Aug 14

Shila Amzah bertudung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

shila 0 Shila Amzah bertudungEntri ini dah beberapa minggu berada dalam draft saya. Namun hari ini baru saya berjaya publishkan. Walaupun agak basi tetapi demi untuk terbitan blog saya yang sudah banyak entri tentang artis berhijrah dan bertudung saya publishkan juga untuk koleksi dan rujukan masa akan datang icon smile Shila Amzah bertudung

Artis terkini yang berhijrah dengan mengenakan tudung ialah Shila Amzah yang sedang popular dengan lagu Retak Seribu.

Saya ada terlihat di awal Ramadhan lalu gambar Shila Amzah yang mengenakan tudung. Tetapi saya sangkakan itu hanyalah fesyen di bulan puasa untuk menghormati bulan Ramadhan ini. Tetapi sangkaan saya meleset apabila Shila Amzah membuat kenyataan dalam mStar Online yang mengakui bahawa dirinya sudah membuat keputusan untuk kekal bertudung sehingga ke akhir hayat. Ini setelah beliau mengenakan tudung sejak 1 Ramadhan yang lalu selama 15 hari sebagai tempoh percubaan.

Keputusan untuk bertudung secara kekal dibuat secara drastik sebelum beliau dan kekasihnya Shaznaaz keluar untuk majlis berbuka puasa dengan peminat.

Shila amzah kini turut mengenakan pakaian yang lebih sopan untuk menyesuaikan dengan imejnya yang telah bertudung.

Ibunya ketika dihubungi oleh Media Hiburan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan dan bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya itu. Beliau turut menceritakan bahawa Shila ada bertanyakan tentang macamana jika dia mengenakan tudung. Macamana nanti sambutan peminat-peminatnya. Ibunya menerangkan bahawa segala rezeki semuanya ditentukan oleh Allah bukan manusia.

Harapan kita semoga Shila Amzah tetap beristiqamah dalam keputusannya. Sudah pasti keputusannya ini sedikit sebanyak akan menjadi ikutan kepada peminat-peminatnya. Alhamdulillah.

Yang nyata Shila Amzah lebih cantik dan anggun dengan mengenakan tudung!

Berikut adalah gambar-gambar Shila Amzah dengan imej bertudung:

shila 5 Shila Amzah bertudung

shila 2 300x200 Shila Amzah bertudung

shila 3 Shila Amzah bertudung

shila 4 Shila Amzah bertudung

shila 1 224x300 Shila Amzah bertudung

 

 

Jul 13

Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

anita sarawak bertudung Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

Anita Sarawak bersama suami, Mahathir

Entah betul-entah tidak cerita ni wallahua’lam. Kalau betul Alhamdulillah. Aku buat jugak posting ni sebagai kesinambungan posting-posting “penghijrahan artis” sebelum ni.

Kak Nita (Anita Sarawak) yang dah lama tak kelihatan di kaca TV tempatan sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri. Banyak pihak media yang ingin mengundang beliau untuk program-program TV sempena hari raya tak dapat berbuat demikian kerana “kehilangan”nya itu.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Mengikut peminat itu lagi, Anita Sarawak kelihatan berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah.

Anita Sarawak sempat menoleh sekali apabila namanya dilaungkan oleh peminat tersebut (yang mahu dikenali sebagai Adi) tetapi bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

Komen sohoque: Kalau betul cerita ni Alhamdulillah. Ya la Anita Sarawak ni bukannya muda lagi. Elok la kalau dah berhijrah. Kalau tak betul cerita ni, anggap la hiburan semata-mata. icon lol Anita Sarawak Pun Bertudung Jugak?

 

sumber

Jul 04

Hijrah Artis, Kini Syarifah Sofea Bertudung

Alhamdulillah… Syarifah Sofea kini bertudung. Bertambah cantik kalau dibandingkan sewaktu beliau tak bertudung.

Ada orang berkata, ada antara artis-artis yang bertudung ni sebenarnya hanyalah nak cari publisiti.

“Nama pun artis. Memang diorang ni sukakan publisiti..”, rungut seorang sahabat aku dengan bersungguh-sungguh.

Seorang lagi menambah: “Cuba ko tengok artis-artis yang bertudung tu.. semuanya yang tak der market lagi. Mereka ni kurang dapat job. Dah semakin dilupakan. Ko tengok la Si A, B dan C tu (nama artis ak perlulah aku sebut), semuanya dah tak laku”.

Astaghfirullah.. Pada pandangan aku, tak perlulah kita mempertikaikan niat mereka untuk berhijrah tu. Kita ambil yang positif dah la. Kita bersangka baik.Hati orang kita tak tau. Yang tu antara dia dengan Allah. Setidak-tidaknya mereka menghormati hukum Allah. Dan mungkin dengan tindakan hijrah mereka itu akan menjadi ikutan ramai menyebabkan makin ramai wanita mengenakan tudung. Itu sudah bagus. Mereka semestinya mendapat ganjaran dari Allah.

Untuk orang yang mengeji dan bersangka buruk ni apa dapat? Dosa kering jer la…

Pada aku, orang yang suka bersangka buruk ini, dia sebenarnya yang ada penyakit. Ya, penyakit hati. Dia yang kena ubati hati dia dulu.

Berbalik kepada cerita Syarifah Sofa. Pelakon sitkom Spanar Jaya yang berdarah Melayu-Inggeris itu telah mengumumkan tentang diri beliau yang telah mula bertudung di laman Twitternya, siap dengan gambar sekali.

syarifah sofea 300x225 Hijrah Artis, Kini Syarifah Sofea Bertudung

Gambar Syarifah Sofea bertudung yang diambil dari laman Twitternya

Melalui statusnya, Sharifah Sofea menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.

Yang bagusnya, beliau yang sudah menjadi ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun lebih, tidak mahu sebarang publisiti berkenaan dengan imej barunya sekarang.

Sebagai permulaan, beliau kini berusaha memadamkan gambar-gambar lama beliau yang membuka aurat di laman Twitternya.

Syabas Syarifah Sofea!

Sumber

Mar 28

Abby Abadi Dah Bertudung

abby tudung 223x300 Abby Abadi Dah BertudungAlhamdulillah. Seorang lagi artis terpanggil untuk tampil bertudung.Kalau kita lihat sekarang telah ramai artis perempuan yang bertudung. Antara arts yang terlebih dulu bertudung ialah Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Ana Raffali, dan ramai lagi.

Menurutnya, seperti yang disiarkan di akhbar Berita Harian pada hari Rabu, hasrat untuk memakai tudung telah dipendam. Namun dek kerana takut dianggap sebagai mempersendakan agama, hasrat itu tertangguh. Beliau bimbang jika sindrom sekejap pakai sekejap tidak menimpa dirinya.

Namun keazaman beliau menjadi bertambah kuat sewaktu beliau mengerjakan umrah baru-baru ini. Malah dua hari sebelum berangkat pulang ke tanahair beliau nekad untuk bertudung dan telah berdoa di depan kaabah supaya ditetapkan hati dan imannya untuk kekal bertudung.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

P.s: Syabas Abby. Harapan saya jangan lah hanya bertudung. Aurat yang lain pun mesti dijaga. Ramai orang perempuan bertudung sekarang. Namun pada pandangan saya ramai yang hanya mengikut trend. Ada sesetengah yang saya lihat bertudung tetapi pakaian amat sendat sekali sehinggakan menampakkan bentuk tubuh dengan jelas. Ada juga yang saya lihat bertudung tetapi tudungnya beropol-ropol dan berlainan daripada biasa sehinggakan boleh menarik lelaki ajnabi melihat kearahnya. Mungkin mereka ini tak faham tentang aurat. Wallahua’lam. Harapan saya supaya mereka ini sentiasa memperbaiki cara bertudung sebegitu. Tak faham boleh bertanya. Tak tau kena lah belajar.

Walaubagaimanapun, perubahan tersebut (daripada tidak bertudung kepada bertudung adalah amat positif). Ambil yang basic dulu. Nanti dah terbiasa boleh lah touch up-touch up.

Feb 08

Hijrah Artis – Terkini

ana raffali 300x300 Hijrah Artis   TerkiniGambar terbaru!!! Penghijrahan Ana Raffali

“Semasa sambutan Maulidur Rasul tempoh hari, Ana terasa satu keinginan, dorongan… Susah sebenarnya Ana nak jelaskan tetapi pada hari itu, Ana nak sangat-sangat pakai tudung,” kongsi Ana Raffali dengan GUA sebentar tadi mengenai keputusannya untuk bertudung.

“Ketika Ana bersiap nak keluar, Ana pun pakai. ‘It felt right.’ Ana tak berbincang dengan sesiapa. Cuma dengan Naim (bakal suami), Ana ada beritahu, hari ini Ana nak pakai tudung. Dia kata ‘Alhamdullilah’. Ibu bapa Ana turut gembira melihat anak perempuan mereka berubah menjadi lebih baik. Sebelum ini, Ana biasanya memakai tudung untuk majlis-majlis keagamaan dan sepanjang zaman persekolahannya.

“Ana membuat keputusan ini atas kehendak dan keinginan Ana sendiri. Ana gembira dan bagi Ana, ini jawapan kepada doa-doa mereka di luar sana. Sebelum ini bila ada yang bertanya (bila Ana nak bertudung), Ana tak pernah ada jawapan. Ana cuma minta mereka doa-doakanlah.

“Ana berasa lebih tenang sekarang dan dengan penghijrahan ini, Ana mengharapkan yang terbaik. Ana masih seperti yang anda semua kenali dulu cuma Ana melihat diri Ana kini mempunyai kehidupan yang lebih sempurna.”
kredit: GUA

(Sumber: kami respek artis mendalami Islam facebook fanpage)