Survey Form

Minggu lepas, semasa tengah tunggu appoinment yang seterusnya aku berhenti minum di Restoren Al-Bidayah Bandar Baru Selayang. Kedai mamak ni biasa-biasa jer tapi wifi dia yang best.. Laju!!!

Sedang aku mengemaskinikan blog picisan aku ni diselangseli dengan menjenguk blog otai-otai, aku telah didatangi oleh seorang lelaki dalam usia 50-an. Dimulakan dengan memberi salam, beliau menerangkan tujuan beliau menegur aku iaitu untuk meminta kerjasama aku mengisi “survey form” seraya tangannya memberi aku borang tersebut. Beliau juga memperkenalkan diri sebagai Takaful Consultant (Etiqa).

Sekilas ikan di air aku dah tau ikan jaws ke ikan patin, inikan pula taktik survey form.

Dalam sales process, survey form ni banyak diedarkan untuk mendapatkan nombor contact untuk diapproach. Selama 8 tahun tahun aku di dalam industri Unit Trust dan Takaful ini, aku sudah biasa sangat menggunakan teknik ini. Pada pandangan aku teknik ini lebih professional dan prospek client sekurang-kurangnya pernah melihat muka kita. So bila kita buat panggilan telefon dalam masa terdekat selepas borang tersebut dikumpulkan semula, panggilan kita tadi bukanlah lagi “cold call”. kerana prospek masih lagi mengingati kita. Sementelah lagi bila kita menyebut kembali tentang survey form yang telah diedarkan.

Aku diperingkat awal penglibatan dalam bidang ini juga kerapkali menggunakan teknik ini.

So, aku telah mengisi borang tersebut untuk memberi kerjasama. Lagipun aku kesian melihat abang tu. Aku lihat dia begitu gigih mengedarkan borang tersebut kepada semua pelanggan restoren tersebut. Respek aku dengan orang macam ni. Dengan umurnya yang sudah melewati 50an, aku terpanggil untuk memberikan kerjasama. Namun sehingga kini aku belum mendapat panggilan telefon daripada abang tu. Mungkin kerana aku telah isikan Unit Trust dan Takaful Konsultan di ruangan pekerjaan. Tambahan produk-produk yang di cadangkan semuanya telah aku ada.

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: