More

    Syukur Ya Allah, Terima Kasih Ya Akhi

    menolong orang yang amat memerlukan.jpg
    Menolong orang yang sedang amat memerlukan adalah pertolongan paling afdhal.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    4 hari yang lalu adalah antara hari-hari yang getir dan cemas di dalam hidup aku. Aku terpaksa mencari satu jumlah wang yang agak banyak untuk aku menyelesaikan satu masalah.

    Dan yang menjadi masalah utama ialah masa untuk aku mencari wang yang pada aku banyak jumlahnya amatlah singkat. Aku hanya ada satu hari untuk menyediakan duit tersebut.

    Aku amat buntu. Tekanan semakin memuncak. Namun kepala aku hanya ingat Allah. Aku amat positif dan aku seperti terbayang yang aku akan dapat duit yang aku terpaksa sediakan itu pada keesokan harinya.

    Doaku kepada Allah supaya dipermudahkan ku panjatkan pada setiap masa. Malam itu aku merintih di dalam solat hajat. Pagi keesokan harinya ku titipkan lagi di dalam sunat dhuha dan hajat.

    Sesudah itu, hati terdetik untuk whatsapp seorang kawan yang amat aku hormati. Juga seorang mentor, penasihat dan tempat aku meluahkan masalah. Demi Allah amat berat jari jemari ini untuk menaip menceritakan masalah dan untuk meminta tolong.

    Tapi entah kenapa tekadku amat kuat hari itu. Ku berjaya meluahkan masalah yang menimpa. Aku takut, segan dan malu. Insan ini amat mudah untuk menolong orang. Sebab itu perasaan tadi agak menebal.

    Selesai sahaja saya ceritakan masalah saya, ini respons balasnya:

    “insyaAllah boleh tolong’

    Berapa (RM) mau?’

    Setelah saya sebutkan jumlah yang saya mau pinjam, whatsapp senyap seketika. Kemudian beep beep whatsapp berbunyi:

    “Done…. Alhamdulillah!

    RM0.00 PBeBank Fund Transfer RM2,500.00 to ISHAK***.
    Serial No: CK1516892
    PAC No: 684863
    28Feb13 12:16
    Did not request PAC? Call 03-21795000.

    Terkedu seketika. Amat mudah beliau menolong orang. Patut lah rezekinya amat mudah datang kepada beliau. Ini antara salah satu puncanya. Petua yang pernah aku kongsikan pada entri ini sebenarnya aku dapat daripada beliau.

    “Terima kasih bang”, whatsapp aku lagi.

    “Jangan terima kasih pada saya, tapi berterima kasihlah kepada Allah”, jawapan balas whatsapp darinya yang sungguh dalam ertinya.

    Ya Allah. Kau kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada saudara ku yang suka membantu ini. Kau angkatlah darjatnya sebagai seorang hambanMu yang bertaqwa. Ameen.

    Dengan peristiwa ini aku mendapat pengajaran bahawa kita MESTI kaya. Antara salah satu sebabnya ialah kita boleh menolong ramai orang yang dalam kesempitan hajat terutama yang melibatkan wang. Percayalah menolong orang yang sedang betul-betul mengharapkan pertolongan amat besar fadhilat pahalanya di sisi Allah.

    Perasaan orang yang amat memerlukan pertolongan tadi sukar digambarkan apabila doa mereka dimakbulkan Allah. Perasaan itulah yang aku rasakan apabila doaku dimakbulkan itu.

    Jom jadi seorang kaya yang dermawan.

    Latest articles

    Related articles

    21 Comments

    1. alhamdulillah..sebak ustazah baca, Tahniah yakin dgn meminta bantuan pada Allah dgn jln solat, dan semoga Allah SWT memudahkan serta semakin menambah rezeki pada yang membantu menyelesaikan masalah sohoque

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge