospek baru Takaful. Tempat perjumpaan kami tetapkan di restoren NZ Garden bersebelahan Menara Public Bank Jalan Yap Kwan Seng. Alhamdulillah, segala penerangan dan perbincangan difahami dengan jelas oleh Encik Prospek. Dan dia telah bersetuju menandatangani borang proposal takaful. Beliau bersetuju menyumbang untuk polisi takaful MyGenlife yang disertakan dengan Kad Perubatan MyGenMedicĀ Pelan 2 dengan jumlah perlindungan sepanjang hayat sebanyak RM1 Juta.

Sebagai bonus untuk saya pada hari ini, beliau juga telah bersetuju juga membuka akaun pelaburan dengan Public Mutual dengan membuat direct debit instruction iaitu salah satu cara pelaburan yang terbukti berkesan untuk mengimbangi turun naiknya harga pasaran unit trust.

Sekarang saya menunggu untuk bersolat maghrib di restoren ini sebelum meneruskan appointment yang telah ditetapkan pada pukul 10 malam nanti. Kali ini saya akan berjumpa dengan orang besar (Assistant Vice President) sebuah bank antarabangsa yang beroperasi di Malaysia. Moga segalanya dipermudahkan. “Rabbi Yassir, Walaa Tu’assir”.. Aamiin.

“I Love My Job…”

ps: Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang kerja yang menyeronokkan seperti saya ini boleh lah hubungi saya. Nanti kita berbincang dengan lebih lanjut.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: