More

    Susah Betul Kalau Blog Kena Serangan Malware

    serangan malware - hacked.jpg

    Ini kali pertama blog aku kena serangan malware sejak aku berblogging lebih kurang setahun yang lalu. Sebelum ni aku melihat sendiri bagaimana tidak keruannya sahabat aku MrJocko apabila blognya terkena serangan malware.

    Memang susah la. Terutama apabila kita nak publishkan entri baru dan nak buat blogwalking. Google dah memang blok blog kita dan beri amaran kepada pembaca supaya tidak membuka blog kita. Nak buat blogwalking bimbang kita menyebarkan virus kepada orang lain pula.

    Yang mula-mula sekali bagi aku notification akan adanya serangan malware ini ialah plugin Wordfence Security aku. Bagus plugin ni.

    wordfence warning serangan malware.jpg
    Plugin WordPress Security akan memberi amaran jika ada serangan malware ke blog kita.

    Mengikut webmaster kata, ada strange injection code yang ditambah ke dalam blog aku. Sama juga bila sahabat bogger ini tolong pantau. DataKL, provider hosting aku pun cakap ada orang hacked dan masukkan code injection tu.

    Yang aku pelik, kenapa la hacker tu kacau blogger picisan macam aku ni. Kalau terer cuba kacau blogger ini, atau ini. Hahaha.

    Mungkin juga sebab banyak plugin aku yang tidak dapat aku updates. Ini adalah kerana disk space aku yang sudah nyawa-nyawa ikan.

    Kesannya, banyak traffic aku hilang 2 hari ni. Hahahah.. macam la banyak sangat traffik yang singgah di blog aku. Ya betul tak banyak, tapi cecah 500 UV jugak la hilang daripada average UV kebiasaan yang aku dapat. UV tadi pun dalam 200 UV je.

    Apa-apa pun, kredit harus diberikan kepada Tuan Abdur Rozak kerana sudi membantu aku mengesan virus dan memantau blog aku dari serangan malware.

    Cara paling senang jika anda terkena serangan malware atau virus macam aku ialah hubungi hosting provider anda. Sekejap saja mereka selesaikan masalah ini seperti yang DataKL buat pada blog aku tadi. Syabas DataKL! Saya puashati dengan perkhidmatan anda!

    Latest articles

    Related articles

    29 Comments

    1. mohon dijauh kan please haha,
      sebenarnya yang lepas pada blogspot saya ada terkena tapi saya macam tahu itu semua dari gambar yang saya tampal dari url, cepat – cepat saya buang dan terus jer ok

    2. Betul tu…kalau terjadi begini pada blog aku, bagaimana ye. Susah juga nak settle masalah ini jika pihak hosting tidak ambil berat. Kena cari hosting yang terbaik untuk blog kita. Tahniahlah….akhirnya selesai juga masalah tuan.

      • ya betul. hosting provider kena mainkan peranan jugak. alhamdulillah hosting provider aku ni cpt response nya. dlm masa x sampai 10 minit masalah ni selesai

    Leave a Reply to fariq Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge